Mati di bumi Makkah: Impian dan Kelebihan
Haramain:
Ahmad Husni Abd. Rahman
Pak Solej
memujuk isterinya, “Sudahlah tu Leha, apa lagi yang kamu ni menangis dari tadi.
Insya-Allah anak anak kita smua dah besar. Cucu pun dah ramai.”
Jannat al-Mu'alla
“Bukan apa
bang, kita ni nak ke Makkah. Manalah tahu, ini kali terakhir kita jumpa dengan
mereka.”
“Dah tu, awak
takut kalau kalau kita mati di Makkah nanti?
“Ya lah bang,
saya ni ada kencing manis. Abang tu, apa kurangnya. Gout la, jantung tu ha,
tahun depan dah jadualnya operate kat IJN!”
“Ya lah abang
tahu. Tapi, ajal maut di tangan Tuhan? Berapa ramai yang cita cita untuk mati
di Makkah awak tahu? Rezeki kita la Leha kalau dapat. Nak buat apa lagi dah
dunia ini kalau dah mati.”
Dialog tadi
mungkin berbunyi fiksyen, tetapi terselit padanya secebis hakikat. Ramai sebenarnya yang bercita cita dan
berkeinginan mati di bumi yang penuh barakah itu. Haramain kali ini cuba menyingkap fadilat
yang tersirat daripada sebuah kematian yang bertanahkan bumi Makkah.
Fadilah Sebuah Kematian
Terdapat
beberapa hadis Nabi s.a.w. yang boleh diintai padanya ruang ruang fadilat.
Antaranya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a bahawasanya
Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Akulah antara yang terawal dipecahkan tanah (yang dibangkitkan), kemudian
Abu Bakar, kemudian Umar dan disusuli pula oleh ahli al-Baqi’, lantas mereka
akan dihimpunkan bersama samaku. Sejurus itu, aku menunggu kedatangan ahli
Makkah sehinggalah mereka dihimpunkan daripada kalangan Haramain.” (Riwayat Imam
Ahmad)
Begitu juga
sebagaimana yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdillah r.a. bahawasanya Nabi
s.a.w. bersabda
“Sesiapa yang meninggal dibumi
Haramain (Makkah atau akan dibangkitkan
dalam keadaan aman sejahtera pada hari kiamat.” Riwayat al—Tabaranl dan al-Baihaqi)
Selain
itu terdapatjuga hadis lain yang
memberi motivasi yang serupa. Daripada
Abdullah bin Ja‘far bin Abi Talib, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Paling awal yang mendapat syafaatku nanti
ialah ahli Madinah, kemudian ahli Makkah dan seterusnya ahli Taif.” (Al Jami‘ al Saghir)
Para fuqaha
juga berpandangan bahawa dianggap sesuatu yang mustahab (disukai) agar kita
ditempatkan di tanah perkuburan para solihin dan tempat-tempat yang mempunyai
fadilat dan keutamaan. Dalam hal ini kita melihat kepada doa Sayidina Umar
al—Khattab r.a.: “Ya Allah! rezekikanlah daku syahid pada jalan-Mu dan
jadikanlah kematianku di bumi RasulMu s.a.w.”
Ini
bersumberkan daripada hadis Nabi saw yang masyhur daripada Ibn Umar r.a. bahawa
Nab: s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang mampu untuk mati
di bumi Madinah, maka matilah disana. Sesungguhnya aku akan memberisyafaat
kepada seslapa yang mati di sana(Madinah).” (Riwayat al Tirmizi dan
al-Nasa’i)
Berdasarkan
hadis dan doa Saidina Umar al-Khattab r.a., al-Imam al-Nawawi dalam al—Majmu‘
memberi komentar bahawa ini menunjukkan suatu perkara yang sangat disukai untuk
memohon agar dimatikan di bumi yang mulia, bumi Nabi saw. Begitu juga beliau
mengulas nada yang serupa dalam Sharh Sahih Muslim dengan menyatakan bahawa
dianjurkan meminta dikuburkan (dimatikan) di tempat-tempat yang penuh dengan
kemuliaan dan keberkatan serta dekat dengan tanah perkuburan orang yang soleh.
Ini
bersumberkan hadis riwayat Abu Hurairah bahawasanya Nabi s.a.w. pernah
menceritakan kisah Nabi Musa a.s. tatkala baginda didatangi malaikat maut.
Ketika itu, Nabi Musa a.s. meminta agar dihampirkan kematiannya dan dikebumikan
hampir dengan al-Ard al-Muqaddasah sekadar lemparan batu. (Riwayat al- Bukhari
dan Muslim) Ibn Battal
mengulas: “Maksud permintaan Nabi Musa a.s. itu (hanya Allah Iebih mengetahui)
disebabkan besarnya fadilat dikebumikan di tanah perkuburan para nabi dan
solihin, maka disunatkan juga berjiran dengan mereka sesudah mati sebagaimana
disunatkan mengikuti jejak dan berjiran dengan kebaikan mereka di dunia. Ini
juga kerana orang yang mulia sangat menginginkan tempat yang mulia dan sentiasa
mengunjungi tanah perkuburan serta mendoakan penghuni-nya."
