Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

22 July 2020

Ibadah Korban: Jangan Terlepas Peluang

Fiqah Amali: Wanita Membotakkan Kepala


Fiqah Amali

Oleh
Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil



Wanita  Membotakkan  Kepala
Bolehkah wanita membotakkan kepala?

Jawapan:
Hukum wanita  membotakkan kepala adalah  makruh tanpa ada sebarang  keperluan. Terdapat riwayat  hadis yang menyatakan bahawa Nabi melarang wanita mencukur kepalanya. Manakala untuk lelaki hukum  mencukur kepala adalah harus bagi  orang yang ingin membersihkan  kepala  atau atas Tujuan  lain.

Harus diingat, tidak disunatkan  mencukur kepala melainkan untuk  beberapa perkara:
1.Menunaikan haji.
2.Orang  kafir memeluk Islam.
3.Akikah kanak-kanak.
 Rambutnya ditimbang untuk  ditimbang dan disedekahkan  dengan  nilaian emas.

Solusi  ISU#62

Fiqah Amali : Pakaian daripada Kulit


Fiqah Amali

Oleh
Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil


Pakaian daripada Kulit

Apakah hukum memakai  pakaian yang diperbuat  daripada  kulit binatang?

Jawapan:
Pakaian yang diperbuat daripada kulit  binatang selain khinzir  dan  anjing adalah harus dipakai setelah  dilakukan  proses dibagh.  

Hukum ini berdasarkan hadis: ”Setiap kulit  yang  disamak maka ia  menjadi bersih." (Riwayat Abu Dawud) 

Kesimpulannya, pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang  adalah harus.



Solusi  ISU#62

Fiqah Amali: Cuci pakaian dgn dry cleaning


Fiqah Amali
Oleh
Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil



Cuci pakaian dengan Dry Cleaning

Bagaimana dengan baju  yang terkena najis yang  dibasuh menggunakan mesin basuh mencuci kering  (dry cleaning)?

Jawapan: