Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

09 June 2014

ISU: Pokok & Haiwan bercakap dengan Rasul:- Habib ALi Zainal

ISU
Alam Pun Turut Berbicara Dengan Kekasihnya
oleh


Pohon Menangis

Jabir bin Abdullah menceritakan bahawa dahulu Nabi ketika berkhutbah pada hari Jumaat, akan bersandar kepada sebuah pokok kurma, lalu seorang wanita atau seorang lelaki Ansar berkata, "Wahai Rasulullah, sudikah tuan jika kami buatkan untukmu sebuah mimbar?"

Baginda menjawab, "Ya, jika kamu mahu."


Maka mereka membuatkan untuknya sebuah mimbar. Apabila hari Jumaat tiba, Baginda pun menaiki mimbar. Seketika itu, terdengar tangisan yang muncul dari pokok kurma tadi, umpama tangisan seorang bayi. Rasulullah  turun dari mimbar dan memeluknya, sehingga tangisan itu reda umpama redanya tangisan seorang bayi (yakni ketika ditimang oleh ibunya). Nabi bersabda, 'Pokok itu menangis kerana ia terbiasa mendengar zikir di sana." (Riwayat Imam Bukhari)

Pokok itu sudah terbiasa mendengar khutbah Nabi dengan Nabi berdiri atau bersandar kepadanya. Akan tetapi, setelah dibuatkan mimbar maka tidak lagi pokok kurma itu menjadi tempat sandaran Nabi. la sebak dan tidak tertahankan daripada berpisah daripada sentuhan jasad Nabi  lalu ia menangis. Sayidina Hasan al-Bashri berkata, "Wahai sekalian kaum Muslimin! Kalau kayu boleh rindu untuk berjumpa dengan Rasulullah maka kamu sekalian lebih patut untuk merindukan kepadanya." (Kitab Fathul Bari Syarah Sahih al-Bukhari)

Imam Syafi'i r.a. berkata; "Tiada mukjizat yang diberikan oleh Allah kepada para nabi, melainkan akan diberikan kepada Nabi Muhammad. Jikalau Allah memberi mukjizat kepada Nabi Isa a.s. menghidupkan orang mati, maka sesungguhnya Allah telah memberi Nabi Muhamma dengan mukjizat pokok kurma mengungkapkan perasaan rindunya kepada Baginda, sehingga terdengar suara daripadanya."(Fathul Bari Syarah Sahih al-Bukhari)

Tentunya mukjizat ini lebih hebat berbanding mukjizat Nabi Isa a.s. kerana mukjizat menghidupkan orang mati itu adalah mengembalikan sesuatu yang hidup kepada kehidupannya, akan tetapi mukjizat hidupnya benda mati menjadi sangat luar biasa.

Rusa Merintih

Abu Sa'id al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah berjalan, lalu menjumpai seekor rusa yang terikat. Rusa itu memanggil, "Ya Rasulullah, lepaskanlah ikatan ini daripadaku, agar supaya aku dapat pergi untuk menyusui kedua-dua anakku yang aku tinggalkan. Aku akan kembali lagi untuk engkau ikat semula."

Rasulullah     bersabda, "Kamu ini adalah buruan orang lain, (yakni hak si pemburu)."

Lalu Rasulullah     mengambil sumpah daripada rusa itu untuk kembali, rusa itu pun bersumpah. Setelah ikatan itu dilepaskan oleh Rasulullah, rusa itu pergi menunaikan janjinya lalu kembali untuk diikat kembali. Si pemburu rusa itu datang dan melihat Rasulullah sedang mengikat tali ikatan kepadanya. Rasulullah menawarkan untuk membeli rusa tersebut, si pemburu itu menghadiahkannya kepada Rasulullah lalu Baginda melepaskannya." (Riwayat al- Baihaqi)



Q&A: Isu 25: m/s 16