Antara Tempat Mati dan Realiti Kehidupan
Dalam
kesempatan Haramain kali ini, penulis ingin menitip pesan. Jika ada kaum
keluarga atau sanak saudara, tidak kiralah ibu bapa atau anak kita sekalipun
yang ditakdirkan mati di bumi Haramain, maka izinkanlah dan redakanlah untuk
mereka disemadikan di sana. Janganlah diributkan dengan perasaan terkilan dek
tidak dapat menatap wajah mereka buat kali terakhir dan pelbagai alasan yang
mungkin tidak relevan dengan syariat.
Tidakkah anda
mahu jenazah mereka disembahyangkan oleh ribuan, bahkan mungkin jutaan manusia
di sebuah masjid terulung di dunia berimamkan mereka yang bertaraf ulama dunia?
Janganlah diikutkan perasaan. Jika anda sayang akan mereka, maka anda patut
bangga dan bersyukur kerana mereka terpilih untuk bersemadi disana.
Sedikit
sisipan buat renungan dalam minggu terakhir Ramadhan 1433H yang lalu,
saat
penulis membawa anak untuk ke hospital berhampiran rumah kerana demam, anak
sulung penulis berbicara dalam kereta: “Abah, Fatih nak mati syahid boleh?
Lantas penulis dan isteri terus mengaminkan
hajat anak kami yang berusia 4 tahun itu dengan sebak yang tertahan. Anak kami
kemudian menyambung bicaranya: Fatin nak mati syahid sebab mati syahid itu kan
badan kita tidak tinggal tulang. Fatin mati syahid, Abdullah (adiknya yang
berusia 8 bulan) pun mati syahid, abah pun mati syahid, mama pun mati syahid …”
Barangkali inilah ketulusan dan idea seorang anak
kecil. Harapan penulis, moga niat itu
kekal, hingga akhirnya tercapai maksud yang sebenar. Asasnya, dia sudah ada
cita cita itu. Yang penting selepas ini ialah usaha dan jihad untuk
melakar hakikatnya. Bukankah KPI kematian itu telah awal-awal lagi Allah Taala
tetapkan?
Firman Allah
Taala dalam surah Ali ‘Imran ayat 102:
“Wahai
orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar—benar takwa
dan jangan sekali kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”
Al Imam Ibn
Kathir menitipkan ulasannya terhadap ayat ini dengan katanya: “Hendaklah kamu
memelihara dan menjaga dengan utuh agama Islam ini dalam keadaan sihatmu
dandalam keadaan ketenanganmu serta keselamatanmu agar kamu mati dalam keadaan
itu. Sesungguhnya orang yang mulia itu akan meneruskan adat kemuliaannya dalam
hidup kerana sesiapa yang hidup atas sesuatu prinsip keimanan, maka dia juga
bakal mati dalam keadaan sedemikian. Sesiapa yang mati atas prinsip iman itu,
dia juga bakal dibangkitkan dengan prinsip yang sama kelak. Nauzubillah
daripada segala yang bertentangan dengan prinsip keimanan itu.”
Benarlah kata
orang, jika dimatikan di tempat yang mula
itu adalah rezeki terhebat. Namun Iebih hebat lagi jika hidupnya juga mempunyai
realiti kemuliaan yang tepat dengan syariat. Jangan berputus asa dengan rahmatNya. Setiap
manusia bakal mempunyai habuan daripada bingkisan kehidupan dan nilai sebuah
kematian yang bakal dirasainya. Istiqamah
atas iman itulah yang perlu dimanifestasikan dalam perjuangan kehidupan agar
matinya juga sedemikian. Bertambah nilainya lagi jika tempatnya juga hebat.
Apa pun yang
berlaku, jika syurga Allah itulah yang ditagih, pasti amalannya juga perlu
layak dan selari dengan ganjarannya. Justeru, jika ingin berjiran dengan ahli
syurga di perkampungan barzakh sana, pastikan persiapan dan akhlaknya juga
persis mereka.
Ya Allah!
Hidupak kami dalam kejiranan tetangga dan taulan yang soleh.
Ya Allah!
Matikan kami juga dalam keadaan terhimpun bersama insan insan yang terpilih.
Sudilah jua
kiranya ya Allah, matikanlah kami juga di tempat yang terbaik agar nikmat
kebaikan itu bakal terkesan hingga hari kami dibangkitkan. Amin
Majalah Siasah
Isu48
07
– 20 Jun Mei 2013
m/s
32 – 34