Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

30 March 2012

Umum: Basuhlah hidungmu ..


Umum
Basuhlah rongga hidungmu ... kerana syaitan ada di situ
Oleh:
Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman
 
  
SESUNGGUHNYA iblis dan syaitan musuh nyata manusia yang sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut segala kehendaknya dan mengganggu serta menggoda dengan berbagai cara untuk menyesatkan manusia. Sebagai seorang yang beriman hendaklah kita sentiasa berusaha dan berhati-hati agar tidak terpedaya dengan tipu helah dan godaan iblis dan syaitan.
 
 

23 March 2012

Index Murtad (manusia Sesat)

Index lama
http://grenbara.blogspot.com/2011/09/index-kisah-murtad.html
14-12-2007
 
perjalanan mencari diriNYA
tidak semudah bercerita
kerana itu
waspada
 
iman
bukan dinilai
dengan berapa tingkat serban  dikepala
tetapi berapa kerap kita berada disisiNYA itu yang dikira
 
Di bawah  antara link kes kes murtad yang ada dalam blog ini.
Jadikanlah kisah ini sebagai batu sempadan antara dunia kita
dengan alam fantasi mereka. Mereka yg tergelicir ini
telah menemui apa yang di idamkan tetapi
percayalah bahawa jiwa dan raga
mereka tidak samasekali
berada
 didalam
 keadaan aman
tenteram. Secara zahir
 memang mereka sedang bergumbira
Tapi pada  hakikatnya mereka sedang  teraba raba
mencari
cahaya yang hilang
entah  kemana,  wal hal suatu waktu
dulu cahaya itu  berada  dihadapan  mereka

Index Perubatan Islam bersama Prof. Datok Dr. Haron Din

Perubatan Islam
Bersama
http://www.darussyifa.org/images/ustadbiodata.JPG
Prof. Haron Din
Index Lama
http://grenbara.bravejournal.com/entry/25676
11 Julai 2008
 
Koleksi peribadi
keratan akhbar
15 Januari 1995
 sehingga
3 September 1995
 
-- (0) ^ (0) --
kemaskini terakhir
23 –03- 2012
 
Kesemua 32 artikel tulisan PROF. DR. HARON DIN telah saya tempekkan disini. Insya-Allah jika ada kesenangan waktu, saya akan menkompilasikan  kesemua 23 arikel yang pernah disiarkan dalam blog ini dalam bentuk PDF dan Words untuk memudahkan dan penmanfaatan semua.
 
Terima kasih.
 

21 March 2012

Index Imam al-Ghazali: Rahsia Kejadian Makhluk


Imam Al-Ghazali
Rahsia Kejadian makhluk Ciptaan
Allah  S.W.T
 
Tafakur terhadap segala ciptaan Allah adalah media untuk menanamkan keyakinan yang teguh dalah hati para hambaNYA yang selalu waspada.  Kita dapat mengetahui realiti ini dengan cara memerhatikan makhluk makhluk ciptaanNYA dan mencari bukti bukti kejadiannya.  Dengan memerhatikan fakta itu mereka berkeyakinan bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui tiada Tuhan selain Dia.
 
 

Imam al- Ghazali :The Alchemy of Happiness (DVD)

Index Islam dan Sains

 
11 Julai 2008
Index lama
http://grenbara.bravejournal.com/entry/25669
Islam  & Sains
 
Islam itu sealiran dengan sains.
 Apa saja yang ditemui oleh ahli sains tentang segala kehidupan dialam cakrawala mahupun dialam  bumi ini sememangnya telah  dinyatakan oleh Allah s.w.t
dalam firmanNYA dalam Al-Quran.
Sebagai umat Islam yg berpegang kepada Al-Quran dan Hadis
tiada yg lebih indah selain memahami kandungan kalam Allah ini.


