Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
03 June 2016
Syeikh Nuruddin Jawab: Bolehkah Dua Jemaah di Satu Tempat?
Bolehkah Dua Jemaah di Satu Tempat?
Q) Adakah
boleh mengqadha solat selepas setiap kali solat?
A) la tidak dituntut kecuali jika merasakan ada
'hutang' iaitu ada solat yang belum diqadhakan. Dalam mazhab Syafi'i, solat
boleh diulang satu kali. Dalilnya Sayyiduna Mu'az bin Jabal r.a. yang telah
bersolat bersama Nabi dan ketika beliau balik kampung, beliau solat fardhu
lagi.
Q) Apakah hukumnya membuat dua jemaah di tempat
yang tidak cukup menampung jumlah jemaah?
02 June 2016
Puasa selepas 15 Syaaban: jawab Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu
Puasa
selepas 15 Syaaban
Bagaimanakah
Bentuk Larangannya?
Soal Jawab Bersama
Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin
Marbu al- Banjari al Makki
Soalan:
Seseorang tidak pasti atau berbolak-balik niat
puasanya. Adakah sah puasanya?
Jawapan:
Puasanya
sah
Soalan:
Adakah
kita disuruh berpuasa sepanjang 10 hari awal bulan Zulhijjah?
19 May 2016
18 April 2016
Taubat seorang samseng
Taubat seorang
samseng jalanan
oleh
Mohd Nazirul Afiq Ismail
gambar hiasan
Penghujung 1970-an
sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur
KELEPUK!!
Kepala Sayyaf diluku oleh salah seorang daripada beberapa
pelajar kelas tingkatan tiga Anggur.
"Janganlah
marah ya budak baru! Dalam kelas tiga Anggur ini aku paling samseng! Semua
budak-budak baru yang masuk ke sekolah ini kalau dibuli itu perkara
biasa," kata Jack sambil disambut gelak tawa rakan-rakannya yang lain.
Budak baru itu tadi menggosok-gosokkan kepalanya. Sakitnya berpijar! Hendak
saja dibalas lepuk yang baru singgah di belakang kepalanya tadi.Tapi Sayyaf
hanya membisu. Bukan takut, tapi dia teringat pesan ibunya yang jauh di kampung
supaya bila tinggal dengan ayah di Kuala Lumpur nanti jaga diri, timba ilmu dan
pengalaman. Sabar Sayyaf, sabar!
"Woi
budak kampung. Kau orang miskin ya? Bapak engkau kerja apa ya?" tanya Jack
sambil tersengih dengan gigi yang tak bergosok. Jack geram dengan budak baru
nama Sayyaf ini.
12 April 2016
04 April 2016
Luahan anak tak sah taraf yg jadi free thinker
Aku Anak Haram!
Jadi
free thinker, hampir murtad
IRA-KIRA 30 tahun dulu, seorang gadis sunti
berusia 17 tahun secara senyap-senyap telah melangsungkan pernikahan dengan
seorang pemuda yang berlainan agama, di sebuah gereja. Perkahwinan yang
dilakukan atas dasar cinta itu, turut membuatkan si gadis akhirnya akur untuk
menukar agamanya.
"Bagaimanapun, pernikahannya tidak
digembar-gemburkan. Ibu bapa si gadis langsung tidak tahu tindakan anak
perempuan mereka. Si gadis pula berlagak seperti biasa.
22 March 2016
15 March 2016
Soal Jawab Solat bersama Ustz Fadzli: Tertelan Sisa Makanan
Tertelan Sisa Makanan
Soal Jawab Solat bersama
Adakah batal solat jika
menelan sisa makanan dalam mulut tanpa sengaja?
Jawapan:
Hukumnya tidak batal, jikalau
sedikit dan tidak sengaja dalam keadaan jahil, baru memeluk Islam atau jauh
untuk mengikuti pengajian daripada alim ulama. Jika berlaku sebaliknya, maka
hukumnya batal.
13 March 2016
09 March 2016
Soal Jawab Solat : Solat Sambil Berdiri
Solat Sambil Bersandar
Soal
Jawab Solat bersama
Apakah hukum solat sambil bersandar pada tiang atau
dinding?
Jawapan:
Mukum solat sambil bersandar di tiang atau dinding tanpa
sebab adalah makruh. Jika solat sambil bersandar pada tiang atau dinding dengan
sebab untuk membolehkan dia berdiri walaupun seketika pada awal solat, maka
perbuatan itu wajib. Kerana berdiri adalah perkara rukun dalam solat, walaupun
hanya seketika.
06 March 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)








