Bertemu jemaah kenit di
Masjidilharam
CERITA DARI MEKAH
Seperti
diceritakan Hj. Kamarolzaman Rashid, 56, mutawif De Mawardah Travel kpd
wartawan eksekutif Mastika, Khairul Anwar Yusop
Sejak dahulu, saya sudah biasa dengan pelbagai
cerita tentang perkara aneh yang menimpa jemaah di Tanah Suci. Misalnya, ada
jemaah semasa di Malaysia waras tapi apabila sampai di Tanah Suci jadi gila.
Ada jemaah yang sesat sampai berhari hari angkara bermulut celupar dan bongkak.
Ada
juga jemaah yang semasa di Malaysia sakit tak boleh berjalan bertahun tahun.
Tapi apabila sampai di Tanah Suci boleh berjalan seperti biasa. Pendek kata di
Mekah pelbagai perkara yang tak masuk akal dan mustahil boleh berlaku. Itulah
yang terjadi kepada saya ketika menjadi mutawif membawa rombongan umrah pada
tahun 2008.
Ketika
itu, saya baru sahaja bertugas dengan De Mawardah. Seingat saya, baru tiga kali
saya membawa rombongan jemaah ke Tanah Suci. Kali itu, saya membawa rommbongan
seramai 40 orang terdiri daripada lelaki dan wanita. Setibanya di sana segala proses dan urusan
menempatkan jemaah berjalan lancar. Semua jemaah berpuas hati dengan tugas saya
lakukan. Saya gembira.
Suatu
hari, saya bersama jemaah masuk ke Masjidilharam untuk melakukan ibadah. Kami sembahyang sunat, berzikir dan berdoa
mengikut kemampuan masing masing.
Entah
kenapa hari itu tiba tiba saja, saya seperti bersifat kebudak budakan. Saya
kata begin di dalam hati.
“Eh,
bagilah tentok benda ajaib/ Selama datang Mekah tak pernah tengok benda benda
ajaib lagi!” detik di hati saya.
Saya
kata begitu sebab saya biasa dengar cerita cerita aneh dari mutawif mutawif
lain sebelum ini. Mudah mudahan dapatlah
saya bertemu benda benda aneh yang tidak terfikir melihatnya.
Waktu
itu saya lihat semua jemaah melakukan ibadah masing masing. Ada yang besolat
sunat dan ada yang membaca al-Quran. Saya dan pembantu saya bernama Iskandar
pula pergi ke suatu kawasan di dalam Masjidilharam dan kami terus bersolat
sunat. Ketika kepala saya berpusing ke kanan untuk memberi salam pada tahiyat
akhir, saya terkejut. Betul betul di
hadapan saya sedang berdiri seorang lelaki berjubah putih.
Apa
yang paling mengejutkan saya ialah saiz jemaah lelaki berjubah putih itu hanya
sebesar botol air mineral 500 mililiter.
Lelaki kenit berusia 40-an itu persis pelakun Bollywood. Wajahnya kacak,
kulitnya putih, hidung mancung dan mata bersinar.
Sebaik
melihatnyn saya terpaku tanpa dapat berkata apa apa. Hanya mata saya yang bergerak memandang
jemaah kenit itu. Wajah jemaah kenit itu berseri seri. Mukanya seperti bercahaya.
Cantik sungguh. Saya lihat jemaah kenit itu melangkah setapak demi setapak kearah
saya.
Manusia
kenit itu lalu berdiri betul betul di hadapan saya yang masih duduk di antara
dua sujud. Jemaah kenit itu tiba tiba
mengangkat tangannya kearah muka saya
lalu beroa. Entah apa yang didoakannya tidak saya tahu sebab tidak mendengar
sebarang katanya. Saya hanya Nampak
mulutnya terkumit kumit. Waktu itu juga
secara spontan saya tidak berhenti henti memuji kebesaran Allah.
