Anda Musykil
Oleh:
Muhd. Zaidi Ramli
Membesarkan payu dara
dengan sapuan krim
Assalamualaikum
Ustaz,
SOALAN:
Saya
Farah dari Kelang. Seperti kita semua sedia maklum, wanita dilarang mencukur kening, asah gigi, menyambung rambut
wanita dengan rambut wanita lain kerana ia mengubah ciptaan Allah s.w.t.
Baru
baru ini sewaktu berkumpul dengan kawan kawan, seorang sahabat mengesyorkan
saya untuk menggunakan krim membesarkan payudara. Dia memberitahu, produk
tersebut seratus peratus tidak berasaskan haiwan. Dia memberitahu lagi, terdapat perubahan
setelah memakainya.
Persoalan
saya, memakai produk untuk membesarkan payudara adakah dibenarkan oleh
Islam. Bukankah ia juga termasuk dalam
mengubah ciptaan Allah s.w.t.? Saya pasti ramai wanita di luar sana yang turut
nmemakai produk seperti ini dengan
tujuan untuk kelihatan lebih cantik.
Diharapkan
Al Islam dapat mengupas tentang perkara ini.
Sekian,
terima kasih Al Islam
JAWAPAN
HUkum
mengubah kejadian asal menusia adalah haram kecuali dengan sebab sebab yang
dibenarkan oleh syarak, seperti mencabut misai bagi perempuan yang ditumbuhi
misai, membuat pembedahan plastik akibat melecur, kemalangan dan lain lain.
Tanpa sebab sebab yang syarie seperti menunjuk nunjuk, berbangga bangga dan
mengikut trend semasa maka keharusan itu gugur, iaitu ubah suai itu tidak
diharuskan lagi.
Zaman
serba maju ini bermacam macam teknolagi dicipta untuk membantu manusia
mendapatkan kehidupan yang selesa.
Banyak juga teknologi dan penyelidikan khususnya dalam bidang perubatan
yang jelas mengubah kejadian asal manusia seperti pemindahaan buah pinggang,
paru paru, tulang dan sebagainya. Para
ulama mengharuskan perkara tersebut demi kesejahteraan kehidupan manusia. Ia tidak termasuk dalam larangan.
Pembesaran
payudara dengan menggunakan kaedah semula jadi seperti urutan atau ubat ubatan
yang disahkan suci dan halal adalah harus jika seseorang perempuan itu benar
benar perlu berbuat demikian.
Keperluan
disini seperti seorang perempuan yang tidak mempunyai payu dara sebagaimana
perempuan lain atau bagi memenangi hati suami.
Zaman
dahulu ada juga petua petua bagi tujuan tersebut. Tetapi jika pembesaran itu dibuat supaya
kelihatan seksi dan ditayangkan kepada bukan mahram dengan memakai pakaian yang
menampakkan bentuk badan maka ia adalah haram daripada awal niat mebesarkan
payu dara tersebut . Hari ini kebanyakan
tujuan pembesaran payu dara, untuk tujua kecantikan semata mata dan untuk
menjaga gaya dan keterampilan. Hal ini
dianggap sebagai membazir dan merosakkan masa depan Islam.
Ruangan ini dikendalikan oleh Mohd.
Zaidi Ramli. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan
Keluarga Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan. Sekiranya pembaca mempunyai sebarang
kemusykilan agama, sila kemukakan soalan soalan ke alamat zaidi71_fnr@yahoo.com atau shamsinor-uksb@yahoo.com.my
|
Al Islam Disember
2010