ULASAN
Solat tarawih 20 ataupun lapan
rakaat adalah persoalan khilaf dalam kalangan sarjana Islam. Sikap yang
sederhana tidak akan menyatakan mana-mana pihak tertolak solatnya hanya kerana
lapan ataupun 20.
Istilah tarawih itu sendiri hanya
digunakan selepas zaman Nabi SAW. Dalam hadis digunakan “qiyam Ramadan”.
Para ulama salaf solih sendiri berbeza pendapat tentang bilangan rakaat bagi solat tarawih bersama witir.
Antaranya, pendapat yang
menyatakan 41, 39, 29, 23, 13 dan 11. Adapun dari segi riwayat, Ummul Mukminin
Aishah RA ditanya mengenai solat Rasulullah SAW pada bulan Ramadan, jawab
beliau:
Baca seterusnya