Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
14 July 2015
Fihq An-Nisa': Qadha & Fidyah - Bila perlu kedua dua nya??
Qadha & Fidyah: Bilakah
Perlu Kedua duanya?
Oleh
Ustazah
Maznah Daud
Soalan:
Kakak saya
sedang sarat hamil. Pada suatu hari bulan Ramadan, dia kelihatan sangat letih.
Emak saya menyuruhnya berbuka puasa lalu dia pun berbuka. Adakah kakak saya
berdosa? Adakah dia perlu membayar fidyah untuk puasanya itu?
08 July 2015
Anda Musykil? PU Salam Menjawab: Batalkan puasa tertelan kahak?
Batalkah Puasa Tertelan Kahak?
Soalan:
Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur,
adakah sah puasanya?
Jawapan:
Allah s.a.w. menjadikan terbit fajar sadiq sebagai masa bermulanya
berpuasa. Firman Allah s.a.w yang
bermaksud: "Dan makanlah serta minumlah sehingga jelas
bagimu fajar sadiq selepas kegelapan malam ..." (al-Baqarah 2: 187)
30 June 2015
Sentuh khinzir & anjing dengan sengaja m/s 4: Anda Bertanya UAI menjawab
Hak Cipta Terpelihara
oleh
PTS ISLAMIKA SDN. BHD
Bukan Untuk Tujuan Komersil
Anda Akan di Pertanggung Jawabkan
Jika anda menyalahgunakan artikel ini
Bolehkah tangguh qadha puasa?
Qadha
Puasa - Bolehkah ditangguh?
Muhammad
Shaiffudin Abu Bakar
Editor Syariah
Ramadan datang lagi
dan kita pun menyambutnya. Ada yang
membuat persiapan ataupun persediaan dan ada yang melalui bulan yang penuh
keberjatan ini sebagaimana melalui bulan bulan yang lain juga. Tidak terfikir untuk menghiasi bulan Ramadhan
tahun ini kea rah yang lebih baik, berbanding bulan Ramadhan yang lepas.
26 June 2015
25 June 2015
19 June 2015
Dr. ABdul Salam " .... itulah Rasulullah S.a.w ...!
“Itulah
Rasulullah S.a.w ..!”
Seperti
diceritakan Dr. Abdul Salam Haji Yussof, 49, pensyarah Universiti Kebangsaan
Malaysia dan pengamal perubatan Darul Syifa.
SAYA terpinga-pinga. Entah bagaimana, saya berada dalam sebuah
masjid yang terlalu asing. Masjid
itu kecil saja ruangnya. Bangunannya seperti masjid lama zaman dahulu kala di
negara-negara Arab.
17 June 2015
Soal Jawab Tentang Ramadhan
134 Soal Jawab Tentang - Puasa, Qadha
dan Fidyah Ramadhan,
1.Batal tak puasa kalau pakai earphone kat lubang telinga?
Tak batal
2.Apakah hukum bermain mercun di bulan puasa?
Yang tak berbahaya makruh sebab bakar duit. Yang berbahaya haram.
3.Apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?
Sunat berhias diri pada hari raya.
11 June 2015
Kaedah Sertu m/s 3: Anda Bertanya UAI menjawab
Hak Cipta Terpelihara
oleh
PTS ISLAMIKA SDN. BHD
Bukan Untuk Tujuan Komersil
Anda Akan di Pertanggung
Jawabkan
Jika anda menyalahgunakan
artikel ini
09 June 2015
Raja Melayu mimpi jumpa Rasulullah bukan sekadar mitos
Mimpi Jumpa
Rasulullah
Raja Raja
Melayu Bermimpi
Rasulullah Bukan
Mitos
MIMPI bertemu Nabi Mu¬hammad
s.a.w. bukan sahaja berlaku di kalangan ahlul bait, para ulama dan wali-wali
Allah. Bahkan ia juga berlaku ke atas beberapa orang sultan di Alam Melayu.
12 May 2015
Bermimpi jumpa Nabi Muhammad: Wali Allah
Anekdot
Wali Allah
Bermimpikan
Nabi Muhammad
Bermimpi bertemu dengan Nabi
Muhammad s.a.w. bukanlah perkara baharu. Bahkan para ulama, orang soleh dan
wali Allah telah lama bermimpi bertemu dengan baginda dalam situasi yang
berbeza-beza. Antaranya Imam as-Syafi'i, al-Junaid dan Abu Bakar Muhammad
al-Kattani.
1. Imam Syafi'i mimpi hirup air liur Nabi
Muhammad
IMAM as-Syafi'i berkata: "Aku telah bermimpi melihat junjungan Nabi s.a.w. tatkala aku berusia
tujuh tahun. Junjungan Nabi s.a.w. bersabda kepadaku: "Wahai Syafi'i,
adakah engkau tahu siapa aku?"
DR MAZA - Hudud ......... banyak benda lain lagi ....
*Admin: - Aku setuju dengan hujah MAZA. Aku tak tolak hudud al-Quran tapi aku tolak hudud pas. Banyak perkara penting lagi yg perlu diselesaikan sebelum sibuk bab hudud ni ... selepas 5 bulan berlalu masih ramai rakyat Kelantan yg masih tinggal dalam khemah selepas bah besar yg lalu. Agenda mensejahterakan rakyat lebih utama dari hudud.
Apasal 'hulamak' diaorg tak nampak keutamaannya????
Apasal 'hulamak' diaorg tak nampak keutamaannya????