Ya
Allah siapa bawa jemaah kenit ini. Ya
Allah terlalu kecil makhluk ciptaanMu ini. Ya Allah, ya Tuhanku, siapa manusia
ini? Ya Allah Engkau Maha Besar. Aku bersyukur, Engkau telah tunjuk kepada aku
perkara ajaib begini di Tanah Suci-MU.
Selepas
lelaki kenit itu habis berdoa, saya terus mendepakan tangan sebab hajat saya
mahu memeluknya. Anehnya , sebaik saya
mendepakan tangan, jemaah kenit itu terus ghaib dari pandangan. Saya terpinga pinga.
Pelik
sunguh apa yang saya lihat tadi.
Mustahil manusia kenit itu boleh ghaib begitu saja. Cepat cepat saya tanya pembantu saya,
Iskandar adakah dia nampak jemaah kenit tadi. Pelik, Iskandar yang berada di
sebelah saya hanya menggeleng gelengkan kepala.
Bagaimana pula Iskandar tidak Nampak.
Jemaah jemaah lain di sebelah saya juga begitu, mereka tidak
melihat makhluk kenit tersebut.
Selepas
diperlihatkan jemaah kenit yang kacak itu, saya tidak habis habis memuji
kebesaran Allah. Saya tidak menyangka walaupun impian saya itu hanya terdetik
di dalam hati, Allah terus tunjukkan kepada saya apa yang saya hajati. Itulah
kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah itu maha Mendengar lagi Maha Berkuasa atas
segalanya.
Sampai
hari ini saya tidak pernah ceritakan kisah ini kepada jemaah khuatir menakutkan
mereka pula. Saya juga tertanya tanya
siapakah jemaah kenit kacak itu, manusia atau jin? Perkara itu saya sendiri
tidak dapat menawabnya. Bagi saya inilah
tanda tanda kebesaran Allah.
Selain
kisah jemaah kenit tadi, ada satu lagi kisah melibatkan seorang jemaah lain
yang mengikut rombongan saya mengerjakan umrah.
Hari
itu, saya dan rombongan mendarat di Karachi, Pakistan sebelum meneruskan
perjalanan ke Jeddah. Dalam rombongan itu, saya bawa 12 orang keluarga mamak.
Ada antaranya saya kenali. Semasa menunggu di Lapangan Terbang Karachi itu,
datang seorang lelaki dari keluarga mamak ini. Cukuplah saya menamakannya
sebagai Zul, berusia 40-an dan bekerja sebagai kontrektor. Zul juga sudah
berkahwin dan isterinya juga turut serta dalam rombongan itu.
“Ustaz,
saya nak batal pergi ke Mekah. Saya tak nak pergi. Saya nak balik,” beritahu Zul
pasa saya.
Wajah
Zul kelihatan muram dan resah. Gaya Zul seperti berada di dalam keadaan
ketakutan. Mendengar kata katanya saya
terus geleng kepala. Saya beritahunya
tidak lama lagi kami akan bertolak ke Jeddah.
Mana boleh Zul batalkan pemergian pada saat akhir. Saya bertanya kepada
Zul kenapa tiba tiba saja dia membatalkan hasrat hendak ke Mekah? Apa
masalahnya? Lalu Zul membawa saya ke satu sudut yang tidak ramai orang dan
membuka cerita.
Cerita
Zul pada saya, selama dia hidup ini sudah jenuh dia berzina dengan pelbagai
perempuan. Ada antaranya perempuan itu
sudah berzina dengannya sampai berpuluh puluh kali.
“Salah
seorang dah jadi isteri kedua saya. Kami
nikah di Siam. Tapi sebelum itu kami selalu berzina, ustaz …” cerita Zul pada
saya dengan penuh kesal.
Akibat
takut banyak dosa, selepas mendaftar
untuk ke Mekah, Zul mamberitahu dia tidak dapat tidur selama sebulan. Zul mengaku depan saya dia merasa amat takut
apabila di Mekah nanti, dia akan terima balasan dari Allah. Apabila mendengar
ceritanya saya hanya tersentum dan terus memberi semangat kepadanya.
