Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

23 June 2017

AWAS: penyakit kencing tikus membawa maut

Semasa bercuti panjang selalunya kita akan turun berkelah bersama keluarga.
Berhati hati ketika melakukan aktiviti ini. Pastikan tempat yang anda kunjungi itu
mempunyai persekitaran yang bersih, sampah sarap yang tidak diselenggara
dengan baik sering menjadi habitat haiwan terutama tikus. Sayangi alam 
sekitar seperti kita menyayangi ahli keluarga kita sendiri.

21 June 2017

Pusat Jagaan Baitul Hidayah Puchong


Sedikit Bantuan Dari Kita

Amat Besar Maknanya Kepada Mereka

Puasa & bercumbuan

Bolehkah berciuman dan ‘ringan-ringan’ dengan isteri?

Soalan:
Bolehkah seseorang yang berpuasa berciuman dan bermesra dengan isterinya yang biasanya dilakukan sebelum persetubuhan tetapi tidak sampai bersetubuh?



Jawapan:
1. Seorang yang berpuasa boleh untuk mencium dan bermesraan dengan isterinya selagi dia tidak melakukan persetubuhan. Jika dia tahu dia bahawa dia tidak mampu mengawal diri maka hendaklah dia mengelakkan cium dan 'kemesraan yang lain'.

Tazkirah Ringkas: Surah Yaseen ayat 11


Bantulah: Kempen SYRIA di HATIKU


Sedikit Bantuan Dari Kita
Amat Besar Maknanya Kepada Mereka

20 June 2017

Berus gigi ketika berpuasa

Hukum berus gigi masa puasa?

Soalan:
Bersugi itu sunat, tapi kenapa ketika berpuasa perkara sunat seperti itu tidak boleh kita buat. Bagaimana dengan mereka yang mulutnya berbau, tidakkah ini mengganggu orang lain ketika solat jemaah ataupun di pejabat?

Jawapan:
1. Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w: 



“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku ataupun manusia nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Terlewat mandi wajib di bulan Ramadhan

Sahkah Puasa orang terlewat mandi wajib?

Soalan:

Dato’ Dr, jika saya terlewat mandi wajib sehingga masuk waktu subuh apakah puasa saya masih sah?



Jawapan Dr MAZA:

Jawapannya sah puasa mereka yang belum mandi junub sedangkan waktu subuh sudah masuk. Perkara ini berkaitan seseorang yang bersetubuh dengan isterinya, ataupun keluar air mani tetapi belum mandi junub sehingga masuk waktu subuh iaitu waktu berpuasa. Ertinya ketika dia mandi wajib, waktu subuh telah masuk. 

Jangan Remehkan ... perkara kecil yg sering tidak kita perhatikan


Aku pulang. Walau yang ada cuma kenangan, pulang menjejaki bayang2an yg hilang

16 June 2017

Soal Jawab Ramadhan: Korek telinga - Dr MAZA

Korek Telinga Batal Puasa?

Soalan:
Antara perkara yang menyusahkan masa puasa ialah apa yang diberitahu bahawa korek telinga membatalkan puasa. Begitu juga titik ubat di mata. Kalau kita gatal telinga, ataupun pedih mata maka memang susah. Betulkah batal?



Jawapan: 
1. Antara anggapan yang tidak tepat ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh ataupun membatalkan puasa memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah.

Syiah Ini Apa? Perangai & sikap mereka?? RORA

Soal Jawab Ramadhan: Bolehkah yang uzur terus makan - Dr.MAZA

Bolehkah yang uzur terus makan?

Soalan:
 Seseorang yang boleh berbuka kerana musafir, bolehkah dia teruskan makan apabila sudah sampai ke tempat yang dituju ataupun kena tahan diri sehingga waktu berbuka. Macam itu juga bagi yang sakit pada awal hari tapi sembuh sebelum waktu berbuka, bolehkah dia terus makan atau kena tunggu sehingga masuk waktu berbuka?



Jawapan:
1. Para ulama seterusnya berbeza pendapat mengenai seseorang musafir yang berbuka puasa; apakah dia wajib menahan diri dari makan dan minum apabila sudah sampai ke negeri atau tempat tujunya, sedangkan orang ramai berpuasa. Pendapat yang terpilih; dia tidak wajib menahan diri dari makan dan minum kerana dia tidak berpuasa dan perbuatan itu tidak memberi apa-apa makna kepadanya. Ia bukan suatu puasa yang sah kerana dia telah pun berbuka. Tiada dalil syarak yang mewajibkannya berbuat demikian. Kata Abdullah bin Masud r.a:

14 June 2017

Iwan Syahman - Full Album Segalanya Allah (2011)

Allah masih sayangkan saya – Iwan Syahman

Allah masih sayangkan saya – Iwan Syahman

JELAS tergambar ketulusan hatinya menerusi butir bicaranya. Kesediaannya berterus-terang mengenai sisi kelam hidupnya, yang diistilahkannya sendiri sebagai “jauh” dari jalan agama, menzahirkan keikhlasannya untuk berubah. Manakala kesungguhannya menebus kesilapan silam dengan melakukan kerja-kerja dakwah Islam menjadi bukti kekesalannya yang amat sangat terhadap keterlanjuran hidupnya sebelum ini.





Beliau malah tidak silu untuk memohon maaf secara terbuka dengan khalayak umum, khususnya kelompok peminat tegarnya yang dibimbanginya mungkin pernah terlalai oleh aktiviti hiburan dipersembahkannya selama ini.