29 April 2015
Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab: Samak & Sertu
Hak Cipta Terpelihara
oleh
PTS ISLAMIKA SDN. BHD
grenbara.blogspot.com
Bukan Untuk Tujuan Komersil
Anda Akan di Pertanggung Jawabkan
Jika anda menyalahgunakan
artikel ini
28 April 2015
Isteri berimamkan suami mualaf
Suami hanya
mampu baca Fatihah, bolehkah imamkannya?
Oleh
Dr. Rushdi
Ramli
Soalan:
Suami saya seorang mualaf yang baru belajar mengenai Islam. Dia
boleh menunaikan solat dengan melakukan semuaa pergerakanya, tetapi hanya mampu membaca
Fatihah, dan tidak bacaan-bacaan lain dalam sembahyang.
Soalan saya ialah, bolehkah saya sembahyang berimamkannya?
Jawapan:
Terlebih
dahulu ingin dijelaskan bahawa apabila kaum lelaki bersembahyang berjemaah
22 April 2015
Haramkan menari: Tiada nas sahih
Tiada nas haramkan menari, tapi...
Dr. Rushdi Ramli
Soalan:
Apakah pandangan Islam mengenai pembabitan anak-anak remaja
sekarang dalam aktiviti muzik dan tarian? Adakah aktiviti-aktiviti ini dianggap
tidak sihat dan boleh meruntuh-kan akhlak muda-mudi sedangkan ia boleh mengelak
mereka daripada terjebak dalam aktiviti lain yang jauh lebih memudaratkan
seperti penagihan dadah, merempit dan samseng?
Bolehkah perkara ini dilihat daripada sudut 'keutamaan', atau
'mengelak daripada perkara yang lebih memudaratkan'.
gambar hiasan
Jawapan:
Keinginan
untuk berhibur yang boleh membawa kepada ketenangan dan kedamaian jiwa
06 April 2015
Mimpi Jumpa Nabi - Datuk Abu Hassan
“Mimpi
Nabi Muhammad
Bukan
Calang Calang Orang”
Datuk Hj. Abu Hassan Din al-Hafiz
Ada
seorang sahabat menceritakan dia pernah bermimpi bertemu Rasulullah beberapa
tahun lalu. Pada mulanya dia tidak tahu
itu Nabi Muhammad. Tetapi di dalam mimpi
itu dia terpesona melihat wajah seseorang yang bercahaya bak bulan purnama,
memakai serban dan jubah putih tersenyum.
17 March 2015
FEQAH: Hukum wanita ziarah kubur??
Feqah
Wanita
Ziarah Kubur
Benarkah
Dilaknat Allah?
Oleh
Ustaz Muhadir Hj Joll
Salah satu perkara mulia yang dilakukan
oleh orang hidup kepada orang mati ialah menziarahi pusara mereka untuk
dibacakan al-Quran, tahlil, zikir dan sebagainya, di samping ziarah itu
mengingatkan orang yang hidup kepada kematian.
Jika kematian berlaku dalam sebuah
keluarga, sudah pasti ahli keluarga termasuk perempuan juga turut sama ingin
menghantar atau menziarahi jenazah ahli keluarga mereka di kubur. Artikel ini
berusaha memberi pencerahan terhadap hukum menziarahi kubur bagi lelaki dan
perempuan.
Bolehkah menziarahi
kubur?
13 March 2015
Bagaimana hendak mengetahui haid pertama atau kedua?
FIQH An-Nisa
Haid Pertama dan Kedua
Bagaimanakah mengetahuinya??
Oleh
Ustazah Maznah Daud
Ketua Wanita IKRAM Malaysia
Soalan:
Seorang
wanita datang haid selama lima hari. Kemudian dia mandi. Belum cukup 15 atau 16
hari, darah haidnya datang semula. Bagaimanakah kedudukannya?
Jawab:
Jika
darah keluar dalam masa 15 hari daripada hari pertama dia datang haid, maka
darah itu dikira haid, iaitu sambungan kepada haid yang telah kering itu.
Umapamanya dia mula-mula datang haid pada 1 hari bulan, pada 5 hari bulan
haidnya kering dan dia mandi. Pada 8 hari bulan darah keluar lagi. Maka darah
yang keluar itu dikira haid kerana masih dalam tempoh 15 hari.
10 March 2015
Halaqah Ibadat: Batalkan wuduk sentuh wanita ajnabi?
Batalkan
wuduk tersentuh kulit perempuan ajnabi?
Halaqah Ibadah
Oleh
Ustaz
Muhadir Hj. Joll
Muamalah seharian yang
melibatkan lelaki dan perempuan kadang-kadang tanpa disedari dan tanpa sengaja
tersentuh kulit antara satu dengan yang lain. Ulama mazhab mempunyai pandangan
masing masing dalam perkara ini.
13 January 2015
Murtad: Pengalaman Cikgu Adnan
Pengalaman pahit Cikgu Adnan
EMPAT kisah yang dibawa kepada
pembaca oleh AL ISLAM di dalam artikel sebelum ini, mengiakan apa yang pernah
dialami oleh pendakwah bebas yang bertugas sebagai sukarelawan membantu Jabatan
Mufti Negeri Sembilan mengislahkan akidah mereka yang memohon keluar Islam.
09 January 2015
MURTAD: Salah ibu bapa atau ...........??
"Saya tidak mahu hidup sebagai
seorang Islam "
ISU MURTAD
Oleh:
Nor Shamsinor Baharin
“ Saya tidak mahu hidup sebagai
seorang Islam. Saya akan memperjuangkannya sampai saya mati. Biar
bertahun saya terpaksa menunggu, saya tidak mahu kubur saya dan anak sulung
perempuan saya, terpisah hanya kerana nama saya dan anak saya Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)