Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
24 October 2018
23 October 2018
Anda Musykil: Bolehkah guna pinggang yg tidak disamak
Bolehkah guna pinggan mangkuk yg tidak disamak
SOALAN:
Jika
menginap di luar negara, kita akan bersarapan di hotel. Masalah-nya, kita mungkin
sukar untuk mengenal pasti makanan halal dan tidak halal, tetapi bagaimana pula
dengan pinggan mangkuk, sudu dan garpu yang digunakan? Sudah pasti tidak
disamak. Bolehkah pada ketika itu, kita berpegang kepada pandangan bahawa
memadai ('samak') dengan membasuh menggunakan sabun, dan tidak perlu guna tanah?
Jawapan:
Sikap
berhati-hati dan prihatin terhadap apa yang dimakan, diminum dan juga terhadap
peralatan-peralatan yang dignna pakai ketika makan adalah sifat terpuji yang
melambangkan keimanan,
23 August 2018
Kenapa Mekah Istimewa - Norimanah Seman
Kenapa Mekah Istimewa
Laporan Khas
Oleh: Norimanah Seman
RAMAI
yang memberi pelbagai alasan kenapa mereka mengunjungi Mekah. Bagi yang baru
pertama kali hendak melangkahkan kaki ke sana, sudah tentulah ia menjadi satu
tanggungjawab untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Apa pun mengunjungi
Mekah tidak kira untuk beribadah atau melancong, ia amat digalakkan dalam
Islam.
Pun
begitu, bukan itu yang hendak dibincangkan. Sebaliknya Al Islam untuk keluaran
khas ibadat haji ini akan mengupas pelbagai rahsia, di sebalik ibadat haji dan
kenapa ia mesti dilakukan di Mekah, yang tidak pernah dibicarakan di dalam
kursus haji sekali pun. Apa istimewanya setiap rukun haji dan larangan yang
dikenakan semasa di dalam ihram? Dan mengapa Kaabah ditetapkan sebagai kiblat
seluruh umat Islam di muka bumi ini?
21 August 2018
16 August 2018
14 August 2018
Soal Jawab Agama Bersama Ustz Mohd. Zaidi Ramli: Makanan syubhah cacatkan keimanan
Makanan syubhah cacatkan keimanan
SOALAN:
Dalam
keadaan-keadaan tertentu, bolehkah kita memakan satu sajian yang bercampur
dengan bahan bukan halal (tetapi bukan najis berat seperti babi). Contohnya,
sup yang mengandungi ayam yang tidak disembelih, tetapi kita hanya makan bahan bahan lain di dalam sup,
bukan daging ayam yang tidak disembelih itu. Sayabertanya kerana sekarang
timbul banyak keraguan mengenai status halal ayam yang berada di pasaran.
Jawapan:
Pertama sekali ingin
dijelaskan kepada para pembaca bahawa pemilihan pemakanan yang berstatus
03 August 2018
02 August 2018
31 July 2018
Duit yang dijumpai, perlu diumumkan selama satu tahun hijrah
Duit yang
dijumpai,
perlu
diumumkan selama satu tahun hijrah
Soalan
Duit yang dijumpai, perlu
diumumkan selama satu tahun hijrah
Ustaz, Kehidupan saya tidaklah
semewah sangat dan tidak juga terlalu susah.Tetapi kehidupan di kota, sering
membuatkan saya ikat perut supaya gaji yang saya peroleh dapat saya gunakan
sehinggalah akhir bulan sementara menunggu gaji bulan berikutnya. Baru-baru
ini, saya terjumpa segumpal wang yang tercicir di tempat letak kereta di
kawasan rumah saya.
haram tidak akan menjadi halal walau diberi kpd orang lain
Sesuatu yang
haram diperoleh,
haram juga diberikan kepada orang lain
SOALAN:
Saya seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Ireland. Di sana saya
bekerja sebagai seorang Chef yang sudah semestinya terlibat dengan kerja-kerja
memotong daging bagi, memasak dan merasa masakan tersebut. Begitu juga dalam
masakan tertentu, saya terpaksa menggunakan wain atau apa jua jenis arak
sebagaimana kebiasaan yang terdapat dalam cara masakan orang di sana. Makanan
tersebut selalunya dihidangkan kepada pelanggan yang bukan beragama Islam dan
kadang-kadang kepada mereka yang beragama Islam.
25 July 2018
24 July 2018
19 July 2018
Cintailah Isteri anda kerana Allah
Cintailah
Isteri kerana Allah
Susunan
SARINA MOHD SOM
Menurut
perspektif Islam, perkahwinan itu sama
ertinya dengan menyempurnakan separuh agama. Setiap makhluk di muka bumi
ini telah diciptakan berpasang-pasangan, ada siang ada malam, ada lelaki dan
ada perempuan.
Masing masing mempunyai tujuan mengikut apa yang
telah ditentukan oleh Allah SWT. Seperti mana kisah ibu bapa kita terdahulu,
Adam dan Hawa. Pelbagai kenikmatan di syurga belum cukup bagi Adam a.s.
sehinggalah Allah SWT. menciptkan Hawa,
untuk mendampinginya.
Wanita itu adalah
pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah
SWT.
10 July 2018
08 June 2018
07 June 2018
01 June 2018
23 April 2018
16 April 2018
12 April 2018
23 March 2018
15 February 2018
16 January 2018
Syeikh Ahmad Deedat: Kemilau Sang Da'i
Julai 1918 mungkin merupakan tarikh yang
paling menggernbirakan bagi Hussein
Kazirn Deedat, seorang tukang jahit dan isternya, Fatimah. Merekalah insan yang
paling gembira di pekan Tadkeshwar, Surat, yang terletak di negen Bombay India
dengan kelahiran seorang cahaya mata lelaki, penyeri hidup berkeluarga.
Namun
langit tidak selamanya cerah. Anak yang bernama Ahmed Hussein Deedat ini
terpaksa berpisah dengan ayah tercinta.
Keputusan telah dibuat. Dia akan merantau dan berhijrah ke Kwazulu-Natal, Afrika
Selatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)