Saham ke Neraka?
Berikut
disenaraikan perkara yang boleh menghumbankan seseorang ke neraka jahanam.
1.
Syirik kepada Allah iaitu
menyekutukan Allah dengan sesuatu sama ada dalam rububiyyah, uluhiyyah mahupun
nama nama dan sifat sifatNYA. Allah berfirman maksudnya:
“Bahawasanya
sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya
syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka.” Surah al-Ma’idah 5:72)
2.
Kufur kepada Allah, para malaikat,
kitab rasul, hari akhirat serta qada dan qadar Allah.
3.
Mengingkari salah satu daripada
rukun Islam yang lima
4.
Mengolok olokkan Allah, agamaNYA
atau rasulNYA. Benarlah firman Allah yang bermaksud:
“Dan jika engkau
bertanya kepada mereka (tentang ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab:
“Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain main”. Katakanlah: “Patutkah
nama Allah dan ayat ayatNYA serta rasulNYA kamu memperolok olok dan
mengejeknya?” (Surah al-Tawbah 9: 65-66)
5.
Mencaci Allah, agama Islam dan para
rasul, iaitu mencela, mengaibkan atau merendahkan.
6.
Berhukum dengan selain daripada hukum
Allah dengan keyakinan bahawa hukum itu lebih baik atau sama dengan hukum
Allah. Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa
yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) maka mereka itulah
orang kafir.” (Surah al-Ma’idah 5: 44)
7.
Munafik iaitu apabila seseorang menyembunyikan kekafirannya dan melahirkan diri
sebagai Muslim. Firman Allah s.w.t. maksudnya:
“Sesungguhnya orang
munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan
lapisan dalam) neraka.” (Surah al-Nisa’ 4: 145)
*Petikan:
Syeikh Muhammad bin Shalih al-‘Uthaimin, Majelis Bulan Ramadhan, terbitan
Pustaka Imam asy-syafi’i.
Majalah Siasah Isu48
07 – 20 Jun Mei 2013