Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

27 August 2012

Eid Mubarak dari GreenBara



Selamat Hari Raya
 Aidil Fitri
Maaf Zahir Batin
dari
GreenBara
Semuanya kembali normal

08 August 2012

Tarbiah: Pengaruh Niat

Pengaruh niat dalam kehidupan
Oleh:
Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman
 
Gambar Hiasan
 
SEMEMANGNYA niat    mempunyai   pengaruh   dan peranan yang besar dalam menentukan halatuju dan perjalanan hidup seseoiang Niat atau kehendak sebenarnya turut diperkatakan dalam Psikologi Barat.  Ini dapat  dibuktikan melalui teori  'The Hierarchy of Needs"  yang dipopularkan oleh  Abraham Maslow.  Menurut teori tersebut, keperluan  hidup manusia berasaskan kepada kehendak yang  pelu dipenuhi dari masa ke semasa bermula dari keperluan untuk hidup sehinggalah  pada kepuasan kendiri yang menentukan bahagia atau tidak  seseorang itu. Ini  menjelaskan niat atau kehendak dapat menentukan bahagia atau tidak bahagianya seseorang.  Begitu kuat sekali pengaruh niat sehinggakan dapat menentukan arah perjalanan hidup seseorang.

07 August 2012

AdaMu - NajwaLatif

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Tarbiah: Kuasa Niat

Kuasa niat dalam kehidupan
Oleh:
Ahmad Nasaruddin Abdul Rahman
 
 NIAT. Sering kita terta-nya-tanya apa itu niat. Selalu kita berniat, tapi tidak pernah kita tahu bagaimana bentuk dan rupa niat tersebut, Namun sebahagian besar tindakan dan perbuatan mampu memberikan tanda atau tafsiran niat yang tersirat. Adakah niat itu cuma ucapan di bibir atau sekadar apa yang terlintas di fikiran? Dan adakah ia berbentuk sepintas lalu atau keinginan kuat yang ditanam di dalam hati untuk melakukan sesuatu perkara atau perbuatan?