Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

27 April 2012

Selamat Berjuang

Alam Yang Dua: Mayat Hitam Jadi Putih

Mayat Hitam Jadi Putih Selepas Diwudukkan
Diceritakan oleh
Ustaz Haron Ibrahim
 
Gambar Hiasan
 
TELAH banyak cerita dan kisah yang kita dengar atau baca mengenai kejadian mayat-mayat yang diaibkan Allah. Kisah dan kejadian-kejadian' itu memang menakutkan, tapi yang lebih penting bagi saya ialah kita sebagai hamba-Nya hendaklah insaf dan membersihkan diri kita supaya kita juga nanti tidak akan diaibkan sedemikian rupa. Sepanjang lebih 15 tahun menguruskan jenazah, memang banyak pengalaman pelik yang telah saya lalui.
 

19 April 2012

Alam Yang Dua:: Susuk Lelaki Beristeri Empat

Susuk lelaki beristeri empat
Oleh
HISHAM IDRIS
dan
NOOR SYAHIDATOOL AQMA MOHD. NOOR
ahad@kosmo.com.my
 
 
ZAHID sudah berkahwin dengan Emilia apabila dia memakai susuk 10 tahun lalu. Pada masa itu, kontraktor dari Negeri Sembilan itu baru berumur 28 tahun. "Saya terpengaruh untuk memakai susuk itu selepas mendengar cerita pekerja-pekerja kontrak warga Indonesia mengenai kehebatan lelaki pemakai susuk," kata Zahid yang mendapat khidmat menanam susuk jarum emas pada kemaluannya daripada seorang lelaki Jawa di Sungai Buloh, Selangor. Ujar Zahid, selepas memakai susuk itu, keinginan seksnya naik mendadak.

17 April 2012

Alam Yang Dua:: Jenazah luka dihiris jin belaan

Jenazah Luka Dihiris Jin Belaan
Diceritakan oleh
Ustaz Abdullah Abdul Talib
 
Gambar hiasan
 
TIAP kali menjelangnya Hari Kebangsaan, saya mesti teringat pengalaman menguruskan satu jenazah lebih kurang lapan tahun lalu. Jenazah yang saya uruskan itu umumya dalam lingkungan 60-an. Apa yang menghairankan ialah tak macam jenazah-jenazah biasa yang pernah saya uruskan, jenazah itu ada luka luka di muka dan tangannya.
 
Lukanya pula banyak, macam dihiris dengan benda-tajam. Macam mana boleh jadi macam itu? Entahlah ... tapi saya rasa latar belakang Allahyarham boleh berikan jawapan.

12 April 2012

Mencari Rahsia 40: Apabila usia menjengah 40

Mencari Rahsia 40
Apabila usia menjengah  40
 
 USIA menjengah 40 tahun. Rambut yang hitam berkilat mula dihiasi bunga-bunga putih yang cantik. Bunga itu pula diberi nama uban. Itulah bunga kematangan namanya. Tapi kenapa 40 tahun baru  dikatakan matang?
 
Orang Barat kata, Life begins at forty. Orang kita kata tunggu 40 tahun baru hendak taubat. Tapi Nabi Muhammad s.a.w. diangkat menjadi rasul ketika usia 40 tahun. Ketika fizikal dan tenaga sudah sampai kepada tahap maksimum dan semakin menurun. Kena­pa tidak pada usia 25 atau 35 tahun ketika semangat masih membara, jiwa bergelora dan tenaga dicas penuh? Tentu ada rahsianya Allah menetapkan pilihannya begitu?

09 April 2012

Sesat: Ajaran Nafsu Serakah


Ajaran Nafsu Serakah :
Ahmad 100 mahu 13 isteri


SHAH ALAM - Wajah muda, penampilan menarik, malah petah berkata-kata. Itu daya penarik dimiliki Ahmad, lelaki didakwa penggerak utama sebuah ajaran diragui hala tujunya dikenali Ajaran Ahmad 100.
 
Kelebihan dimiliki itu diguna sepenuhnya Ahmad untuk mempopularkan ajarannya yang berpusat di sebuah kediaman di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menerusi gerak kerja merekrut pengikut seluruh negara menerusi konsep ceramah berunsur agama dengan dilazatkan dengan kata-kata manis berunsur nasihat.
 

05 April 2012

Index Alam Yang Dua

Alam Yang Dua
Kemaskini terakhir
19 April 2012
 
Dan jauhkanlah diri daripada orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan senda gurau, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (daripada perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain daripada Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman daripada air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). Surah Al-'An ' am ayat 70
 
 
 
15. Fokus:- Anakku disimpan dialam ghaib
14.Imam tahu hari kematiannya
13. Susuk Lelaki Beristeri Empat
12. Jenazah luka dihiris jin belaan
11. Jangan percayakan bomoh, pawang, dukun atau ahli sihir
10. Derita dirasuk 40 kali sehari
 9. Hujan wangi di pengebumian 
8. Wajah mayat berubah
7. Sihir membunuh dirinya sendiri
6. Zaiton Sameon lihat dirinya disula
5. Bertaubat setelah azab di padang pasir
4. Nor Azlina, hebatnya dugaan yg kau hadapi!!
3. Angkara santau adik jam 'tinggalkan' kami
2. Dr. Syafei jengah alam ghaib
1.Pendapat Pak Syed Tentang Alam Spiritual


<<<<<<<<<<<<  ®  v  ®  >>>>>>>>>>>>
 
** catatan  w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana  artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
  
2012  ® ©HAK CIPTA  SELEBET  INTERNATIONAL  ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
 hasil kerja  blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
  memberi  kredit line  kepada mereka . Paparkan kreativiti
 mereka  dengan  menampilkan dari mana asal usul
bahan  asal yg anda salin dan tempek itu.