Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

24 June 2011

kreativiti ...



Pernahkah anak2 kita yg lahir serba dah ada, mampu berfikir hingga spt ini ... ...?? Kemewahan sering kali membuatkan manusia sering lupa pada makna kepayahan .. lebih malang lagi jika kemewahan itu di terjemahkan penuh dengan kebongkakan.

Syurga Neraka Tu Mereka Punya ke??

Catatan Wagiman:
Bukan niat nak jaga tepi kain orang tetapi sekadar memberi peringatan. Tidak berilmu seseorang itu melainkan isterinya, anak2nya, ibu bapanya, saudara maranya dan jiran tetangganya mendapat tempias dari ilmu yang diturunkan oleh Allah kepadanya.
“Ingat Syurga Neraka Tu Mereka Punya!”
Sambungan dari tajuk My Parents Also Don’t Mind


Kehidupan Pak cik Zali yang berusia 60an, tidak kurang hebatnya dengan keluarga Zack yang kami temui sebelum ini. DUlu, Pak cik Zack bekerja sebagai bouncer di sebuah pub. Boleh dikatakan hampir semua bouncer dan tauke kelab malam, kenal siapa Pak cik Zali. Dua anaknya, Johan dan abangnya Shah, bekerja sebagai bartender di sebuah kelab malam di Lembah Klang.

 Walaupun sudah lama tidak bertemu, Pak cik Zali tidak banyak berubah. 10 tahun lalu, kami pernah berjiran dengannya. Ketika itu kami kerap keluar masuk rumahnya. Sekarang, keadaan rumah Pak cik Zali masih sama. Perabot antiknya masih utuh.

Kedatangan kami petang itu disambut oleh anaknya yang bernama Johan dengan membawa setin Carlberg dan oren.


“Kau tak minumkan?” tanya Johan menghulurkan setin oren.

Kami menggeleng gelengkan kepala. Kami lihat di sudut ruang tamu ada banyak rak kayu dua tingkat menyimpan botol botol arak yang sudah kosong. Ada beberapa keeping gambar berlambang jenama arak seperti Jack Daniel dan Chivas, tergantung di dinding.

“Haa ….apa halnya ni tiba tiba muncul?” soal Pak cik Zali.

Pak cik Zali masih kenal dengan kami. Kami ceritalah, sekarang sudah bekerja dan bertugas sebagai wartawan di Mastika.
“Jadi, nak korek cerita unclelah …” soalnya lagi.

Lalu kami pun menerangkan apa sebenarnya tujuan kedatangan kami. Pertama ziarah, kedua untuk temu ramah. Memang mudah berurusan dengan Pak cik Zali. Orang tua ini memang sporting.

“Tanyalah apa saja?” balas Pak cik Zali tersenyum.

Kami pun bertanyalah tentang kehidupannya sedari dulu tidak pernah berubah ubah. Tidakkan orang tua itu terniat untuk meninggalkan dunia …….??
“Beginilah …. Memang uncle tahu, apa yang pak cik buat ni salah dari sisi agama. Pak cik menghaku, sampai hari ini masih minum lagi. Ada niat nak berhenti, tapi susah. Uncle dah biasa dengan cara macam ni. Dari muda, hingga hari ini,” beritahunya sambil membuka penutup tin Carlberg dan meneguknya.

Semasa berbual bual, kami cuba bertanya, apakah Pak cik Zali tidak rasa bersalah, apabila sikapnya diikuti oleh anaknya seperti Johan dan Shah.

“Tak ada rasa bersalah apa apa, tapi bimbang juga. Takut mereka tak boleh kawal diri bila mabuk. Tapi, bagi uncle, apa yang penting, hati mesti mau baik. Minum ke! Betina ke! Itu hak peribadi uncle. Orang boleh nasihat tapi terpulang uncle nak ikut ke tidak,” terang Pak cik Zali sambil menyalakan sebatang rokok.

