Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

15 December 2016

09 December 2016

Hukum bercakap semasa khutbah Jumaat

Hukum Bercakap Semasa Khutbah Jumaat

Hukum Bercakap Semasa Khutbah Jumaat - Daripada Abu Hurairah ra Rasulullah saw bersabda :"Jika kamu berkata kepada sahabat kamu 'diam' semasa imam sedang berkhutbah pada hari jumaat maka kamu telah berkata yang lagha ( berkata perkara yang sia-sia)" ~HR.Bukhari #892 Muslim 851~

01 December 2016

Ustaz Azhar Idrus - Hukum Bersetubuh Tanpa Pakaian (Bogel)

Petua Karut ketika berjimak .. xleh nengok anu ...

Petua karut ketika berjimak:
Jangan melihat kemaluan isteri ketika sedang lakukan seks kerana boleh ....
Abd Razak Muthalib

JIKA ada yang berpesan kepada anda supaya jangan melihat kemaluan isteri ketika sedang melakukan hubungan kelamin kerana boleh mengakibatkan buta. Bahkan petua tersebut dikatakan Rasulullah SAW sendiri yang melarangnya. Maka, apa pendapat anda? Apa yang akan anda lakukan?



Bertenang.
Usah gusar.
Jangan panik.
Sebenarnya apa sahaja petua, galakan atau larangan yang disandarkan kepada agama, maka langkah 

25 November 2016

Dr Asri 22S15. S3. Hukum wanita memakai bau-bauan?

Wanita Memakai MInyak Wangi :- UAI

Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi?
Sumber : Facebook ustad Azhar Idrus

Di masakini kita memang tidak dapat lari daripada wangi-wangian. Pergi dan balik kerja pakai wangian demi atas faktor keselesaan kita agar aroma yang sedap dihidu oleh manusia lain. Tidak kira samada aroma atau haruman itu dihidu oleh mahram atau bukan mahramnya . Manusia mana yang tidak suka kepada wangian yang dapat mencipta suasana yang romantik dan damai. Dengan wangian juga membuatkan manusia dapat menghilangkan segala stress dan permasalahan yang dihadapi buat seketika waktu. 



Kajian juga membuktikan bahawa wangian 'lavender' maupun wangian yang lainnya dapat mengurangkan stress dan mendamaikan perasaan bagi mereka yang menghadapi masalah. Sehingga mana kebenaran bahawa wangian ini dapat menghilangkan stress atau tekanan seharian bekerja tiada siapa yang tahu. Apa yang nyata perkara telah diulas dan dibincangkan terlebih dahulu oleh zaman para sahabat tentang wanita yang memakai wangian ketika keluar rumah.

Kemudian barulah terciptanya minyak-minyak wangi yang kononnya 'wangian syurgawi' demi untuk mendapatkan sokongan umat islam khasnya dan sokongan dunia amnya.

Dalam kehidupan harian kita yang dikatakan 'wangian syurgawi' ini dapat juga 'mencetuskan' dosa tanpa kita sedari. Masalah wanita memakai wangian ini ada beberapa hukum. Wangian yang apabila dipakai tidak kuat baunya dan tidak dapat dihhidu oleh orang ramai hukumnya harus.

Wangian yang kuat baunya sehingga orang keliling dapat menghidu baunya apabila lalu di hadapan maka hukumnya adalah haram. Apabila dipakai di dalam rumah maka tiada larangan dengan wangian yang kuat baunya. Sekiranya suami yang menyuruh , maka wajib si isteri memakai wangian itu. 

Hukum wanita pakai wangian adalah sama saja dia berzina (dosa besar) . Ini berdasarkan dalil:
Daripada sahabat al-asy'ari dia menegaskan bahawa rasullulah saw pernah bersabda:
Maksudnya : "seseorang wanita memakai wangi-wangian , lalu dia melewati satu kaum, kemudian kaum itu mencium baunya wangi wanita itu. Maka wanita itu telah berzina".
(Riwayat An-Nasai fii kitabuzinah(Hasan Sahih)


Sumber : Facebook ustad Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus - Hukum Wanita Pakai Wangian

15 September 2016

Perihal solat sunat sebelum solat jemaah: Soal Jawab Solat bersama Ustz Fadzli Al Yamani

Soal Jawab  Solat
Bersama
Ustaz Fadzli Al-Yamani



Hukum Solat Sunat Qabliyyah Maghrib

Saya menunaikan solat di Masjid Jamek Pakistan di Kuala Lumpur. Setelah azan, bilal terus beriqamat tanpa menunaikan solat sunat qabliyyah (sebelum) Maghrib. Menurut rakan saya, tidak ada solat sunat sebelum solat fardu Maghrib. Mohon jelaskan permasalahan ini.

