Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

16 May 2012

Umum: Makan ubat sebelum atau selepas makan??


Pengambilan Ubat-ubatan
Mengapa Sebelum atau Selepas Makan?
Oleh
Noordin Othman,
Pensyarah di Kulliyah Farmasi,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
 
 
KEFAHAMAN tentang penggunaan ubat-ubatan amat penting dalam membantu pesakit merawat masalah kesihatan mereka. Dengan memahami terapi ubat-ubatan dengan sempurna, pesakit dapat memaksimumkan faedah yang akan diperoleh dan mengurangkan risiko daripada penggunaan ubat-ubatan. Kefahaman terhadap rawatan yang rendah bukan sahaja boleh menyebabkan penurunan kualiti penjagaan kesihatan malah boleh meningkatkan perbelanjaan dalam bidang kesihatan.
 
Di Amerika Syarikatdilaporkan kefahaman yang rendah tentang penyakit dan rawatan telah menyebabkan pertambahan sehingga AS$236 bilion dalam perbelanjaan kesihatan pada tahun 2007.
 

14 May 2012

Umum: Poligami: Suami berat sebelah

Poligami:Suami tidak adil
Gambar hiasan
NAMUN, apa yang berlaku tidak semudah dan semanis lidah berkata-kata. Merujuk pada contoh-contoh poligami yang tidak adil, kebanyakan suami mengambil jalan mudah dan kononnya lebih selamat bagi mereka apabila berhadapan dengan bebelan dan sumpah seranah isteri yang tidak berpuas hati, termasuk memberi pelbagai alasan untuk tidak pulang ke rumah, atau pulang lewat malam selepas puas berborak-borak dan bersantai dengan rakan-rakan.

Umum: Poligami: Takdir untuk bercinta??

Poligami: Takdir untuk jatuh cinta?
Oleh
 
Dr. Mohd. Hilmi b. Abdullah
Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), 35900, Tanjong Malim, Perak. Tel. : 013-9205011 mohdhilmi@fssk.upsi.edu.my pustakahilmi@yahoo.com
 
 PERKAHWINAN pelakon dan pengacara radio, Salih Yaacob dengan isteri keempatnya, Samihah Sheikh Ali, 25, pada 30 Mei 20011 yang lalu pasti-nya menarik perhatian seluruh rakyat negara ml, khususnya golongan lelaki. Sejak mengumumkan hasratnya untuk mencukupkan kuota empat isteri, jumlah maksima yang dibenarkan oleh Islam, Salih Yaacob, atau lebih dikenali sebagai Abang Jem di kalangan peminat radio Sinar FM itu terus mendapat ucapan tahniah dan sokongan moral daripada rakan-rakan lelakinya, termasuk di kalangan para arris.