Anda Musykil
Oleh:
Muhd. Zaidi Ramli
Berdosakan saya bila
mualaf yang saya Islamkan keluar agama?
SOALAN:
Suatu ketika dahulu, saya pernah bertanggungjawab membawa seorang bukan Islam ke pejabat agama kerana hasratnya untuk memeluk Isalam atas sebab ingin berkahwin dengan wanita Islam. Bagaimanapun, dia bukalah orang Malaysia sebaliknya dari luar negara. Perkenalan saya dengannya hanyalah melalui ‘bakal’ isterinya yang meminta supaya saya dapat menemankannya ke pejabat agama.
Suatu ketika dahulu, saya pernah bertanggungjawab membawa seorang bukan Islam ke pejabat agama kerana hasratnya untuk memeluk Isalam atas sebab ingin berkahwin dengan wanita Islam. Bagaimanapun, dia bukalah orang Malaysia sebaliknya dari luar negara. Perkenalan saya dengannya hanyalah melalui ‘bakal’ isterinya yang meminta supaya saya dapat menemankannya ke pejabat agama.
Bagaimanapun,
sebaik memeluk Islam, saya dimaklumkan bahawa lelaki tersebut tidak pernah
mengamalkan cara hidup Islam. Dan kini,
saya mendapat berita, telah berlaku perceraian antara mereka berdua dan si
lelaki kembali pada agama asal.
Soalan
saya, berdosakah saya kerana tidak membimbingnya? Ini kerana pada anggapan saya, isteri yang
dikahwini lebih bertanggungjawab untuk mendidik serta membimbingnya untuk
mengamalkan cara hidup Islam. Harap
ustaz dapat membantu saya.
JAWAPAN:
Dalam
kontek soaln ini, isu cerai adalah kurang mudarat berbanding isu keluar Islam
atau murtad. Walaupun isu perceraian ini
diberi perhatian serius oleh masyarakat tetapi Islam memberikan jalan
penyelesaian bagi perkahwinan yang membawa kemudaratan atau tiada kebahgiaan
lagi melalui perceraian. Di Malaysia,
pejabat agama negeri negeri telah menyediakan perkhidmatan runding cara dan
nasihat bagi kedua dua pihak suami dan isteri sebelum berlaku perceraian.
Membimbing
saudara baru merupakan tugas semua orang Islam sama ada di pihak pemerintah
atau individu Islam itu sendiri. Saudara
baru perlu dijinakkan hatinya dan tidak boleh terburu buru dalam memberikan
pendidikan. Hal ini perlu dilihat
berdasarkan kemampuan saudara baru tersebut.
Membiarkan
seorang Islam tidaak mengamalkan sistem hidup Islam adalah satu dosa dan
kemungkaran. Sebaliknya semua orang
Islam perlu bertolong bantu dalam mengajak pada makruf dan mencegak
kemungkaran.
Walaubagaimanapun
ia tertakluk pada kemampuan setiap individu Islam itu kerana Allah tidak
memberatkan hamba-NYA melainkan mengikut kemampuannya. Jika saudara berasa bersalah itu petanda
bahawa iman saudara masih segar. Susuli
rasa bersalah itu dengan bertaubat kepada Allah. Mudah mudahan Allah menerima
taubat kita.
Ruangan ini dikendalikan oleh Mohd.
Zaidi Ramli. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan
Keluarga Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan. Sekiranya pembaca mempunyai sebarang
kemusykilan agama, sila kemukakan soalan soalan ke alamat zaidi71_fnr@yahoo.com atau shamsinor-uksb@yahoo.com.my
|
Al Islam Disember
2010