Fiqah Amali
Ustaz Fadzli
Al-Yamani
Akikah Untuk Diri Sendiri
SOALAN:
Saya baru mengetahui daripada ibu
saya bahawa pihak saya sendiri belum dibuat akikah ketika usia kecil. Adakah kedua dua ibu bapa saya berdosa? Bolehkah
saya menggantikan akikah tersebut dan bagaimana caranya?
JAWAPAN:
Kedua dua orang tua anda tidak
berdosa kerana tidak membuat akikah kerana hukumnya sunat muakkad (sunat yg
dituntut) menurut mazhab Syafi’i. Ia bersumberkan hadis Nabi s.a.w. yang
bermaksud:
“Anak
tergadai dengan akikahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuh (riwayat
al-Tirmizi)
Sekiranya tidak sempat, terlewat
dan tidak boleh dilaksanakan pada hari ketujuh, ia boleh dilaksanakan pada hari
ke -14 atau pada hari ke-21 atau bila bila masa sahaja setelah mampu kerana
prinsip ajaran Islam adalah memudahkan, bukan menyusahkan sebagaimana firman
Allah s.w.t., maksudnya:
“Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran
bagimu.” (surah al-Baqarah 2: 185)
Maka, hukum sunat untuk membuat
akikah bagi ibu bapa untuk anaknya berlanjutan sehingga anak tersebut baligh.
Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas ibu pada dan sunat bagi
dirinya sendiri untuk melaksanakan akikah. Perkara ini dirujuk berdasarkan
habis riwayat Anas bin Malik, katanya:
“Rasulullah
s.a.w. mengakikahkan dirinya setelah baginda diangkat menjadi Nabi.” (Riwayat
Abd Razzaq).
Walaupun hadis ini daif, tetapi ia mempunyai beberapa shawahid
(saksi penguat) sehingga diangkat menjadi sahih. Justeru, tiada batasan masa
untuk ibadah akikah.
Kepada yang bertanya, saya amat
mengalu alukan untuk anda membuat akikah tersebut.
Bilangan kambing untuk akikah
merujuk hadis daripada Ummi Kurz al-Kabiyyah r.h.a, beliau berkata: “Aku
mendengan Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
‘Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama,
sedangkan bagi anak perempuan satu ekor kambing.” (Riwayat al-Tirmizi dan
Ahad).
Kalau tidak mampu dua ekor
kambing untuk lelaki, seekor pun memadai.
Dianjurkan agar daging tersebut
diberikan sesudah dimasak. Terdapat hadis Aisyah r.h.a. yang menyatakan:
“Sunnahnya adalah dua ekor kambing untuk anak lelaki dan satu ekor kambing
untuk anak perempuan. Ia dimasak tanpa mematahkan tulangnya. Lalu dimakan (oleh
keluarganya), dan disedekahkan pada hari ketujuh.” (Riwayat al-Baihaqi).
Daging akikah boleh diberikan
kepada jiran, fakir miskin dan juga orang bukan Islam atas maksud dakwah. Kaum
keluarga juga boleh memakan daging tersebut.
Tiada taufik untuk membuat kebaikan melainkan ia daripada Allah s.w.t.
Majalah Siasah Isu48
07 – 20 Jun Mei 2013
m/s 39