Jawapan:

02 September 2016

Tanggapan bergantung pada sikap agamawan, tuan mufti

Tanggapan bergantung pada sikap agamawan, tuan mufti
01-09-2016
ULASAN Saya dengan segala hormatnya ingin merujuk kenyataan Tan Sri Harussani supaya ahli politik dan pihak berkenaan menghentikan desakan supaya mufti, ulama dan agamawan memberi pandangan tentang isu berkaitan 1MDB dan kenyataan Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat.

Saya juga merujuk kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani yang mufti-mufti tidak akan buat kenyataan jika 1MDB hanya satu prasangka, prejudis dan fitnah.

Sebenarnya kami membuat gesaan tersebut kerana sayangkan institusi mufti, para ulama dan agamawan supaya terus di hormati dan di sanjung serta kekal relevan dalam masyarakat Islam khususnya hari ini.

Untuk terus dihormati, institusi institusi tersebut perlulah memainkan peranan sebagai badan yang peka serta sensitif isu semasa yang boleh menjejaskan sebuah kerajaan yang diterajui oleh pemimpin beragama Islam yang mendukung sikap wasatiah.

Itulah harapan umat Islam Malaysia supaya para agamawan ke hadapan memberi pandangan bernas supaya memelihara nama baik kerajaan pemimpin Islam di Malaysia.

30 August 2016

Yang Makruh Dikerjakan Dalam Berwudhu'

Yang Makruh Dikerjakan Dalam Berwudhu'


Soalan:
Assalamualaikum wr. wb. Ustaz yang dirahmati Allah SWT.

Sila membenarkan saya mau tanya berkaitan dengan hal-hal apa saja yang makruh hukumnya untuk dikerjakan ketika kita sedang berwudhu '. Mohon penjelasan dari antum berkaitan hal-hal itu. Terima kasih. wassalam

Jawapan:
Assalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Di antara perbuatan yang hukumnya makruh atau kurang disukai ketika melakukan wudhu 'antara lain:

08 August 2016

Remembering ‘SuperMokh’ 25 years later

Remembering ‘SuperMokh’ 25 years later
By Suresh Nair


MUCH as the world celebrates with Portugal on their extraordinary Euro 2016 win over France, let’s spare a thought today for an exemplary Made-in-Malaysia striker Mokhtar “SuperMokh” Dahari.

Today marks the 25th death anniversary of the greatest striker Malaysia ever produced.This is a heartwarming story that must be repeatedly told of the prodigious son of Selangor. He was not a politician, nor was he a pop star. He was a simple ‘kampong’ boy who made it good.

He died at 37 on July 11 1991, a victim of the rare motor neurone disease (MND). He began having throat problems and despite medical assistance in the USA and Europe, and after three years of battling the disease, he passed on at Subang Jaya Medical Centre.

MOKHTAR DAHARI 25 TAHUN DALAM KENANGAN

Memoir Cikgu Mad dan SuperMokh
MOKHTAR DAHARI 25 TAHUN DALAM KENANGAN
Oleh Nasir Ahmad (Nasi Siru)


TIDAK sukar untuk memahami perasaan mereka yang berada di sekelilingnya – wartawan sukan, jurulatih, sahabat handai apa lagi anak isteri – sebaik saja tersebar berita kematian penyerang terbilang bola sepak negara, Mokhtar Dahari – hari ini, 8.25 pagi, 25 tahun lalu.

03 June 2016

Rakaman - Dr.MAZA | Tazkirah | 2 Ramadhan 1435H

KUN ANTA versi Rindu Ramadhan - AMAR

Syeikh Nuruddin Jawab: Bolehkah Dua Jemaah di Satu Tempat?

Bolehkah Dua Jemaah di Satu Tempat?


Q) Adakah boleh mengqadha solat selepas setiap kali solat?

