Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

22 December 2017

Siapa mahram & siapakah muhrim??


Beza mahram dan muhrim ...


MAZA: Hukum ucapan sempena perayaan agama lain

Hukum ucapan sempena perayaan agama lain
 21 Dec 2017, 8:00 pm      21 Dec 2017, 10:11 pm
ULASAN 
Islam mengharamkan seseorang Muslim membuat apa-apa perbuatan atau ucapan yang mengiktiraf kekufuran atau kesesatan. Termasuk dalam hal ini membesarkan agama lain dengan mengucapkan ucapan yang mengagungkan atau mengiktiraf kekufuran atau melakukan amalan ibadah yang mempunyai makna menyembah atau menyeru tuhan selain Allah.

18 December 2017

You all kena open minded la skit .....

YOU ALL KENA OPEN MINDED!
BUKAN semua  orang suka dengan Mastika. Kata mereka Mastika kolot. Konservatif. Ini tak boleh, itu tak boleh. Mereka mahu Mastika open minded. Dunia sudah  berubah, kita perlu lebih terbuka.

Mereka mahu Mastika bukakan ļ¬kiran terhadap gaya hidup baru masyarakat Malaysia. Masyarakat baru yang open minded, ibu bapa yang sporting dan memahami hak hak asasi anaknya. Ah... bentuk keluarga macam mana yang mereka maksudkan ini? Mastika  perlu memahaminya.

Gambar Hiasan

11 December 2017

Soal Jawab Bersama :Ustazah Maznah Daud: menanam rambut bagi tujuan perubatan


FIQH AN-NISA’

Soal Jawab Bersama :Ustazah Maznah Daud

Soalan:
Adakah dibenarkan seorang wanita untuk menyambung  atau menanam rambut bagi tujuan perubatan? 

Jawapan:
Menanam (transplan) rambut bagi tujuan perubatan adalah  harus. Akademi Fiqh Islam di bawah naungan Pertubuhan Persidangan lslam yang berlangsung pada  9 hingga 14 

Soal Jawab Bersama :Ustazah Maznah Daud: Zakat perhiasan



FIQH AN-NISA’
Soal Jawab Bersama :Ustazah Maznah Daud

Soalan:
Ustazah, boleh terangkan tentang apakah yang dimaksudkan dengan zakat perhiasan?