40.  Menangis kerana ALLAH
37. Islam & Sains: Banjir datang lagi
36. Islam dan Sains: Apa yg anda buat sekarang? 

19 March 2012

Dr.Amran Kasimin: Kafarah puasa suami


 Soal Jawab Agama Bersama

 Kaffarah puasa suami yang meninggal
 
Soalan:
Seorang suami melakukan persetubuhan dengan isterinya pada siang hari bulan Ramadan. Suami wajib membayar kaffarah manakala isteri mengqadakan puasanya.  Masalahnya, suami telah meninggal dunia (lebih dari 18 tahun) dan tidak sempat untuk membayar kaffarah. Isteri dan anak-anaknya bersedia untuk membayar kaffarah untuk arwah suami/bapanya. Bagaimana pengiraannya?
 

16 March 2012

Index Perjalanan Rohani

 Perjalanan Rohani
http://grenbara.bravejournal.com/entry/27172
sejak
17-04-2012



28. Rev David Benjamin Keldani
6. Taubat seorang pemabuk
  1. Bolasepak Piala Dunia 2006: Ribery damai dalam Islam




   <<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>

 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh:  Penulis:    xxxxxxxxxxxxx Terbitan asal:    xxxxxxxxxxxxxxxx
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/   
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

 

Iktibar: Hujan wangi di pengebumian

Hujan Wangi Iringi Pengebumian Mufti
Diceritakan oleh
Ustaz Abdullah Abdul Talib
 
 Gambar Hiasan

MENUNTUT ilmu adalah wajib kepada setiap umat Is­lam, tak kira lelaki atau perempuan. Malah kita disuruh menuntut ilmu bukan saja masa sihat dan muda, tapi sampailah kita menghembuskan nafas terakhir. Dan apabila sudah berilmu, hendaklah kita amalkannya dengan bersungguh-sungguh.
 
Cerita yang hendak saya pa pa r kan berkaitan dengan ilmu yang dituntut dan amalan daripada ilmu yang dituntut itu. Kisahnya ialah tentang kemuliaan yang Allah berikan kepada hamba-Nya yang menuntut dan mengamalkan ilmu yang baik di sisi Islam.

Iktibar: Wajah mayat berubah


Wajah Mayat Tua Menjadi Muda
Diceritakan oleh
Uslaz Haji Zainal Abidin Abdul Karim
 
 
 
SEBAIK sahaja selesai dimandi dan muka Allahyarham dilap, mata saya terpaku menatap wajahnya. Seperti tidak percaya bahawa sesuatu yang amat luar biasa berlaku di hadapan mata saya.
 
Dengan kekuasaan Allah yang Maha Agung dan Maha Besar, wajah Allahyarham yang sudah berusia 60-an tiba-tiba bertukar menjadi seperti wajah orang muda yang berusia 30-an. Kulitnya yang seketika tadi berkedut bertukar menjadi tegang. Raut wajahnya memang memikat sementara senyumannya cukup manis seolah-olah Allahyarham meninggalkan dunia yang fana ini dengan hati yang seronok.
 

14 March 2012

Sihir membunuh dirinya sendiri


Sihir Membunuh Dirinya Sendiri
Dicerilakan oleh
Ustaz Nahrawi Marzoki
 
 
KIRA-KIRA empat lima tahun lepas, ada seorang lelaki datang berjumpa saya. Umumya dalam lingkungan 20-an dan saya memang kenal dia sebab rumahnya pun tak jauh dari rumah saya. Biarlah saya nam akan lelaki itu sebagai Mat. Ayahnya pula, Karim, pun saya kenal tapi tak rapat sangat. Namun kedatangan Mat pada hari itu bukan kedatangan biasa, tetapi bawa satu hajat yang kemudiannya membawa saya kepada satu pengalaman yang amat bermakna dalam hidup saya.
 
"Ustaz, saya datang ni ada hajat sikitlah ustaz. Nak minta pertolongan ustaz," katanya memulakan cerita. Suaranya perlahan. Daripada air mukanya saya tahu dia ada masalah.
 
"Boleh, apa salahnya. Tapi apa masalahnya tu?"