Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

15 March 2016

Soal Jawab Solat bersama Ustz Fadzli: Tertelan Sisa Makanan

Tertelan Sisa Makanan
Soal Jawab Solat bersama
Ustaz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani


Adakah batal solat jika menelan sisa makanan dalam mulut tanpa sengaja?

Jawapan:
Hukumnya tidak batal, jikalau sedikit dan tidak sengaja dalam keadaan jahil, baru memeluk Islam atau jauh untuk mengikuti pengajian daripada alim ulama. Jika berlaku sebaliknya, maka hukumnya batal.

09 March 2016

Soal Jawab Solat : Solat Sambil Berdiri

Solat Sambil Bersandar
Soal Jawab Solat bersama
Ustaz Syed Mohd. Fadzli al-Yamani
 
Apakah hukum solat sambil bersandar pada tiang atau dinding?

Jawapan:

Mukum solat sambil bersandar di tiang atau dinding tanpa sebab adalah makruh. Jika solat sambil bersandar pada tiang atau dinding dengan sebab untuk membolehkan dia berdiri walaupun seketika pada awal solat, maka perbuatan itu wajib. Kerana berdiri adalah perkara rukun dalam solat, walaupun hanya seketika.