Soal Jawab Solat
Oleh Ustaz Fadzli Al-Yamani
SOALAN:
Saya
ada beberapa kemusykilan berkenaan salam dalam solat. Apakah hukum dalam
beberapa situasi berikut?
i.
Makmun yang memberi salam secara serentak dengan imam
ii.
Memberi salam tetapi tidak berpaling ke kanan dan kiri
iii.
Makmum memberi salam terlebih dahulu sebelum imam
iv.
Makmum masbuk berdiri sebelum imam selesai memberi salam kedua.
JAWAPAN
Memberi
salam adalah salah satu rukun solat. Batal solat seseorang jika meninggalkannya.
Salam petama adalah wajib, manakala salam kedua hukumnya sunat.
i.
Solat sah, namun makruh bagi makmum yang memberi salam serentak dengan
imam. Makmum disunatkan memberi salam
petama setelah imam selesai memberi salam kedua.
ii.
Solat sah kerana memalingkan wajah ke kanan dan kiri semasa memmberi salam
adalah sunat. Wajib untuk melafaskan
salam pertama, manakala sunat bagi salam kedua.
iii.
Makmum yang memberi salam terlebih dahulu daripada imam, maka solatnya batal.
iv.
Jika makmum yang masbuk berdiri untuk menyempurnakan rakaatnya yang berbaki
seselum selesai salam imam yang kedua adalah sah kerana makmum sudah boleh
berdiri setelah imam selesai memberi salam pertama.
Majalah Siasah Isu48
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 38