Fiqah Amali
Ustaz Fadzli
Al-Yamani
Berzikir
Menggunakan Tasbih
SOALAN
Saya pernah mendengar teguran
daripada seseorang bahawa menggunkan
tasbih semasa zikir adalah bidaah. Menurutnya, berzikir mengikut Sunnah adalah
dengan jari. Benarkah kenyataan tersebut?
JAWAPAN
Memang wujud golongan yang
berpendapat sedemikian berdasarkan hadis sahih sebagai
hujah. Mereka menghukum orang mengguna tasbih atau semua alat tasbih selain jari untuk berzikir sebagai bertentangan dengan Sunnah Baginda s.a.w. ataupun disebut bidaah.
hujah. Mereka menghukum orang mengguna tasbih atau semua alat tasbih selain jari untuk berzikir sebagai bertentangan dengan Sunnah Baginda s.a.w. ataupun disebut bidaah.
Dalilnya ialah hadis daripada
Abdullah bin Umar r.a., beliau berkata, “Saya melihat Rasulullah
s.a.w.bertasbih dengan (jari jari) tangan kanannya.” (Riwayat Abu Daud,
al-Tirmizi dan Sahih al-Jami’ jil.4, hlm 271)
Dalam hadis tersebut di perintahkan
bertasbih dengan jari jemari. Baginda s.a.w. ada menerangkan hal ini
sebagaimana dalam hadis daripada Yusairah r.ha., beliau berkata bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kami, maksudnya:
“Hendaklah
kamu selalu bertasbih, bertahlil dan bertasbih serta hitunglah dengan jari jari
kerana sesungguhnya jari jari itu akan ditanya dan akan bercakap sebagai saksi.
Janganlah kamu lalai sehingga kamu lupa akan rahmat Allah s.w.t.”. (Rimawat
at-Tirmizi)
Ada juga mengatakan bahawa semua
hadis yang menerangkan berzikir dengan biji tasbih adalah daif, juga dikaitkan
dengan penganut ajaran Buddha atau hindu yang menggunakan tasbih. Terdapat juga pendapat mengatakan tasbih
berasal daripada agama lain.
Namun begitu, terdapat juga dalil
bahawa Baginda s.a.w. tidak menegah dan membantah para sahabat menggunakan
medium selain jari untuk berzikir walaupun diketahui sendiri oleh Baginda.
Justeru, berzikir menggunakan tasbih atau apa apa saja alat untuk berzikir
tidak menjadi satu kesalahan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Mari kita semak dalil daripada
Safiyyah r.ha., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. masuk untuk menemuiku
sedang di hadapan ada 4000 biji kurma yang aku guna untuk bertasbih. Baginda
bersabda, maksudnya:
“Wahai
binti Huyay, apakah ini?
Aku
menjawab: “Aku bertasbih menggunakaknya.”
Baginda
bersabda: “Aku telah bertasbih sejak berdiri berdekatan denganmu tadi lebih
banyak daripada ini.”
Aku
berkata: “Ajarkanlah kepadaku.”
Baginda
bersabda: “Ucaplah Mahasuci Allah
sebanyak apa yang ada telah DIA ciptakan)”. (Riwayat al-Hakim)
Rasulullah s.a.w. mendapati
Safiyyah menggunakan biji kurma untuk menghitung zikirnya, tetapi Baginda
s.a.w. tidak mencegahnya atau mengatakan bahawa hendaklah berzikir dengan jari
jemarinya.
Terdapat banyak lagi dalil para
solihin terdahulu yang menggunakan wasilah alat untuk zikir antaranya Abu
Hurairah yang memiliki seutas benang yang disimpul sebanyak 2000 simpulan,
Fatimah bin al-Husain yang memiliki benang simpulan. Manakala Abu Safiyyah
seorang bekas hamba yang dibebaskan oleh Rasulullah s.a.w. berzikir dengan anak
anak batu yang terdapat di dalam sebuah bekas.
Perkara yang utama adalah
berzikir sebanyak banyaknya dalam semua keadaan sama ada berdiri, duduk, baring
atau pelbagai cara sama ada dengan jari, tasbih dan seumpamanya. Ingatlah, maksud terbesar daripada zikir
sepertimana yang dinyatakan oleh Maulana Ilyas al-Kandahlawi: “Maksud zikir di
sisi kami adalah bagaimana kami sentiasa taat perintah Allah dan mengikuti
Sunnah Rasulullah s.a.w. pada setiap masa dan keadaan.”
Majalah Siasah Isu48
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 39