Soal Jawab Solat
Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani
Imam Menghadap Kiri Makmum
Pada
suatu hari, saya agak terkejut kerana imam memusingkan badannya ke arah kiri
makmum setelah memberi salam, walhal kebiasaannya imam mengiring ke arah kanan.
Apa hukum bagi perbuatan tersebut dan apa praktikal sunnah Nabi s.a.w.
berkenaan kedudukan imam selepas salam?
Jawapan:
Kedudukan imam setelah memberi salam berada di arah kiri makmum adalah betul
dan tidak menyalahi sunnah.
Rujukan
amalan tersebut ialah hadis daripada Ibn Mas'ud r.a., beliau berkata:
"Sering kali aku melihat Rasulullah s.a.w. berpaling ke kiri."
(Riwayat al-Bukhari)
Imam
juga boleh menjadikan kanannya sebagai arah kedudukan setelah memberi salam dan
para makmum berada di sebelah kanan beliau dan kiblat berada di sebelah
kirinya. Daripada Anas r.a. berkata: "Sering kali aku melihat Rasulullah
s.a.w. berpaling ke kanan." (Riwayat Muslim)
Ada
kalanya apabila Rasulullah s.a.w. selesai solat, Baginda akan menghadapkan
wajahnya kepada makmum. Daripada Samurah bin Jundub r.a., beliau berkata:
"Apabila selesai solat, Rasulullah s.a.w. akan menghadapkan wajahnya ke
arah kami." (Riwayat al-Bukhari)
Imam
al-Nawawi dalam kitab Sharh Muslim menyebut bahawa dengan adanya beberapa dalil
di atas, dapat disimpulkan terkadang Baginda s.a.w. menghadap ke belakang,
kanan dan kiri apabila selesai solat. Tiga keadaan imam di atas merupakan
anjuran sunnah, dan bukannya wajib. Jadikan perbuatan Baginda s.a.w. sebagai
panduan dan teladan dalam solat hingga akhir hayat kita.
solusi isu #43 - 2012
Ustaz Mohd. Fadzli Al
Yamani : Mendapat pendidikan awal di Pondok Penanti Bukit Mertajam, dan
melanjutkan pengajian di Madrasah al-Hudaidah, Yaman. Kini sebagai pengasas dan
Mudir Madrasah al-Yamani di Kg. Baru. Kuala Lumpur. Di samping ilu sering mengisi
undangan ceramah dalam bidang Fiqah di sekilar Lembah Klang. Untuk menghubungi
Ustaz Fadzli: 019-3838730.