Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
31 December 2019
Fiqh An-Nisa: Apakah kehendak atau kefahaman daripada ayat ini?
Fiqh An-Nisa’
Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia
Q-Apakah kehendak atau kefahaman daripada ayat ini?
A-Difahami daripada ayat ini ialah
suami tidak harus berpisah tempat tidurnya dengan isteri dalam keadaan yang
biasa, iaitu dalam keadaan isteri tidak derhaka, kerana tidak tidur bersama itu
boleh membuatkan isteri berkecil hati dan berasa seolah olah dia tidak
diperlukan lagi.
kaitan dr soalan asal:
30 December 2019
Jangan biarkan anak ini berjuang sendirian: Bantulah seadanya agar dia mampu mengukir senyuman
Bantulah adik Nurul Najatul Aisyah Zakaria 14 thn yang bertungkus lumus membantu kedua ibu bapanya yang sakit. Hubungi 012-2762 443 (Zakaria) untuk hulurkan bantuan. Tiada maknanya saban tahun melancung & menunaikan umrah tetapi jiran sebelah rumah kelaparan.
24 December 2019
Fiqh An-Nisa’ : Ustazah Maznah Daud:- hukum isteri yg telah menopous tidak tidur bersama suami
Q- Ustazah, bagaimana hukum seorang isteri yang telah menopous
tidak lagi tidur dengan suaminya?
A-Tujuan perkahwinan ialah untuk
mendapatkan kedamaian dan ketenangan hati dengan menjalin kemesraan, kasih
mengasihi antara satu sama lain sebagaimana digambarkan dalam firman Allah yang
mafhumnya:
23 December 2019
PU Salman menjawab: Bagaimana menguruskan jenazah bayi yg keguguran?
PU SALMAN Menjawab
Ustaz Salman Maskuri
Mudir Madrasah Pusat
Pengajian Darul Ilmi Kuala Lumpur
Q-Bagaimana menguruskan
jenazah bayi yang keguguran?
PU Salman menjawab: Bolehkah isteri memandikan jenazah suami ...?
PU SALMAN Menjawab
Ustaz Salman Maskuri
Mudir Madrasah Pusat
Pengajian Darul Ilmi Kuala Lumpur
B-Bolehkah
isteri memandikan mayat suami atau suami memandikan mayat isteri?
20 December 2019
PU Salman menjawab: Bolehkah suami melarang isterinya menziarahi ayahnya yang sakit?
PU SALMAN Menjawab
Ustaz
Salman Maskuri
Mudir
Madrasah Pusat Pengajian Darul Ilmi Kuala Lumpur
Q-Bolehkah suami melarang isterinya menziarahi ayahnya yang sakit?
PU Salman menjawab: Apa hukum tukar emas lama dengan emas baru ....?
PU SALMAN Menjawab
Ustaz
Salman Maskuri
Mudir
Madrasah Pusat Pengajian Darul Ilmi Kuala Lumpur
Q-Apa hukum tukar emas lama dengan emas baru yang berlainan berat dan ditambah dengan duit?
19 December 2019
PU SALMAN Menjawab: Adakah perhiasan wanita perlu dizakatkan?
PU SALMAN Menjawab
Ustaz
Salman Maskuri
Mudir
Madrasah Pusat Pengajian Darul Ilmi Kuala Lumpur
Q-Adakah
perhiasan wanita perlu dikeluarkan zakat?
PU Salman menjawab: Bolehkah suami mengambil sebahagian mahar isteri?
PU SALMAN Menjawab
Ustaz
Salman Maskuri
Mudir
Madrasah Pusat Pengajian Darul Ilmi Kuala Lumpur
Q- Bolehkah
suami mengambil Sebahagian mahar isteri?
09 July 2019
Debaran Mabrur: kesilapan ketika lupa
Debaran Mabrur: Lupa Dalam manasik
Oleh: Ustaz Haji Mohd
Hasnil Abu Bakar
Manusia tidak terlepas daripada penyakit lupa atau
terlupa. Bahkan dalam ibadah pun kelupaan
boleh berlaku. Terlupa bilangan
rakaat, terlupa baca tahiyat, terlupa berniat, terlupa sedang berpuasa IaIu makan.
Ada
juga yang terlupa bayar zakat
fitrah, pagi raya baru tersedar. Dalam
manasik pula, berlaku kes terlupa
melunaskan ibadah dam sebagai kifarah bagi kesalahan tertentu; melanggar pantang larang manasik dan bermacam-macam lupa lagi.
Ayah saya seorang yang pelupa dan dia bakal menunaikan haji. Sahkah hajinya nanti?
05 July 2019
Tentang Ibadah Korban: Korban untuk yang telah meninggal dunia
Korban
Bagi yang Telah Meninggal Dunia
Soalan:
Apakah hukum
membuat korban untuk orang yang telah meninggal dunia?
Jawapan:
Korban adalah
suatu sunat mu'akkad kifayah bagi keluarga yang ramai. Korban juga adalah suatu
sunat mu'akkad ain kepada seseorang dan tuntutan korban kepada setiap mukalaf
lelaki dan perempuan yang mampu dan melebihi daripada keperluan asasi. Dalam
riwayat hidup Baginda, Rasulullah s.a.w. telah melakukan korban sebanyak 100
ekor unta, dan Baginda hanya menyembelih sebanyak 63 ekor unta. Baki selebihnya
disembelih oleh Sayidina Ali r.a. (rujukan Bujairimi a'la al-Khatib, bab
fiqah).
Tentang Ibadah Korban: Memakan Daging Korban yang "Dinazarkan”
Soalan:
Adakah boleh seseorang itu
memakan daging korban nazarnya sendiri?
Jawapan:
Memakan daging korban nazar sendiri adalah tidak boleh. Selain itu,
daging nazarnya juga tidak boleh dimakan oleh orang bawah nafkahnya sendiri,
seperti isterinya, anak-anaknya yang masih belum baligh, dan kedua-dua ibu
bapanya yang uzur bawah jagaannya.
Iktibar & Pedoman: Mayat berubah wajah
Mayat Hitam Jadi Putih
Selepas Diwudukkan
Diceritakan oleh
Ustaz Haron Ibrahim
TELAH
banyak cerita dan kisah yang kita dengar atau baca mengenai kejadian
mayat-mayat yang diaibkan Allah. Kisah dan kejadian-kejadian' itu memang
menakutkan, tapi yang lebih penting bagi saya ialah kita sebagai hamba-Nya
hendaklah insaf dan membersihkan diri kita supaya kita juga nanti tidak akan
diaibkan sedemikian rupa.
10 January 2019
04 January 2019
Mualaf: Masuk Islam tapi nak kekalkan nama asal
KEMUSYKILAN
MUALAF
Oleh:
Muhd. Ridhwan Abdul Jalil@Erwanz
Soalan:
SAYA selalu
mengikuti ruangan Kemusykilan Mualaf yang mana persoalannya dijawab oleh Ustaz
dan saya dapat memahaminya dengan jelas. Untuk pengetahuan Ustaz, saya kini
bekerja dengan sebuah syarikat Insurans Islam di Kuala Lumpur dan berkelulusan
dari Universiti Malaya. Saya mempunyai satu persoalan yang telah lama terbuku
di hati. Saya difahamkan Islam membenarkan seseorang itu mengekalkan nama
asal-nya (nama sebelum Islam). Saya juga masih mengekalkan nama asal saya
sehingga kini.
gambar hiasan
02 January 2019
Subscribe to:
Posts (Atom)