Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

23 October 2013

Soal Jawab Agama: makanan yg menimbulkan rasa was was

Halalkah makanan yang dimakan
bila timbul perasaan waswas?
 
Gambar Hiasan
 
SOALAN:

SAYA berkunjung ke sebuah restoran. Memandangkan restoran berkenaan tidak menunjukkan logo halal, saya lalu bertanya kepada pelayan restoran tersebut tentang status halal makanan yang dihidangkan. Katanya, restoran tersebut memang menghidangkan makanan halal. Tapi perasaan saya masih waswas. Namun saya tetap membuat pesanan. Saya cuba mengelak daripada makan ayam kerana khuatir jika tidak disembelih. Soalannya, apakah perasaan waswas saya itu menunjukkan makanan itu tidak halal atau memadaikah saya hanya membaca 'bismillah' untuk menghilangkan rasa waswas tersebut? Apa yang saya perhatikan, restoran tersebut ramai dikunjungi oleh Melayu Islam.
 

04 October 2013



Pengunjung dibenarkan untuk copy n paste image
Sebagai salah satu langkah dakwah


UMUM: Salah Sangka Terhadap Allah



FOKUS MINI
Salah Sangka Terhadap Allah
oleh
Noorzila Jamaludin
 
SEDANG di sini terdengar gelak ketawa dan suasana girang, nun di sudut sayup terdengar esakan tangisan daripada hati yang kecewa. Mengapa? Sedangkan kita sama-sama meniti hari, melalui ranjau dan duri, tetapi engkau bahagia, aku...?
 
Di puncak bukit pula tersergam indah mahligai putih, dihiasi taman, dipagari tembok berjeriji keemasan. Namun di tebing-tebing sungai di bawah bukit itu, berderetan rumah setinggan beratap zink berkarat dan dinding daripada papan-papan kotak.
 
Mereka yang menghuni deretan rumah setinggan di tebing sungai itu, saban hari bekerja. Berusaha tanpa mengenal penat lelah, namun hidup tidak semewah yang tinggal di mahligai putih di puncak bukit itu.
 
Di mana keadilan Tuhan? Mereka telah menebar usaha, berdoa, dan tidak kurang rukuk dan sujud.
 
Tegar Saptian:- Dari seorang penyanyi jalanan kini bintang pujaan. Tegar mencari rezeki dengan menyanyi dijalanan sejak berusia 4 tahun kerana kekangan hidup. Keluarganya miskin. Tidak bersekolah, tidur dimana saja, malahan pernah wang pencariannya di curi. Sekarang Tegar mampu membeli rumah dan kenderaan untuk keluarganya. Mula menikmati kemewahan hidup selepas sekian lama hidup merempat. Dari susah kepada senang. Semuanya dengan izin ALLAH
 

01 October 2013

Anda Bertanya Ust.Azhar Idrus Menjawab: Veterinar memegang anjing



Pengunjung dibenarkan untuk copy n paste image
Sebagai salah satu langkah dakwah

Islam: Kalau kita kuat pasti menang



Kalau kita kuat pasti menang!
 
MALAM itu suatu malam yang amat istimewa. Pemuda berkulit putih, mata sepet dan berkaca mata itu tenang sahaja melihat salji turun memutih di luar jendela. Ya! Segala-galanya sudah muktamad. Hatinya sudah yakin benar. Cahaya kebenaran yang dicari-carinya sudah terpancar terang di hadapan mata.
 
Gambar Hiasan