Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

24 June 2011

Syurga Neraka Tu Mereka Punya ke??

Catatan Wagiman:
Bukan niat nak jaga tepi kain orang tetapi sekadar memberi peringatan. Tidak berilmu seseorang itu melainkan isterinya, anak2nya, ibu bapanya, saudara maranya dan jiran tetangganya mendapat tempias dari ilmu yang diturunkan oleh Allah kepadanya.
“Ingat Syurga Neraka Tu Mereka Punya!”
Sambungan dari tajuk My Parents Also Don’t Mind


Kehidupan Pak cik Zali yang berusia 60an, tidak kurang hebatnya dengan keluarga Zack yang kami temui sebelum ini. DUlu, Pak cik Zack bekerja sebagai bouncer di sebuah pub. Boleh dikatakan hampir semua bouncer dan tauke kelab malam, kenal siapa Pak cik Zali. Dua anaknya, Johan dan abangnya Shah, bekerja sebagai bartender di sebuah kelab malam di Lembah Klang.

 Walaupun sudah lama tidak bertemu, Pak cik Zali tidak banyak berubah. 10 tahun lalu, kami pernah berjiran dengannya. Ketika itu kami kerap keluar masuk rumahnya. Sekarang, keadaan rumah Pak cik Zali masih sama. Perabot antiknya masih utuh.

Kedatangan kami petang itu disambut oleh anaknya yang bernama Johan dengan membawa setin Carlberg dan oren.


“Kau tak minumkan?” tanya Johan menghulurkan setin oren.

Kami menggeleng gelengkan kepala. Kami lihat di sudut ruang tamu ada banyak rak kayu dua tingkat menyimpan botol botol arak yang sudah kosong. Ada beberapa keeping gambar berlambang jenama arak seperti Jack Daniel dan Chivas, tergantung di dinding.

“Haa ….apa halnya ni tiba tiba muncul?” soal Pak cik Zali.

Pak cik Zali masih kenal dengan kami. Kami ceritalah, sekarang sudah bekerja dan bertugas sebagai wartawan di Mastika.
“Jadi, nak korek cerita unclelah …” soalnya lagi.

Lalu kami pun menerangkan apa sebenarnya tujuan kedatangan kami. Pertama ziarah, kedua untuk temu ramah. Memang mudah berurusan dengan Pak cik Zali. Orang tua ini memang sporting.

“Tanyalah apa saja?” balas Pak cik Zali tersenyum.

Kami pun bertanyalah tentang kehidupannya sedari dulu tidak pernah berubah ubah. Tidakkan orang tua itu terniat untuk meninggalkan dunia …….??
“Beginilah …. Memang uncle tahu, apa yang pak cik buat ni salah dari sisi agama. Pak cik menghaku, sampai hari ini masih minum lagi. Ada niat nak berhenti, tapi susah. Uncle dah biasa dengan cara macam ni. Dari muda, hingga hari ini,” beritahunya sambil membuka penutup tin Carlberg dan meneguknya.

Semasa berbual bual, kami cuba bertanya, apakah Pak cik Zali tidak rasa bersalah, apabila sikapnya diikuti oleh anaknya seperti Johan dan Shah.

“Tak ada rasa bersalah apa apa, tapi bimbang juga. Takut mereka tak boleh kawal diri bila mabuk. Tapi, bagi uncle, apa yang penting, hati mesti mau baik. Minum ke! Betina ke! Itu hak peribadi uncle. Orang boleh nasihat tapi terpulang uncle nak ikut ke tidak,” terang Pak cik Zali sambil menyalakan sebatang rokok.

Seperti ibu bapa lain, pada mulanya Pak cik Zali berang apabila mengetahui Johan sudah pandaii minum arak. Tetapi, apabila Johan sudah bekerja dan pandai mencari duit sendiri, Pak cik Zali tidak ambil kisah lagi.


“Cuma uncle pesan, minum jangan sampai overdose. Bahaya. Dia bawa motor laju. Nanti bukan jalan ke rumah yang dituju, tapi jalan ke kubur. Maklumlah, sekarang banyak kes kes kemalangan akibat mabuk,: jelalsnya berjenaka.

Pak cik Zali menegaskan, dia tidak pernah menggalakkan anak anaknya untuk jadi pemabuk. Cuma Johan dan Shah saja yang mengikut perangainya. Tapi dua lagi anaknya tidak begitu. Mereka tidak pernah menyentuh minuman keras atau berfoya foya di kelab malam.

“Biarpun uncle minum dan menghabiskan masa di kelab kelab malam, keluarga tetap uncle utamakan. Uncle tau banyak kawan kawan uncle yang dah bercerai berai akibat tabiat macam ni.

“Tapi, setakat ni, uncle boleh control. Memang uncle selalu minum, tapi jarang sekali minum sampai overdose. Malah uncle sekali kali tak pernah pukul isteri atau anak anak dalam keadaan mabuk,” katanya.

