Studio Iman
Soal Jawab
Bersama Jabatan Agama Islam Selangor
Untuk interaksi:
editor@siasah.com.my
Hukum ibu
menggalakkan anak dara keluar rumah
SOALAN:
Apakah hukumnya jika seorang ibu menggalakkan anak
daranya keluar malam dengan lelaki dan balik lewat malam?
Bagaimana pula dengan mereka yang duduk serumah
dengannya berdiam diri kerana takut menimbiukan perbalahan serta menderhaka
pada si ibu?
JAWAB
Ibu bapa yang membiarkan anak gadisnya melakukan
maksiat secara terang terang
keluar dengan lelaki yang bukan mahram adalah berdosa
besar.
Sesiapa yang tinggal serumah
dengan mereka wajib menegurnya dengan baik dan tidak dikira derhaka menegur
ibunya yang tidak bertanggungjawab dan ingkar perintah Allah s.w.t. Sepatutnya
sebagai seorang ibu berusaha menyelamatkan anak anaknya daripada masuk neraka
tetapi dia rela dirinya dan anaknya kejurang kebinasaan dan mengundang
kemurkaan Allah.
Majalah Siasah
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 36