Tentang Wagiman
Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........
Tentang blog ini
Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.
Pengikut Setia
13 March 2016
09 March 2016
Soal Jawab Solat : Solat Sambil Berdiri
Solat Sambil Bersandar
Soal
Jawab Solat bersama
Apakah hukum solat sambil bersandar pada tiang atau
dinding?
Jawapan:
Mukum solat sambil bersandar di tiang atau dinding tanpa
sebab adalah makruh. Jika solat sambil bersandar pada tiang atau dinding dengan
sebab untuk membolehkan dia berdiri walaupun seketika pada awal solat, maka
perbuatan itu wajib. Kerana berdiri adalah perkara rukun dalam solat, walaupun
hanya seketika.
06 March 2016
14 July 2015
Fihq An-Nisa': Qadha & Fidyah - Bila perlu kedua dua nya??
Qadha & Fidyah: Bilakah
Perlu Kedua duanya?
Oleh
Ustazah
Maznah Daud
Soalan:
Kakak saya
sedang sarat hamil. Pada suatu hari bulan Ramadan, dia kelihatan sangat letih.
Emak saya menyuruhnya berbuka puasa lalu dia pun berbuka. Adakah kakak saya
berdosa? Adakah dia perlu membayar fidyah untuk puasanya itu?
08 July 2015
Anda Musykil? PU Salam Menjawab: Batalkan puasa tertelan kahak?
Batalkah Puasa Tertelan Kahak?
Soalan:
Seseorang yang terdengar azan Subuh ketika dia sedang bersahur,
adakah sah puasanya?
Jawapan:
Allah s.a.w. menjadikan terbit fajar sadiq sebagai masa bermulanya
berpuasa. Firman Allah s.a.w yang
bermaksud: "Dan makanlah serta minumlah sehingga jelas
bagimu fajar sadiq selepas kegelapan malam ..." (al-Baqarah 2: 187)
Subscribe to:
Posts (Atom)