Seperti ibu bapa lain, pada mulanya Pak cik Zali berang apabila mengetahui Johan sudah pandaii minum arak. Tetapi, apabila Johan sudah bekerja dan pandai mencari duit sendiri, Pak cik Zali tidak ambil kisah lagi.


“Cuma uncle pesan, minum jangan sampai overdose. Bahaya. Dia bawa motor laju. Nanti bukan jalan ke rumah yang dituju, tapi jalan ke kubur. Maklumlah, sekarang banyak kes kes kemalangan akibat mabuk,: jelalsnya berjenaka.

Pak cik Zali menegaskan, dia tidak pernah menggalakkan anak anaknya untuk jadi pemabuk. Cuma Johan dan Shah saja yang mengikut perangainya. Tapi dua lagi anaknya tidak begitu. Mereka tidak pernah menyentuh minuman keras atau berfoya foya di kelab malam.

“Biarpun uncle minum dan menghabiskan masa di kelab kelab malam, keluarga tetap uncle utamakan. Uncle tau banyak kawan kawan uncle yang dah bercerai berai akibat tabiat macam ni.

“Tapi, setakat ni, uncle boleh control. Memang uncle selalu minum, tapi jarang sekali minum sampai overdose. Malah uncle sekali kali tak pernah pukul isteri atau anak anak dalam keadaan mabuk,” katanya.

Dalam bab perempuan, keluarga Pak cik Zali memang open minded. Dua anak lelakinya Johan dan Shah selalu bawa balik girlfriend masing masing ke rumah.

Uncle dan auntie tak kisah. Biasalah tu, anak muda. Kita dulu muda muda macam tu juga. Kami faham, sebab kita pun pernah rasa zaman muda. Daripada dia orang melepak tak tentu hala, lebih bak mereka bawa balik rumah,” beritahu Pak cik Zali.

Pak cik tak takut dengan Tuhan?

Orang tua itu termenung seketika mendengar pertanyaan Mastika.

“Itu tak dinafikan. Tapi nak buat macamana, inilah life yang kami lalui selama ini. Dah jadi biasa. Bila minum tak fikir pula nak keluar Islam dan sebagainya. Tapi uncle yakin, TUhan Maha Pengampun. Uncle pun tak pernah menipu, hasad dengki dan aniaya orang. Apa yang uncle buat, dosa dengan Tuhan. Jadi, biarlah jadi rahsia uncle dengan Tuhan saja, ujar Pak cik Zali tenang.

Tak ada ke jiran atau rakan yang cuba nasihat uncle dalam hal hal ni?

“Ada …. Bukan tak da,” jelas Pak cik Zali.

Pak cik Zali mengaku dia menghormati pandangan orang yang menasihatinya tetapi pada masa yang sama, orang lain perlu menghormati privasi hidupnya. Selama ini keluarganya tidak pernah mengasingkan diri daripada masyarakat.

“Kami bergaul. Pergi kenduri kendara. Ada gotong royong kami tolong.

“Tak patutlah ada orang agama pandang hina kami. Ada yang kata ‘hah nilah bakal jadi kayu neraka’.

“Siapa mereka nak jatuhkan hukuman. Siapa mereka tu nak ambil alih tugas Tuhan. Yang berhak tentukan siapa boleh masuk syurga atau siapa masuk neraka, bukan manusia, tetapi Tuhan. Mereka ingat syurga neraka tu dia orang punya? Awak sendiri belum pasti boleh masuk syurga!” khitbah Pak cik Zali panjang lebar pada Mastika.

Bagi Pak cik Zali, kelau seseorang itu berserban sebesar bakul sekalipun, berjubah, berjanggut sampai ke dada, belum tentu lagi tempatnya di syurga kalau asyik tuduh orang lain tak ada iman dan jadi kayu api neraka.

“Sekarang, banyak orang orang agama yang kononya mengaku hebat, kononnya nak berdakwah tapi jual ilmu agama nak dapatkan duit. Yang macam tu, tak kira berdoasa ke? Mana lebih besar, dosa orang jual agama dengan minum arak dan membunuh,” ceramah Pak cik Zali lagi.

Mastik cuba mempengaruhinya dengan mengatakan dosa tetap berdosa jika sesorang melakukan perbuatan jahat. Jangan hendak membuat dalih pula. Bukankah budaya hidup bebas seperti dilakukannya terlah terbukti menyebabkan penyakit social bertambah parah di kalangan masyarakat Melayu. Isu buang anak, bohsia, rempit, pelacur adalah berpunca daripada gaya hidup yang jungkir balik.

Pak cik Zali mengangguk, bersetuju dengan pandangan Mastika tetapi pada mamsa yang sama, orang tua itu tidak bersetuju dengan pendekatan Mastika.

“Itu memang betul. Tapi uncle tak setuju Mastika pukul rata tentang isu ni. Yang jadi bohsia atau mat rempit, tak semestinya kaki disko atau kaki minum. Begutu juga denghan pelacur. Kalau pub atau kelab malam tak ada pun, mereka akan tetap melacur,” tehag Pak cik Zali mempertahankan pendapatnya sambil berkerut kerut keningnya.
Pak cik Zali tetap mempertahankan bahawa buka semua mereka yang pergi kelab malam dan disko, datang untuk buat maksiat dan menyundal, tetapi ada yang bekerja untuk mencari rezeki sebagai bartender.


“Sebagai ayah, pak cik memang takmenggalakkan Joe kerja kelab malam, tapi malangnya tiada kerja lain yang berjaya dipohonnya.

“Sebab tak mahu tengok Joe duduk goyang kaki, untuk sementyara, uncle minta seorang kawan rakemen dia kerja sebagai bartender di kelab itu. Sebab tu, uncle tak setuju kalau Mastika anggap kelab maalam punca segala penyakit social.

“Uncle tak mahu nanti orang anggap keluarga pak cik sesat. Kami tak sesat dan kami tetap orang Islam. Cuma, inilah corak kehidupan yang telah Tuhan takdirkan pada kami sekeluarga,” beritahu Pak cik Zali mengakhiri perbualan kami pada petang itu.

Mastika sebenarnya belum puas mendengar ceramah Pak cik Zali, tapi kami terpaksa beredar sebab sudah janji dengan seorang gadis bernama Julia untuk mendengar ceramahnya tentang erti kemodenan dan kebebsanan dunia tanpa sempadan ….


MASTIKA Februari 2007
® v ®
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2011 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka dengan menampilkan dari mana asal usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.

22 June 2011

Index Youtube: Video

 
Dibawah ini adalah antara beberapa video (youtube) terpilih yang banyak membabitkan perawat dan kaedah rawatan cara Islam. Apapun ada beberapa video yang tidak  berkaitan dengan rawatan tetapi  kandunganya memuji nama Ilahi yang sewajarnya menjadi perhatian kita. Insya-Allah akan ditambah dari masa ke semasa.
 
Index lama
http://grenbara.bravejournal.com/entry/35931
07-7-2009
11:23 AM (775 days, 22h, 36min ago)
 
