Soal Jawab Solat
Oleh Ustaz Fadzli Al-Yamani
Isyarat Jari Telunjuk
Ketika Tasyahud
SOALAN:
SOALAN:
Adakah
disunatkan untuk mengangkat jari telunjuk ketika tasyahud?
Bagaimana
kedudukan sebenar jari di atas peha?
Adakah
dibolehkan mengisyaratkan jari telunjuk kiri ketika tasyahud kerana kudung
tangan kanan?
JAWAPAN:
Ketika
tasyahud awal dan akhir, disunatkan mengangkat jari telunjuk dengan di
donggakkan sedikit ketika membaca “Ashaduallah … “ dan tidak menggerakkannya
menurut mazhab Syafi’i.
Hadis
riwayah Imam Muslim menyatakan Nabi s.a.w. mengangkat jarinya, dan ada
penambahan “mengangkat jari tanpa menggerakkanya” menurut riwayat Abu Daud
daripada Abdullah bin al-Zubair.
Disunatkan
menghalakan jari telunjuk tersebut ke rah kiblat dengan berniat tauhid dan
ikhlas beserta mengekalkan keadaan jadi itu terangkat dan tidak menurunkannya.
Kedaan
jari jemari ketika tasyahud pula adalah sepertimana yang dikhabarkan oleh Ibn
Umar: “Rasulullah s.a.w. ketika duduk akan meletakkan tangan kiri diatas lutut
kirinya, dan meletakkan tangan kanannya di atas lutut kanan sambul memberi
isyarat dengan jari telunjuk.” (Riwayat Muslim)
Dianjurkan
untuk merapatkan jari jemari dan menghalakannya kearah kiblat. Cara menggengam
telunjuk adalah dengan menggegam jari kelengkeng, jari manis dan jari tengah.
Jari telunjuk diluruskan kearah kiblat dan ibu jari dirapatkan dengan tepi jari
telunjuk dan diletakkan di bawah jari telunjuk. Jika jari tengah disatukan
dengan ibu jari untuk membentuk satu bulatan atau digenggamkan ibu jari diatas
jari tengah, maka itu juga amalan Sunnah.
Makruh
isyarat dengan jari telunjuk kiri walaupun jari telunjuk kanan terpotong.
Majalah Siasah Isu48
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 38