Jais
bersikap seperti ‘Taliban’, kata bekas mufti Perlis
OLEH MD IZWAN
Published: 5 June 2014 | Updated: 5 June 2014 9:08 AM
Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd
Asri Zainul Abidin menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Selangor yang menyerbu
perkahwinan pasangan Hindu beberapa hari lalu dan meluahkan kebimbangannya
negara menuju ke arah 'Talibanisasi'. Gambar fail The Malaysian Insider
Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd
Asri Zainul Abidin membidas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu
majlis perkahwinan pasangan Hindu baru-baru ini, dan menyatakan kebimbangannya
negara kini menuju ke arah "Talibanisasi".
Mohd
Asri mempertikaikan tindakan Jais itu yang dikatakan akan menyebabkan imej
Islam tercemar.
"Jais
perlu hati-hati kerana ia akan beri imej salah kepada masyarakat, malah dunia
akan beri perhatian isu ini.
"Semakin
hari masyarakat dunia melihat dunia ini cenderung kepada proses Talibanisasi
dalam beragama disebabkan tindakan ini," katanya kepada The Malaysian
Insider.
Asri
juga mengkritik tindakan Jais sebagai tidak bijak yang kemudian akan
menimbulkan pelbagai salah sangka di kalangan masyarakat di Malaysia.
"Ini
semua tindakan tidak bijak, tidak ada kebijaksanaan yang akan beri imej negatif
dalam pengurusan agama pada ketika kita sudah mempunyai isu yang banyak memberi
imej negatif dan salah sangka bukan di kalangan bukan Islam sahaja tapi juga
umat Islam sendiri.
"Ia
sangat bercanggah dengan kempen wasatiyah yang dibawa oleh perdana menteri
sendiri," katanya.
Pendakwah
terkenal itu juga mempersoalkan keperluan Jais untuk menyerbu pada ketika
majlis perkahwinan sedang berlangsung dan tidak memanggil dan menyiasat sebelum
itu.
"Sepatutnya
Jais boleh selesaikan isu ini lebih awal apabila ada maklumat, kenapa hari
perkahwinan baru hendak serbu dan lakukan soal siasat, kenapa sebelum itu tidak
buat," katanya.
Beliau
berkata, Jais sepatutnya menyelesaikan perkara tersebut secara profesional dan
bukan dengan menyerbu secara melulu.
"Agama
ini bukan satu paksaan, sepatutnya mereka (Jais) panggil dengan cara baik dan
siasat lebih awal, ini bukan zaman paksaan lagi," katanya.
Pensyarah
Universiti Sains Malaysia (USM) itu menyarankan agar isu mengenai mualaf di
mana ibu bapa memeluk Islam diteliti semula memandangkan situasi ketika ini
sudah berubah.
"Pada
zaman dulu, orang keluar Islam sebab ada elemen pengkhianatan dan dalam
mana-mana undang-undang memang hukumannya keras, bukan sahaja di dunia Islam
tapi agama Kristian pun ada hukumannya.
"Tapi
sekarang ini kita berdepan suasana baru dan memerlukan ijtihad baru serta
pandangan baru dalam hal ini. Kita kena lihat balik faktor-faktor ini untuk
melihat dalam suasana lebih matang tentang masalah bukan Islam yang emak dan
bapa peluk Islam," katanya.
Beliau
berkata, zaman dahulu hukuman kepada mereka yang keluar Islam adalah berat,
zaman moden sekarang berbeza sama sekali kerana setiap negara berwilayah.
"Suasana
sudah tidak sama pada zaman awal dahulu kerana dahulu orang peluk Islam atas
kerelaannya dan kemudian keluar, ini seakan-akan ada elemen pengkhianatan.
"Zaman
dulu juga tidak ada negara bersempadan, tapi yang membezakannya hanya pegangan
akidah. Apa yang membezakan dengan yang sekarang adalah wilayah ada negara, ada
kad pengenalan dan pasport," katanya.
