Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

26 May 2017

SOAL JAWAB Dr. Rozaimi : Status hadis para sababat minum air kencing nabi



Published on Apr 23, 2017
Berikut adalah soal jawab Dr. Rozaimi bersama dengan orang Kota
Bharu, Kelantan untuk bahagian 2:



0:01 - Status hadis
para sahabat pernah minum air kencing Nabi?

Tidak sahih. Cuma ada status hadis yang Hasan menunjukkan Abdullah Bin Zubair
pernah minum darah Nabi.



0:36 - Bolehkah hadis
mursal dijadikan hujah?

Tiga mazhab pakai hadis mursal. Syaratnya hendaklah dipakai pada zaman awal
kerana pada masa itu ramai orang amanah dan sangat minoriti golongan pendusta
dan perawi dha'if.



3:05 - Apakah
amalan-amalan sunnah yang utama yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian?

Amalan-amalan utama dicadangkan dengan merujuk dalam kitab Al-Azkar karangan
Imam Nawawi dan Hisnul Muslim.