Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

20 February 2013

Islam & Sains: Menangis kerana ALLAH


Menangislah kerana takut Allah
Oleh Detik Islam
 
 Mengapa kadang-kadang kita menangis, dan siapa yang menetapkan fitrah (naluri) ini kepada kita yakni fitrah menangis?
 
Seorang bayi sejak lahir ke dunia ini kita melihatnya menangis dan seseorang yang rapat dengan kita juga menangis. Maka menangis adalah fitrah Allah ciptakan pada diri manusia, dan kebanyakan orang-orang jahil meyakini bahawa menangis tidak ada manfaatnya.
 

07 February 2013

Soal Jawab Solat: Solat Sunat Tasbih

Solat Sunat Tasbih Berulang Kali
Soal Jawab SOLAT
Bersama
 
USTAZ FADZLI AL YAMANI

Soalan
Solat Sunat Tasbih Berulang Kali
 
Bolehkah kita me­nunaikan solat sunat tasbih berulang kali dalam satu hari dan melebihi daripada empat rakaat?
 

Soal Jawab Solat: Solat dalam tandas


Solat Dalam tandas
Soal Jawab SOLAT
Bersama
 
USTAZ FADZLI AL YAMANI
Soalan:
 
Solat di dalam Tandas
 
Saya bekerja di luar negara. Saya kerap me­nunaikan solat di dalam tandas yang bersih kerana mahu bersembunyi daripada majikan yang tidak memberi peluang untuk menunaikan solat kerana mengutamakan kerja. Ada­kah solat saya diterima?
 

05 February 2013

Alam Yang Dua: Hipnosis bukan kembara alam ghaib

FOKUS:
Interaksi Alam Ghaib
Hipnosis bukan kembara ke alam ghaib!
 
 
PEJAMKAN mata anda. Fokuskan minda anda. Bayangkan anda berada dalam satu terowong yang amat terang. Teruskan  perjalanan  anda sehingga anda menemui cahaya di hujung terowong. Pergilah ke sana kerana anda mungkin dapat menemui jawapannya!
 
Anda mungkin salah seorang yang menghadapinya. Kalau tidak anda, kawan, saudara mara, adik-beradik atau sesiapa sahaja di sekeliling anda mungkin pernah menceritakan keadaan yang serupa. Apa sebenarnya? Adakah ia realiti atau fantasi? Atau mungkinkah juga ia satu permainan minda untuk melepaskan anda dari belenggu tekanan yang anda hadapi. Apa pun kaedah rawatan yang anda terima, persoalan utamanya, mampukah manusia menjelajah ke satu alam lain yang cukup asing. Bagaimana pula dengan kaedah hipnosis yang dikatakan agak mirip dengan kaedah penjelajahan alam ghaib? Dengan erti kata lain, membawa seseorang ke suatu alam lain untuk mencari jawapan pada permasalahan yang dihadapi. Benarkah?
 

UMUM: Muslim membela hak non Muslim


Bolehkah Muslim membela hak non-Muslim?
Oleh
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
Ada yang bertanya saya mengenai hukum muslim membela hak non-muslim. Mereka merasa seakan berdosa seorang muslim itu berpihak kepada non-muslim yang menuntut hak dari muslim, sekalipun non-muslim itu di pihak yang benar. Ini kerana mereka merasakan membela hak non-muslim yang menuntut dari muslim bagaikan mengkhianati saudara seakidah ataupun ukhuwwah islamiyyah (Islamic brotherhood).