Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

25 July 2013

Soal Jawab Ramadhan: Beza inhaler & asap rokok



Inhaler & asap rokok, bezanya ketika berpuasa?
Postby anakMINANG04 »
 
Assalammualaikum, Moga dirahmati Allah... Ada pandangan yang  mengatakan..inhaler utk sakit asma/lelah digunakan ketika berpuasa tidak membatalkan puasa...kerana ia hanya lekat di paru2 jer...tak sampai ke perut...
 
Manakala asap rokok yang ulamak menginstinbatkan batal puasa jika menyedutnya...

Persoalannya...

1) Apa beza dari segi instinbat hukum para ulamak tersebut??
2) Adakah asap rokok sampai ke perut dan menyenyangkan sehingga ia membatalkan??

Tolong beri penjelasan...sekian, terima kasih. Wassalam
 
Jawapan
Postby kamin »

23 July 2013

Soal Jawab Agama: Tidak mampu ganti puasa




Tidak mampu GANTI PUASA
 
SOALAN:
Assalamualaikum Ustaz,
Apa hukumnya bagi orang yang tidak mampu - khususnya bagi orang yang berusia, berpuasa di Bulan Ramadhan kerana penyakit-penyakit yang tidak mcngizinkan scscorang itu berpuasa. Misalnya, kalau dia puasa dia akan pitam dan pcngsan. Keadaan ini juga tidak membolehkan dia mcnggantikan puasanya. Apakah dia hanya perlu membayar fidyah.
 
 
JAWAPAN:

Soal Jawab Agama: Agih agihkan hasil pusaka tanah Felda


Wajibkah hasil pusaka tanah Felda
DIAGIH-AGIHKAN Kepada adik-beradik?
 
SOALAN:
Assalamualalkum Ustaz,
WAJIBKAH hasil daripada daripada tanah Felda yang diberikan kepada anak sulung untuk dipertanggung jawabkan, apabila ibu bapa tersebut mcninggal dunia, diagih-agihkan kepada adik beradik yang lain? Ini kerana tanah pemberian Felda tidak boleh dipecah-pecahkan atau dibahagi-bahagikan ke­pada adik-beradik melainkan hanya anak lelaki sulung yang bertanggungjawab mengendalikan tanali Felda tersebut. Apakah hasil itu perlu dibahagi bahagikan mengikut kadar faraid atau boleh diberikan mengikut perbincangan yang dipersetujui adik-beradik?
 
 
JAWAPAN:

04 July 2013

UMUM: Bomoh Temberang: Bomoh Mek bikin panas



BOMOH TEMBERANG
Bomoh Mek Bikin Panas Dalam kelambu
Oleh: Nuek
Kau jangan risau, bomoh  yang aku nak kenalkan ada kau ni memang terbaik. Semua orang kenal dia. Dia ni bukan saja power dalam bab-bab menilik, tapi semua masalah pun boleh settle dalam sekelip mata!" Itulah ayat pertama Kamarul ketika saya mula-mula menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan pagi itu.
 
Saya hanya mengangguk-ang-gukkan kepalaseolah-olah bersetuju dengan apa yang dikatakannya. Dalam hati masih rasa berbelah bagi, maklumlah saya ni bukanlah percaya sangat dengan alam mistik dan bomoh ni. Tapi, atas dasar hormat saya turutkan jua kata kawan saya ni. Lagipun orang dah bersusah payah nak tolong, takkan kita nak tolak pula. Tak salah untuk berikhtiar. Manalah tau kalau dah tertulis itu memang rezeki saya.