Hukum
berus gigi masa puasa?
Soalan:
Bersugi itu sunat, tapi kenapa
ketika berpuasa perkara sunat seperti itu tidak boleh kita buat. Bagaimana
dengan mereka yang mulutnya berbau, tidakkah ini mengganggu orang lain ketika solat
jemaah ataupun di pejabat?
Jawapan:
1. Islam menggalakkan bersugi
(berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang. Bahkan, kalaulah
tidak menjadi beban kepada umat ini sudah pasti kita diwajibkan bersugi lima
kali sehari. Ini seperti sabda Nabi s.a.w:
“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku ataupun manusia nescaya akan
aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat” (Riwayat al-Bukhari dan
Muslim).