Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
17 March 2015
FEQAH: Hukum wanita ziarah kubur??
Feqah
Wanita
Ziarah Kubur
Benarkah
Dilaknat Allah?
Oleh
Ustaz Muhadir Hj Joll
Salah satu perkara mulia yang dilakukan
oleh orang hidup kepada orang mati ialah menziarahi pusara mereka untuk
dibacakan al-Quran, tahlil, zikir dan sebagainya, di samping ziarah itu
mengingatkan orang yang hidup kepada kematian.
Jika kematian berlaku dalam sebuah
keluarga, sudah pasti ahli keluarga termasuk perempuan juga turut sama ingin
menghantar atau menziarahi jenazah ahli keluarga mereka di kubur. Artikel ini
berusaha memberi pencerahan terhadap hukum menziarahi kubur bagi lelaki dan
perempuan.
Bolehkah menziarahi
kubur?
13 March 2015
Bagaimana hendak mengetahui haid pertama atau kedua?
FIQH An-Nisa
Haid Pertama dan Kedua
Bagaimanakah mengetahuinya??
Oleh
Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita IKRAM Malaysia
Soalan:
Seorang
wanita datang haid selama lima hari. Kemudian dia mandi. Belum cukup 15 atau 16
hari, darah haidnya datang semula. Bagaimanakah kedudukannya?
Jawab:
Jika
darah keluar dalam masa 15 hari daripada hari pertama dia datang haid, maka
darah itu dikira haid, iaitu sambungan kepada haid yang telah kering itu.
Umapamanya dia mula-mula datang haid pada 1 hari bulan, pada 5 hari bulan
haidnya kering dan dia mandi. Pada 8 hari bulan darah keluar lagi. Maka darah
yang keluar itu dikira haid kerana masih dalam tempoh 15 hari.
10 March 2015
Halaqah Ibadat: Batalkan wuduk sentuh wanita ajnabi?
Batalkan
wuduk tersentuh kulit perempuan ajnabi?
Halaqah Ibadah
Oleh
Ustaz
Muhadir Hj. Joll
Muamalah seharian yang
melibatkan lelaki dan perempuan kadang-kadang tanpa disedari dan tanpa sengaja
tersentuh kulit antara satu dengan yang lain. Ulama mazhab mempunyai pandangan
masing masing dalam perkara ini.
13 January 2015
Murtad: Pengalaman Cikgu Adnan
Pengalaman pahit Cikgu Adnan
EMPAT kisah yang dibawa kepada
pembaca oleh AL ISLAM di dalam artikel sebelum ini, mengiakan apa yang pernah
dialami oleh pendakwah bebas yang bertugas sebagai sukarelawan membantu Jabatan
Mufti Negeri Sembilan mengislahkan akidah mereka yang memohon keluar Islam.
09 January 2015
MURTAD: Salah ibu bapa atau ...........??
"Saya tidak mahu hidup sebagai
seorang Islam "
ISU MURTAD
Oleh:
Nor Shamsinor Baharin
“ Saya tidak mahu hidup sebagai
seorang Islam. Saya akan memperjuangkannya sampai saya mati. Biar
bertahun saya terpaksa menunggu, saya tidak mahu kubur saya dan anak sulung
perempuan saya, terpisah hanya kerana nama saya dan anak saya Islam.
31 December 2014
DITTO - Selamat Hari Lahir
“DITTO”
It must have been love
It must have been love
But it's over now
It was all that I wanted
Now I'm living without
It must have been love
But it's over now
It's where the water flows
It's where the wind blows.
It was all that I wanted
Now I'm living without
It must have been love
But it's over now
It's where the water flows
It's where the wind blows.
1 Jan
Selamat Hari Lahir
Walau dimana kau berada
23 December 2014
Kisah Penterjemah Al-Quran yg mati kesepian
Abdullah
Yusuf Ali
Kisah sedih penterjemah Al-Quran yang mati kesepian
Oleh
Norimanah Seman
MUSIM sejuk pada 9 Di-sember 1953 amat dingin sekali.
Cuaca buruk mem-buat seorang lelaki tua yang duduk sendirian di tangga luar
rumah-nya di Westminster, London,
menggigil kesejukan. Dia keli-hatan sakit. Wajah-nya kelihatan kebingungan dan
sekali imbas, persis seorang yang hidup di jalanan; sepi dan sedih.
Abdullah Yusuf Ali, CBE, FRSL was an Indian
Islamic scholar
who translated the Qur'an into English. His
translation of the Qur'an
is one of the most widely known and used in the
English-speaking world.
18 December 2014
Hidup & mati ketentuanNYA: Akhirnya Saya Mengerti ... Nyawa itu Milik ALLAH
Oleh
Norimanah Seman
SELAMA sembilan hari pemuda
yang bernama Saifol itu berkelana di Kuala Lumpur mencari ketenangan. Tandas
awam diJalanTuanku Abdul Rahman berhadapan panggung wayang lama menjadi tempat tidurnya,
dan beristirahat siang dan malam. Rambutnya kusut seperti fikirannya, badan
pula tidak terurus, dan pakaiannya compang-camping.
Sejak keluar dari rumah
sembilan hari lalu, kemeja-T biru bergambar monyet korek hidung itulah yang
melekat di badan-nya. Baju dan seluarnya tidak pernah berganti, selepas mandi,
baju itu disarung kembali. Baunya jangan ceritalah masam, hapak, meloyakan
bercampur aduk dengan arak yang tumpah ke baju-nya.
10 December 2014
Misteri Alam Jin oleh Ustaz Abdul Majid - AKRINE
Bolehkah
Bercakap Dengan Jin?
Mistri Alam Jin
Ibnu
Taimiyah menegaskan bahawa jumhur ulama sependapat bahawa jin boleh merasuki
jiwa manusia, dan kemudian manusia tersebut tidak dapat mengawal lidahnya
daripada memperkatakan sesuatu. Fenomena ini dinamakan kerasukan. Jin yang
menguasai atau yang merasuk seseorng manusia itu membolehkan manusia tersebut
bercakap dalam bahasa yang bukan loghat ibundanya.
09 December 2014
Soal Jawab Agama: Siapakah Penyusun Ilmu Tauhid??
Siapakah Penyusun Ilmu Tauhid?
Soal Jawab Agama
Ustaz Raja Ahmad Mukhlis
Penulis & Pendakwah
Ilmu tauhid dan ilmu akidah merupakan antara
inti pati risalah Islam yang disampaikan oleh Allah kepada para rasul, agar mereka
menyampaikannya kepada umat mereka. Maka, Allah sendiri merupakan penyampai utama
yang menyampaikan pedoman ajaran tauhid kepada umat manusia.
Bahkan, Allah-lah yang mula-mula menyeru ke
arah Ilmu Tauhid melalui para rasul-Nya yang mulia. Allah berfirman mafhumnya: "Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Hah
(Tuhan yang sebenar) selain Allah ..." (Muhammad 47: 19)
Subscribe to:
Posts (Atom)













