Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

21 April 2020

Dr. Rozaimi - SAJAT! Benda yang kau buat tu SALAH!

Anda Musykil: Berdosakan saya bila mualaf yang saya Islamkan keluar agama?


Anda Musykil
Oleh: Muhd. Zaidi Ramli

Berdosakan saya bila mualaf yang saya Islamkan keluar agama?

SOALAN:
Suatu ketika dahulu, saya pernah bertanggungjawab membawa seorang bukan Islam ke pejabat agama kerana hasratnya untuk memeluk Isalam atas sebab ingin berkahwin dengan wanita Islam.  Bagaimanapun, dia bukalah orang Malaysia sebaliknya dari luar negara.  Perkenalan saya dengannya hanyalah melalui ‘bakal’ isterinya yang meminta supaya saya dapat menemankannya ke pejabat agama.

19 April 2020

Terra Rossa - Kehendaknya



Hanya Tuhan yang
lebih mengerti
Kedukaan yang aku lalui
Kasih Tuhan tak berbelah bagi
KepadaNya cintaku patuhi

Terbuktilah hanya
satu jalan

Ternyatalah kalimah dan firman
Tak bergerak satu zarah jua
Melainkan dengan izin Tuhan

Album: Terra Rossa [1994]
Lagu:  Anjang
Lirik: S.Amin Shahab




DFK: Ayah Tak Pandai Luahkan Rasa Kasih Sayang pd anak

Anda Musykil: Benci Ibu tidak hormat ayah


Anda Musykil
Oleh: Muhd. Zaidi Ramli

Benci Ibu tidak hormat ayah

Assalamualaikum Ustaz,

SOALAN
Mohon pandangan daripada ustaz. Apakah hukum seorang anak ‘membenci’ sikap ibunya yang membelakangkan suaminya dalam apa jua urusan kehidupannya? Dengan kata mudah, apa jua perkara yang dilakukan oleh si ibu tidak pernah mendapat izin daripada suaminya. Misalnya keluar rumah sesuka hati.  Alasan yang diberikan, si suami juga tidak pernah memberitahu si isteri jika keluar dari rumah atas sesuatu urusan.

18 April 2020

Slam - Kurnia



Pabila kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah swatu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagian
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga

Album: SLAM (TERBAIK SLAM)1995
Lirik: S. Amin Syahab
Melodi: Awang BPR

Ustadz DR Khalid Basalamah: Bagaimana hukum memperindah diri?

Pil besarkan payudara memudaratkan

Anda Musykil: Membesarkan payu dara dengan sapuan krim


Anda Musykil
Oleh: Muhd. Zaidi Ramli

Membesarkan payu dara dengan sapuan krim

Assalamualaikum Ustaz,

SOALAN:
Saya Farah dari Kelang. Seperti kita semua sedia maklum, wanita dilarang  mencukur kening, asah gigi, menyambung rambut wanita dengan rambut wanita lain kerana ia mengubah ciptaan Allah s.w.t.

Baru baru ini sewaktu berkumpul dengan kawan kawan, seorang sahabat mengesyorkan saya untuk menggunakan krim membesarkan payudara. Dia memberitahu, produk tersebut seratus peratus tidak berasaskan haiwan.  Dia memberitahu lagi, terdapat perubahan setelah memakainya.

15 April 2020

Kasawari - Teguh



Di sini aku menyendiri
Susuri badai penuh pilu
Dan ada juga ketika kukebingungan
Terkapar-kapar mencari pegangan
Di dalam arus kehidupan
Kuyakin akan bertemu jalan penyudah
Tuhan yang lebih mengerti

Lagu: Ramli M.S.
Lirik: Lukhman S.
Album: Cinta Abadi (1994)


Ceramah Ustaz Ebit Lew : Maknyah pun nak berubah

Saham ke Neraka?


Saham ke Neraka?
Berikut disenaraikan perkara yang boleh menghumbankan seseorang ke neraka jahanam.

1. Syirik kepada Allah iaitu menyekutukan Allah dengan sesuatu sama ada dalam rububiyyah, uluhiyyah mahupun nama nama dan sifat sifatNYA. Allah berfirman maksudnya:

14 April 2020

XPDC - Titian Perjalanan


Seminit kita berlagu
Ada lagi waktu
Dalam ingatan tulus insan
Kita mahkluk Tuhan
Kita dijadikan
Perjalanan dititian
Masa kita perlukan
Perjalanan masa kita

(lirik oleh J.S.Kevin)
Album: Kita Peng-Yu (1994)



D'LLOYD - KEAGUNGAN TUHAN


Antara lagu D'Lloyd yg top tahun 70an. Masa ni aku masih sekolah rendah lagi.
Zaman tu hiburan cuma ada di radio & tv shja. Tv pun hitam putih siaran hanya bermula sekitar
jam 2.00 ptg hingga 12.00mlm jer. Tapi bkn semua org kg ada tv. Tv dah kira barang mewah
Radio ada 1 jer kt umah .. kakak2 berebut nak dengar canel kegemaran masing2 terutama bila tiba hari minggu. Sorang nak dengar pujaan 10 -siaran Singapura sorang lagi nak dengar bangsawan.
Walau payah tetap indah!

Ustaz Shamsuri: kita semua tertipu


"Tak jadi pemimpin .. bangkang! 
Bila naik jadi pemimping ... bengkang!
Ulamak tertipu dengan kuasa & leka