 
Sami Yusuf - Asma Allah
Iwan Syahman - Segalanya Allah (ALBUM - SEGALANYA ...
Truth that Cannot Be Covered - Bersih 2.0 09/07/20...
Native Deen-I am not Afraid to Stand Alone
kreativiti ...
Youtube: Mohammed Nabina - Hamada Helal
Puisi Latif Mohidin Katakan Padaku – Ahmad Ramli
Youtube: Damasutra: Umpama mimpi dalam mimpi
Youtube: Maher Zain - Palestine Will Be Free
Youtube: Islamnya Penyanyi Rap Terkenal Perancis
Bacaan Surah Surah Yaasin oleh adik Muhammad Ahmad Zahid Al Hafiz
Bacaan Surah Surah Yaasin oleh adik Muhammad Ahmad Zahid Al Hafiz
Youtube:- Zain Bhikha - Allah Knows
Blog Darul Ruqiyyah: Rawatan alternativ
Sami Yusuf:- Hasbi Rabbi
Sains Wuduk oleh Dr. Danial
Sains Wuduk oleh Dr. Danial
Rahsia Haram Arak
Perjalanan Rohani:- A.R.Rahman
Pak Long:- Selagi Ada Rindu
Lagu Arab
Wali Band:- Aku CInta Allah
Wali Band - Mari Shalawat
Kursus Haji: Mukadimmah
 Haji menuju Allah - Raihan
Perbezaan takbir raya puasa dan raya haji
Dendang Perantau
Ustaz Farhan: Bongkar kalimah 'ALLAH' dalam bible
Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman: Puasa yg di tolak
Pusat Rawatan Ruqyah Syar'iyyah
 Jin yang jatuh cinta dengan manusia
Paderi yang jadi daie
Lagu memuja dan memuji Maha Pencipta
Rawatan ketuk ketuk kayu nona
Shah Rukh Khan
Nasyid: Ustaz Akhil Hayy
Kaedah Rawatan di Darul Ruqiyyah tidak menggunakan jin
<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
Contoh: 
Penulis:    xxxxxxxxxxxxx
Terbitan asal:    xxxxxxxxxxxxxxxx
url artikel
: http://grenbara.bravejournal.com/entry/
  
2011  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL 
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.

16 June 2011

Darussyifa' Cawangan Kuantan



PENGUMUMAN
 
Pusat Rawatan Pengubatan Islam KDM Indera Mahkota
telah ditutup perkhidmatan ats sebab tertentu juga No. H78, Taman Guru.
 
Jika ingin mendapatkan pengubatan Islam boleh hubungi/datang ke
 
PUSAT RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA' TAMAN GURU,
Lorong 9,Tmn Guru, Kuantan
(bersebelahan surau Ar=Raudhah) ;)
 
Drpd
Ust. Shahrizan
shah939541@yahoo.com
 

<<<<<<<<<<<<<<< (0) V (0) >>>>>>>>>>>>>>

PUSAT RAWATAN PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA'
CAW.(KDM) KUANTAN

Alamat
BG6 - Bg7 Tingkat Bawah
Kompleks Dagangan Indera Mahkota (KDM)
(berhampiran fakulti/asrama UIAM Kuantan Pahang.

Keterangan lanjut hubungi
Ustaz Shahrizan
017-9151970

Terima Kasih Shahrizan (zie9395@yahoo.com)

link
http://grenbara.bravejournal.com/entry/31032/

15 June 2011

Tipu daya amalan sihir

RAWATAN alternatif mengkaji punca penyakit dari sudut spiritual yang turut dijalankan
di Pusat Rawatan Islam Manarah.
oleh
Mariatul Qatiah Zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my

TIDAK semua penyakit mampu disembuhkan oleh doktor-doktor dalam perubatan alopati (perubatan moden).

Ada pesakit yang zahirnya menderita, tetapi hasil pemeriksaan mengatakan dia sihat. Disebabkan senario itu, munculnya perubatan alternatif yang mengkaji punca penyakit tersebut dari sudut spiritual yang bersangkut paut dengan alam ghaib. Namun, kaedah perubatan alternatif ini tidak terlepas daripada kecaman. Ini kerana wujudnya pengamal yang 'memandai-mandai' dan tidak kurang yang mengambil kesempatan menipu dan menganiaya mangsa.

Menurut pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr. Jahid Sidek, ramai pengamal-pengamal perubatan alternatif mendakwa kaedah yang mereka amalkan bertepatan dengan syariat Islam. Tetapi jika diteliti, terdapat banyak penyimpangan dari asas perubatan Islam yang sebenar. Kesannya, ia bukan sahaja menambah penyakit, malah akan merosakkan akidah dan tauhid seseorang pesakit.

