Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

31 July 2012

Alam yang Dua:- Panas bila dibacakan Yasin

Menggelupur Kepanasan Apabila Dibacakan Yasin
Diceritakan oleh
Ustaz Abu Bakar Aziz
 
 
Selepas kira-kira lima tahun menderita sakit urat saraf, tonsil, ulcer dan barah rahim, akhirnya sahabat saya, Jamilah (bukan nama sebenar) mula nazak.
 
"Ustaz, isteri saya makin tenat, dah nazak," kata suami Jamilah. "Kalau ustaz ada kelapangan, saya harap ustaz dapatlah datang tengok-tengokkan dia."
 
"Insya-Allah. Saya akan datang sekejap lagi," jawab saya. Saya bersiap dan sampai di rumahnya tidak berapa lama kemudian. Jamilah dan suaminya adalah kenalan saya. Jamilah merupakan salah seorang eksekutif di sebuah syarikat di Kuala Lumpur.
 

27 July 2012

Islam Dan Sains: Tua & Mati

Kebenaran Islam Dalam Sains
Tua dan mati:
Saintis akhirnya akur pada Islam
 
 
RASULULLAH saw. bersabda, "Wahai hamba Allah, berubatlah, sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit kecuali ia telah menetapkan baginya penawar, kecuali satu.
Mereka bertanya, "Apakah yang satu itu?" Lalu baginda menjawab, "iaitu tua." –
Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi.
 
Hadis di atas tadi adalah jawapan Rasulullah s.a.w. apabila ditanya oleh orang Arab tentang perlunya berubat. Tua tidak ada penawarnya, bila sampai masanya ia akan tetap terjadi. Baru-baru ini sekumpulan saintis berjaya membuat satu penemuan di dalam DNA manusia yang menyebabkan orang menjadi tua. Berdasarkan penemuan itu, penyelidik dari Institut Kanser Dana Farber percaya mereka telah berjaya memecahkan kod penuaan yang terdapat di dalam rantaian DNA.

24 July 2012

UMUM: Korek hidung dan telinga

Mengorek Hidung dan Telinga
Oleh
SAHARIL HASRIN SANIN
 
 SEGALA dalam semesta ini ada sainsnya, termasuklah yang paling remeh dan yang paling pelik. Dalam cabang ilmu sains, nama teknikal untuk mengorek hidung ialah rinotilesis. Jika anda mempunyai tabiat mengorek hidung yang kronik, anda seorang penghidap rinotileksomania. Walau bagaimanapun, saintis telah melaporkan bahawa tabiat mengorek hidung dengan berpada adalah baik untuk kesihatan.

13 July 2012

Bantuan Kemanusiaan: Adik Muhammad Hafuza Rayyan - kanser buah pinggang

Bagi yg memerlukan, walau hanya RM1 amat besar maknanya
 
KEPADA PIHAK YANG BERKENAAN.
MEMOHON BANTUAN  KEWANGAN .
 
Tuan,
 
Saya  MOHAMMAD SA’AD BIN ABIDIN No K/P 770818-02-5791 seperti alamat diatas ingin memohon bantuan keewangan  daripada pihak tuan bagi menampung perbelanjaan rawatan  anak saya.
 
 
 

06 July 2012

Soal Jawab Agama: Terima bantuan dari bukan Islam

Terima bantuan bukan Islam
KERANA KESEMPITAN
Ruangan ini dikendalikan oleh:
MOHD. ZAIDI RAMLI
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga
Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan.
Sekiranya para pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama,
sila kemukakan soalan-soalan ke alamat
 zaidi71Jnr@yahoo.com atau shamsinoruksb@yahoo.com.my
 
gambar hiasan
 
SOALAN
 
APAKAH dibolehkan bagi seorang Muslim menerima bantuan daripada seorang bukan Islam. Untuk pengetahuan, saya bukanlah dari keluarga yang senang dan sering terputus bekalan. Jiran yang prihatin sering membantu saya dan ada kalanya saya menolaknya kerana merasa malu dengan keikhlasannya membantu. Saya pernah memohon bantuan di Baitulmal, tapi bantuan tersebut bukan bersifat bantuan bulanan. Oleh itu apakah boleh saya menerima sumbangan tersebut?

Soal Jawab Agama: Wang Khairat Kematian

WANG KHAIRAT KEMATIAN:
Bolehkah guna untuk diri sendiri?
 
Ruangan ini dikendalikan oleh:
MOHD. ZAIDI RAMLI
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga
Jabatan Agama Islam, Wilayah Persekutuan.
 
Sekiranya para pembaca mempunyai sebarang kemusykilan agama, sila kemukakan soalan-soalan ke alamat
 zaidi71Jnr@yahoo.com atau shamsinoruksb@yahoo.com.my
 
 
WANG KHAIRAT KEMATIAN: Bolehkah guna untuk diri sendiri?
 
SOALAN
1.Apa hukumnya mengguna pakai wang sumbangan yang diterima dari-pada majikan kerana pekerja tersebut kematian bapa mertuanya. Kebiasaan-nya, mereka yang bekerja di pejabat akan menerima wang sumbangan tersebut atau lebih mudah dipanggil wang khairat kematian. Justeru menggunakannya bukan untuk urusan pengkebumian - kerana wang tersebut lewat diterima, apakah berdosa? Apa yang diketahui, sumbangan syarikat kepada pekerja akan menjadi hak pekerja tersebut dan terpulang kepada seseorang itu untuk menggunakannya bagi apa jua tujuan.