A) la tidak dituntut kecuali jika merasakan ada 'hutang' iaitu ada solat yang belum diqadhakan. Dalam mazhab Syafi'i, solat boleh diulang satu kali. Dalilnya Sayyiduna Mu'az bin Jabal r.a. yang telah bersolat bersama Nabi dan ketika beliau balik kampung, beliau solat fardhu lagi.

Q) Apakah hukumnya membuat dua jemaah di tempat yang tidak cukup menampung jumlah jemaah?

UNIC ft Simfoni - Pesona Ramadhan ᴴᴰ

02 June 2016

Puasa selepas 15 Syaaban: jawab Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu

Puasa selepas 15 Syaaban
Bagaimanakah Bentuk Larangannya?
Soal Jawab Bersama
Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al- Banjari al Makki




Soalan:
 Seseorang tidak pasti atau berbolak-balik niat puasanya. Adakah sah puasanya?

Jawapan:
Puasanya sah

Soalan:
Adakah kita disuruh berpuasa sepanjang 10 hari awal bulan Zulhijjah?

18 April 2016

Taubat seorang samseng

Taubat seorang samseng jalanan
oleh
Mohd Nazirul Afiq Ismail


gambar hiasan

Penghujung 1970-an sekitar Bandar Raya Kuala Lumpur

KELEPUK!! Kepala    Sayyaf    diluku oleh salah seorang daripada beberapa pelajar kelas tingkatan tiga Anggur.

"Janganlah marah ya budak baru! Dalam kelas tiga Anggur ini aku paling samseng! Semua budak-budak baru yang masuk ke sekolah ini kalau dibuli itu perkara biasa," kata Jack sambil disambut gelak tawa rakan-rakannya yang lain. Budak baru itu tadi menggosok-gosokkan kepalanya. Sakitnya berpijar! Hendak saja dibalas lepuk yang baru singgah di belakang kepalanya tadi.Tapi Sayyaf hanya membisu. Bukan takut, tapi dia teringat pesan ibunya yang jauh di kampung supaya bila tinggal dengan ayah di Kuala Lumpur nanti jaga diri, timba ilmu dan pengalaman. Sabar Sayyaf, sabar!

"Woi budak kampung. Kau orang miskin ya? Bapak engkau kerja apa ya?" tanya Jack sambil tersengih dengan gigi yang tak bergosok. Jack geram dengan budak baru nama Sayyaf ini.

04 April 2016

Luahan anak tak sah taraf yg jadi free thinker

Aku Anak Haram!
Jadi free thinker, hampir murtad

IRA-KIRA 30 tahun dulu, seorang gadis sunti berusia 17 tahun secara senyap-senyap telah melangsungkan pernikahan dengan seorang pemuda yang berlainan agama, di sebuah gereja. Perkahwinan yang dilakukan atas dasar cinta itu, turut membuatkan si gadis akhirnya akur untuk menukar agamanya.


"Bagaimanapun, pernikahannya tidak digembar-gemburkan. Ibu bapa si gadis langsung tidak tahu tindakan anak perempuan mereka. Si gadis pula berlagak seperti biasa.

15 March 2016

Soal Jawab Solat bersama Ustz Fadzli: Tertelan Sisa Makanan

Tertelan Sisa Makanan
Soal Jawab Solat bersama
Ustaz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani


Adakah batal solat jika menelan sisa makanan dalam mulut tanpa sengaja?

Jawapan:
Hukumnya tidak batal, jikalau sedikit dan tidak sengaja dalam keadaan jahil, baru memeluk Islam atau jauh untuk mengikuti pengajian daripada alim ulama. Jika berlaku sebaliknya, maka hukumnya batal.

09 March 2016

Soal Jawab Solat : Solat Sambil Berdiri

Solat Sambil Bersandar
Soal Jawab Solat bersama
Ustaz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani
 
Apakah hukum solat sambil bersandar pada tiang atau dinding?

Jawapan:

Mukum solat sambil bersandar di tiang atau dinding tanpa sebab adalah makruh. Jika solat sambil bersandar pada tiang atau dinding dengan sebab untuk membolehkan dia berdiri walaupun seketika pada awal solat, maka perbuatan itu wajib. Kerana berdiri adalah perkara rukun dalam solat, walaupun hanya seketika.