"Sebagai contoh, perawat yang mempamerkan kebolehan luar biasa yang tidak mampu dilakukan oleh orang biasa seperti boleh menangkap dan menyembelih jin, membaca hati, menilik siapa yang mengenakan sihir, mengeluarkan barang-barang sihir daripada tubuh, bedah batin, kebal dan seumpamanya. "Kemungkinan besar apa yang berlaku sebenarnya adalah dengan bantuan iblis, syaitan dan jin.

"Banyak perkara luar biasa yang berlaku tetapi hanya tiga jenis sahaja yang Allah reda iaitu mukjizat, karamah dan maunah. Manakala yang lain itu lebih kepada istidraj dalam bentuk sihir," ulasnya ketika ditemui di premisnya, baru-baru ini.

Tambah beliau, mukjizat ialah perkara luar biasa yang berlaku hanya kepada para Nabi dan Rasul serta ditunjukkan kepada umatnya sebagai bukti kerasulan mereka. Setelah kewafatan Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir, maka tidak ada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa mereka dilantik sebagai Rasul dan dikurniakan mukjizat.

Terangnya lagi, karamah pula ialah suatu perkara luar biasa yang berlaku kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya (wali Allah) dan karamah yang benar tidak boleh direncanakan waktu dan bentuk.

Ia tidak boleh sesekali ditunjukkan kepada orang ramai dan sebagai contoh, pada zaman Saidina Umar, beliau telah dikurniakan karamah berupa kasyaf sehingga dapat melihat tentera Islam yang berada beratus-ratus kilometer dari Madinah. Malangnya, pada malam beliau dibunuh, Abu Lu'lu' Al Aswad hanya berada dibelakangnya, bukannya beratus-ratus kilometer, tetapi beliau tidak dapat melihatnya. Ini menunjukkan karamah berlaku sekali-sekala dan tidak boleh diulang-ulang.

Jika seseorang yang melakukan perkara luar biasa secara berulang-ulang dan dipertontonkan kepada khalayak ramai, maka itu bukanlah karamah tetapi sihir. Sementara itu, ujar Dr. Jahid lagi, mau'nah pula ialah suatu perkara luar biasa yang berupa pertolongan yang dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang tertentu. Ia betul-betul terjadi pada waktu itu dan biasanya tidak akan berulang lagi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

Jamil Khir: Permohonan murtad 135 orang diluluskan

Jun 14, 11 6:27pm

Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau menjawap soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yang meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.

Er juga memohon penjelasan kerajaan mengenai cara-cara yang diambil bagi menangani kes-kes gejala murtad itu. Jamil dalam jawapannya berkata mengikut perangkaan yang dibekalkan kepada kementeriannya menunjukkan sejumlah 168 orang yang memohon untuk meninggalkan agama Islam diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan kepada Dewan Rakyat itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Mengikut kiraan Malaysiakini, jumlah permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan pula adalah 135 orang. Mengikut data yang dibekalkan, jumlah tertinggi yang diluluskan adalah dari Sabah iaitu seramai 67 orang dan diikuti dari Negeri Sembilan dengan 33 orang.

Jumlah permohonan untuk meninggalkan Islam yang terbesar adalah di Sabah - 238, Negeri Sembilan - 172, Selangor - 99 dan Perak - 47. Tiada permohonan murtad dicatatkan di Kelantan.

"Dalam menangani gejala murtad, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melasanakan program dan aktiviti bagi mengelakkan berlakunya gejala ini terutamnya di kalangan saudara-saudara baru.

"Antara program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti khidmat nasihat; ziarah dan lawatan ke rumah; aktivitiaktiviti pengukuhan agama; kelas pengajian agam; dan sokongan Baitulmal," kata Jamil.

http://www.malaysiakini.com/news/166920