Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

03 June 2014

'Sahabat' Nabi yang masih hidup

Fakta Sejarah Pohon Sahabat Nabi
Oleh
Muhammad Muqharabin Mokhtarrudin-
yang telah mengadakan Kembara Dokumentasi Eksplorasi Gunung Para Nabi


1. Popular dengan julukan The Blessed Tree ataupun Pohon yang Dirahmati.
 The Only Living Sahabi -Pohon Sahabat Nabi. Gelaran ini diberikan oleh His Royal Highness Prince Ghazi bin Muhammad of Jordan.

2. Pada tahun 2010, menyedari keberadaan dan sejarah mulia pokok ini maka kerajaan The Hashemite Kingdom of Jordan mewartakan pohon ini sebagai khazanah warisan negara yang diberikan perhatian khas.
3. Tumbuh subur di kawasan muka bumi ekstrem -daerah Hurran (atau Hirran dalam bahasa Aramaic bermaksud perbanjaran gunung berapi
4.  Boleh hidup pada suhu kawasan yang mencapai cuaca 10°C/ 14°F pada musim sejuk dan 48°C/118°F pada musim panas.
5. Keadaan muka bumi seluas 100 km radius - landskapnya kering kontang daripada sumber air. Tiada tasik, tiada saliran ataupun telaga. Hanya kelihatan hamparan dan timbunan longgokan batu bassalt rentung muntahan gunung berapi (volcanic basalt basin) - kondisi yang tidak memungkinkan tumbuhan mampu hidup.
6. Terdapat juga fakta lain berkaitan pohon ini yang dipercayai telah berusia hampir 3,500 tahun dan dipercayai ditanam oleh tangan mulia Nabi Allah Ibrahim a.s.
7. Pohon daripada keluargakacang  ( kacang jenis Western Green Pistachio. Tinggi 30 meter. Lebar ranting dan daun yang merimbun hampir 12 meter.
8. Pohon yang sangat rendang  mampu memayungi hampir 50 orang yang duduk di bawahnya.
9. Rimbunan ini ditampung oleh tujuh batang dahan sebesar saiz paha orang dewasa. Perdunya sebesar hampir dua pemeluk.
10. Setiap kali tiba musim  luruh akan terbit sebuah mata air yang menghasilkan sebuah takungan air yang besar berdekatannya. Kolam air ini sentiasa melimpah hinggalah ke hujung musim panas. la adalah sumber air yang melogikkan mengapa laluan ini dipilih oleh kafilah pedagang Arab untuk ke kota Bushra di Syam setiap kali menjelang musim panas.        
11.  Kini kawasan pokok ini telah dipagar sebagai usaha kerajaan Jordan memelihara warisan para rasul dan nabi. Berhampiran pintu masuk didirikan sebuah bangunan surau kecil yang boleh menampung tiga orang berjemaah pada satu masa.

Q&A:  Isu #25 - M/s 24