“Alhamdulillah. Kalau sebulan tak tidur kerana takut akan
dosa dosa lalu itulah taubat namanya.
Awak dah bersih. Kalau awak tak
tidur sebab takut dosa dosa lalu, awak orang yang baik. Kalau orang jahat tak akan rasa takut,” kata
saya memberi semangat pada Zul.
Bagi
saya, Zul hanya jahat berkaitan perempaun saja. Selama saya mengenalinya, Zul
seorang yang pemurah. Setip kali tiba bulan Ramadan, Zul banyak bersedekah di
masjid. Malah Zul juga banyak membantu
orang orang susah. Pendek kata duitnya banyak digunakan untuk bersedekah.
Bagi
menyakinkan Zul, saya berdoa di hadapannya memohon doa agar Allah
mempermudahkannya melakukan ibadah di Mekah nanti.
“Ya
Allah, biarlah dosa Zul berzina itu aku yang tanggung, kalau bala tu tiba, biar
aku yang terima,” kata saya dengan penuh redha dan berharap Zul akan terus ke
Mekah.
Bila
mendengar doa saya begitu, Zul terus bersetuju membatalkan hasratnya balik ke
tanah air. Suatu malam semasa berada di Masjidilharam semua jemaah tidak
dibenarkan bersembahyang berdekatan Kaabah. Sebabnya waktu itu kawasan lantai
disekeliling Kaabah sedang dicuci dan dibersihkan.
Sekitar
kawasan itu dikawal oleh anggota polis yang garang dengan rotan. Sesiapa yang ingkar akan ditangkap dan
dirotan sebelum dihalau keluar. Saya dan Zul tanpa sedar, termasuk ke dalam
kawasan yang dilarang untuk masuk kerana lantainya belum kering sebab baru
dicuci. Baru hendak sembahyang tiba tiba saya ditarik oleh seorang anggota
polis yang mengawal sebelum dihalau dari kawasan itu.
Tapi
apa yang peliknya waktu itu saya lihat hampir empat lima orang anggota berdiri
menggelilingi Zul yang sedang bersembahyang. Mereka jaga Zul supaya tiada
jemaah lain yang menggangu Zul ketika bersolat.
Malah orang yang membersihkan lantai juga ada disebelah Zul. Setiap kali air mengalir masuk ke kawasan
tempat Zul bersolat, pekerja itu cepat cepat menggeringkannya dengan mop.
Selepas habis bersolat, Zul berdoa. Dia juga tidak diganggu oleh anggota
keselamatan yang bertugas.
Ituilah
kebesaran Allah. Zul yang sebelum ini dihantui dosa dosa silam mendapat
kemuliaan semasa bersolat di Masjidilharam berbanding jemaah lain. Mungkin
disebabkan Zul benar benar telah bertaubat di atas kesilapan lampau, Allah merahmatinya
semasa berada di Tanah Suci. Jemaah jemaah lain yang cuba masuk dan sembahyang
berdekatan Zul ketika itu semuanya dihalau termasuk saya sendiri.
Allah
benar benar memuliakan Zul sebagai tetamuNYA. Malah segala urusannya di Mekah,
Allah permudahkan tanpa sebarang masalah.
Syukurlah Zul dapat beribadah dengan tenang, miskipun orang lain tidak
mendapat keistimewaan sepertinya.
Saya
mendapat tahu, selepaps balik ke Malaysia, Zul sudah banyak berubah. Sikap pemurahnya dahulu diteruskan dan tabiat
berzina ditinggalkan. Malah sejak balik dari Mekah, rezeki Zul sebagai kontrektor
juga semakin mencurah curah.
Akhir
kalam, ingatlah renungan ini. Kecemerlangan yang mesti kita cari, bukan saja
sewaktu kita bernafas di atas muka bumi, malah setelah sekujur menjadi
mayat. Kehidupan sebenarnya adalah di
akhirat sana.
Mastika Ferbuari 2012
m/s
120-125