Tanggapan bergantung
pada sikap agamawan, tuan mufti
01-09-2016
ULASAN Saya
dengan segala hormatnya ingin merujuk kenyataan Tan Sri Harussani supaya ahli
politik dan pihak berkenaan menghentikan desakan supaya mufti, ulama dan
agamawan memberi pandangan tentang isu berkaitan 1MDB dan kenyataan Jabatan
Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat.
Saya
juga merujuk kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang mufti-mufti tidak
akan buat kenyataan jika 1MDB hanya satu prasangka, prejudis dan fitnah.
Sebenarnya
kami membuat gesaan tersebut kerana sayangkan institusi mufti, para ulama dan
agamawan supaya terus di hormati dan di sanjung serta kekal relevan dalam
masyarakat Islam khususnya hari ini.
Untuk
terus dihormati, institusi institusi tersebut perlulah memainkan peranan
sebagai badan yang peka serta sensitif isu semasa yang boleh menjejaskan sebuah
kerajaan yang diterajui oleh pemimpin beragama Islam yang mendukung sikap
wasatiah.
Itulah
harapan umat Islam Malaysia supaya para agamawan ke hadapan memberi pandangan
bernas supaya memelihara nama baik kerajaan pemimpin Islam di Malaysia.