Asri
berkata, isu melibatkan kes mualaf ini perlu dibincang supaya selari dengan
konteks zaman moden sekarang.
"Kita
kena bincang pandangan yang lepas supaya ia kena dengan konteks zaman
moden," katanya.
Peguam,
Syahredzan Johan menyifatkan situasi ini berlaku berpunca daripada isu hak
penukaran agama sehala.
"Isu
sekarang adalah 'unilateral conversion', apabila seorang sahaja bapa atau emak
mempunyai kuasa untuk menentukan agama anak-anak yang belum mencapai umur
majoriti, ini yang berlaku sebenarnya," kata Syahredzan kepada The
Malaysian Insider.
Zarinah Abdul Majid,
seorang penganut Hindu bernama Islam pada majlis perkahwinannya di sebuah kuil
yang diserbu pegawai Jais minggu lalu. Gambar The Malaysian Insider
Syahredzan
berkata, kajian dan penelitian mendalam mengenai isu tersebut perlu dikaji bagi
mengelak ia lebih berleluasa.
"Jadi
sebab itu, ramai mengesyorkan kalau dalam situasi ini apa yang perlu dilakukan
dalam menentukan agama adalah ia mesti diputuskan secara bersama kedua-dua ibu
dan bapa.
"Saya
percaya kalau kita mengikut fungsi kedua-dua ini, masalah yang timbul ini
mungkin tidak berleluasa," katanya.
Dr
Maszlee Malik, pemerhati sosiopolitik dari Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia berkata, isu kes serbuan perkahwinan oleh Jais berpunca daripada isu
pentadbiran dan tidak melibatkan sentimen keagamaan.
"Perkara
seperti ini perlu diselesaikan supaya tidak timbul kekeliruan," katanya
kepada The Malaysian Insider.
Maszlee
juga membidas Jais kerana mencemarkan imej Islam di mata masyarakat apabila
bertindak melulu.
"Jais
sepatutnya buat kajian terperinci dahulu, mereka kena lihat kesan persepsi
umum.
"Mereka
kena berhati-hati dan perlu banyak buat kerja rumah sebelum ambil suatu
tindakan," katanya.
Ahad
lalu, Jais menyerbu sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya dalam percubaan mereka
untuk menghentikan majlis perkahwinan di mana pengantin perempuannya adalah
seorang yang dipercayai beragama Islam.
Kontroversi
tersebut menimbulkan reaksi kurang senang penganut Hindu dan pertubuhan bukan
kerajaan mengecam keras tindakan tersebut.
Tindakan
Jais itu juga mengganggu majlis perkahwinan dan menyebabkan pasangan pengantin
tersebut mengalami kerugian.
Pengantin
perempuan itu, Zarinah Abdul Majid dalam satu wawancara bersama The Malaysian
Insider berkata, beliau berulang-alik ke Mahkamah Syariah dan Jabatan
Pendaftaran Negara untuk membuang perkataan "Islam" di kad
pengenalannya.
Zarinah
mengakui tidak mengamalkan kepercayaan agama Islam.
Beliau
berkata, ibu bapanya beragama Hindu ketika berkahwin pada 1980. Ayahnya bernama
S Mahendran dan ibunya S Vasandamma.
Kemudian
bapanya memeluk Islam dan menukar nama kepada Abdul Majid, bagaimanapun ibunya
kekal menganut agama Hindu.
Disebabkan
itu, katanya, beliau dan tiga adik beradik lain mempunyai status agama Islam
dalam surat beranak dan MyKad.
Zarinah
berkata, selepas kelahiran adik lelakinya pada 1990, ayahnya meninggalkan rumah
dan tidak pernah kembali. – 5 Jun, 2014.
Disalin
& tempek dari: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jais-bersikap-seperti-taliban-kata-bekas-mufti-perlis
Link Berkaitan: