Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
30 May 2014
29 May 2014
Dr. MAZA: AMALAN BERKABUNG 40 HARI BUKAN AJARAN ISLAM
AMALAN BERKABUNG 40 HARI
BUKAN AJARAN ISLAM
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Disiarkan pada April 11, 2011
Perkara ini perlu diingatkan. Ia
bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang ‘berlebihan’ dalam
memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang
larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat
diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara-perkara berikut perlu
dijelaskan;
1. Dalam ajaran Islam, yang
diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10
hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah
ayat 234: (maksudnya)
Soal Jawab Agama: Hukum memakan ikan jerung
Kuliah Oxford
Hukum
Memakan Ikan Jerung Yang Makan Manusia
Soalan:
Saya
telah bertemu ramai orang Melayu bermazhab Syafi' yang enggan makan ikan jerung
dengan hujah ia merupakan pemangsa yang memakan manusia. Apakah hukum
memakannya? Adakah ia makruh, haram atau hanya harus?
Jawapan:
Bahagian
ikan jerung yang biasanya dimakan di sesetengah tempat pada hari ini ialah
siripnya, bukan dagingnya. Namun, pendapat asahh (lebih tepat) dalam mazhab
Syafi'i ialah semua bahagian yang boleh dimakan pada ikan jerung termasuk
dagingnya. Walaupun ia telah memakan manusia hukumnya halal dimakan oleh
manusia.
02 May 2014
Celak Mata: Soal Jawab bersama Ustaz Azhar Idrus: Ziarah kematian Bapa Saudara Agama Kristian
Soalan:
Bapa
saudara kawan saya beragama Kristian. Bolehkah dia melawat bapa saudaranya
apabila berlaku kematian?
15 April 2014
Pencerahan: cerita sebenar Isu Azan terlalu kuat
Cerita Sebenar Di Sebalik Laporan Polis
Isu Azan Terlalu Kuat
Rakyat
Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis
yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah
seorang non-muslim sudah tentu kita terkejut. Namun, kali ini adalah seorang
lelaki melayu muslim.
Lapuran Polis Azan terlalu kuat: Respon Prof Dato Dr MAZA
Bacaan
Selain Azan Di Pembesar Suara Patut Dihentikan ...
Mantan Mufti Perlis Prof Dato' Dr Maza.
Saya
ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan
pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan
orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba
mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang
patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan
mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;
11 February 2014
28 November 2013
Soal Jawab Agama: ....... hanya orang Islam masuk Syurga??
Soalan
Benarkah hanya orang Islam yang
masuk syurga?
Jawapan:
Berdasarkan keterangan al-Quran dan hadis-hadis yang sahih adalah jelas
bahawa hanya orang-orang yang beriman dan beramal soleh berdasarkan ajaran
Islam yang dibawa oleh para rasul Allah yang berhak memasuki syurga di akhirat kelak,
dengan izin dan rahmat Allah.
Firman Allah yang bermaksud,
Firman Allah yang bermaksud,
Soal Jawab Agama: Siapa masuk syurga, siapa masuk neraka?
Siapa masuk syurga, siapa masuk neraka?
Soalan:
Sama ada seseorang akan ke syurga atau
neraka adalah ketentuan Allah, tctapi boleh kita membuat perkiraan mengikut
ciri-ciri ahli syurga dan neraka yang dijclaskan dalam al-Quran dan hadis?
Soalan:
23 October 2013
Soal Jawab Agama: makanan yg menimbulkan rasa was was
Halalkah makanan
yang dimakan
bila timbul
perasaan waswas?
Gambar Hiasan
SOALAN:
SAYA berkunjung ke sebuah restoran. Memandangkan restoran berkenaan tidak menunjukkan logo halal, saya lalu bertanya kepada pelayan restoran tersebut tentang status halal makanan yang dihidangkan. Katanya, restoran tersebut memang menghidangkan makanan halal. Tapi perasaan saya masih waswas. Namun saya tetap membuat pesanan. Saya cuba mengelak daripada makan ayam kerana khuatir jika tidak disembelih. Soalannya, apakah perasaan waswas saya itu menunjukkan makanan itu tidak halal atau memadaikah saya hanya membaca 'bismillah' untuk menghilangkan rasa waswas tersebut? Apa yang saya perhatikan, restoran tersebut ramai dikunjungi oleh Melayu Islam.
SAYA berkunjung ke sebuah restoran. Memandangkan restoran berkenaan tidak menunjukkan logo halal, saya lalu bertanya kepada pelayan restoran tersebut tentang status halal makanan yang dihidangkan. Katanya, restoran tersebut memang menghidangkan makanan halal. Tapi perasaan saya masih waswas. Namun saya tetap membuat pesanan. Saya cuba mengelak daripada makan ayam kerana khuatir jika tidak disembelih. Soalannya, apakah perasaan waswas saya itu menunjukkan makanan itu tidak halal atau memadaikah saya hanya membaca 'bismillah' untuk menghilangkan rasa waswas tersebut? Apa yang saya perhatikan, restoran tersebut ramai dikunjungi oleh Melayu Islam.
04 October 2013
UMUM: Salah Sangka Terhadap Allah
FOKUS MINI
Salah Sangka Terhadap
Allah
oleh
Noorzila Jamaludin
SEDANG di sini terdengar gelak ketawa dan suasana girang, nun di sudut
sayup terdengar esakan tangisan daripada hati yang kecewa. Mengapa? Sedangkan kita
sama-sama meniti hari, melalui ranjau dan duri, tetapi engkau bahagia, aku...?
Di puncak bukit pula tersergam indah mahligai putih, dihiasi taman,
dipagari tembok berjeriji keemasan. Namun di tebing-tebing sungai di bawah
bukit itu, berderetan rumah setinggan beratap zink berkarat dan dinding
daripada papan-papan kotak.
Mereka yang menghuni deretan rumah setinggan di tebing sungai itu,
saban hari bekerja. Berusaha tanpa mengenal penat lelah, namun hidup tidak
semewah yang tinggal di mahligai putih di puncak bukit itu.
Di mana keadilan Tuhan? Mereka telah menebar usaha, berdoa, dan tidak
kurang rukuk dan sujud.
Tegar Saptian:-
Dari seorang penyanyi jalanan kini bintang pujaan. Tegar mencari rezeki dengan
menyanyi dijalanan sejak berusia 4 tahun kerana kekangan hidup. Keluarganya
miskin. Tidak bersekolah, tidur dimana saja, malahan pernah wang pencariannya
di curi. Sekarang Tegar mampu membeli rumah dan kenderaan untuk keluarganya.
Mula menikmati kemewahan hidup selepas sekian lama hidup merempat. Dari susah
kepada senang. Semuanya dengan izin ALLAH
01 October 2013
Islam: Kalau kita kuat pasti menang
Kalau kita kuat pasti menang!
MALAM itu suatu malam yang amat istimewa. Pemuda berkulit putih, mata
sepet dan berkaca mata itu tenang sahaja melihat salji turun memutih di luar
jendela. Ya! Segala-galanya sudah muktamad. Hatinya sudah yakin benar. Cahaya
kebenaran yang dicari-carinya sudah terpancar terang di hadapan mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)