Dalam bab perempuan, keluarga Pak cik Zali memang open minded. Dua anak lelakinya Johan dan Shah selalu bawa balik girlfriend masing masing ke rumah.

Uncle dan auntie tak kisah. Biasalah tu, anak muda. Kita dulu muda muda macam tu juga. Kami faham, sebab kita pun pernah rasa zaman muda. Daripada dia orang melepak tak tentu hala, lebih bak mereka bawa balik rumah,” beritahu Pak cik Zali.

Pak cik tak takut dengan Tuhan?

Orang tua itu termenung seketika mendengar pertanyaan Mastika.

“Itu tak dinafikan. Tapi nak buat macamana, inilah life yang kami lalui selama ini. Dah jadi biasa. Bila minum tak fikir pula nak keluar Islam dan sebagainya. Tapi uncle yakin, TUhan Maha Pengampun. Uncle pun tak pernah menipu, hasad dengki dan aniaya orang. Apa yang uncle buat, dosa dengan Tuhan. Jadi, biarlah jadi rahsia uncle dengan Tuhan saja, ujar Pak cik Zali tenang.

Tak ada ke jiran atau rakan yang cuba nasihat uncle dalam hal hal ni?

“Ada …. Bukan tak da,” jelas Pak cik Zali.

Pak cik Zali mengaku dia menghormati pandangan orang yang menasihatinya tetapi pada masa yang sama, orang lain perlu menghormati privasi hidupnya. Selama ini keluarganya tidak pernah mengasingkan diri daripada masyarakat.

“Kami bergaul. Pergi kenduri kendara. Ada gotong royong kami tolong.

“Tak patutlah ada orang agama pandang hina kami. Ada yang kata ‘hah nilah bakal jadi kayu neraka’.

“Siapa mereka nak jatuhkan hukuman. Siapa mereka tu nak ambil alih tugas Tuhan. Yang berhak tentukan siapa boleh masuk syurga atau siapa masuk neraka, bukan manusia, tetapi Tuhan. Mereka ingat syurga neraka tu dia orang punya? Awak sendiri belum pasti boleh masuk syurga!” khitbah Pak cik Zali panjang lebar pada Mastika.

Bagi Pak cik Zali, kelau seseorang itu berserban sebesar bakul sekalipun, berjubah, berjanggut sampai ke dada, belum tentu lagi tempatnya di syurga kalau asyik tuduh orang lain tak ada iman dan jadi kayu api neraka.

“Sekarang, banyak orang orang agama yang kononya mengaku hebat, kononnya nak berdakwah tapi jual ilmu agama nak dapatkan duit. Yang macam tu, tak kira berdoasa ke? Mana lebih besar, dosa orang jual agama dengan minum arak dan membunuh,” ceramah Pak cik Zali lagi.

Mastik cuba mempengaruhinya dengan mengatakan dosa tetap berdosa jika sesorang melakukan perbuatan jahat. Jangan hendak membuat dalih pula. Bukankah budaya hidup bebas seperti dilakukannya terlah terbukti menyebabkan penyakit social bertambah parah di kalangan masyarakat Melayu. Isu buang anak, bohsia, rempit, pelacur adalah berpunca daripada gaya hidup yang jungkir balik.

Pak cik Zali mengangguk, bersetuju dengan pandangan Mastika tetapi pada mamsa yang sama, orang tua itu tidak bersetuju dengan pendekatan Mastika.

“Itu memang betul. Tapi uncle tak setuju Mastika pukul rata tentang isu ni. Yang jadi bohsia atau mat rempit, tak semestinya kaki disko atau kaki minum. Begutu juga denghan pelacur. Kalau pub atau kelab malam tak ada pun, mereka akan tetap melacur,” tehag Pak cik Zali mempertahankan pendapatnya sambil berkerut kerut keningnya.
Pak cik Zali tetap mempertahankan bahawa buka semua mereka yang pergi kelab malam dan disko, datang untuk buat maksiat dan menyundal, tetapi ada yang bekerja untuk mencari rezeki sebagai bartender.


“Sebagai ayah, pak cik memang takmenggalakkan Joe kerja kelab malam, tapi malangnya tiada kerja lain yang berjaya dipohonnya.

“Sebab tak mahu tengok Joe duduk goyang kaki, untuk sementyara, uncle minta seorang kawan rakemen dia kerja sebagai bartender di kelab itu. Sebab tu, uncle tak setuju kalau Mastika anggap kelab maalam punca segala penyakit social.

“Uncle tak mahu nanti orang anggap keluarga pak cik sesat. Kami tak sesat dan kami tetap orang Islam. Cuma, inilah corak kehidupan yang telah Tuhan takdirkan pada kami sekeluarga,” beritahu Pak cik Zali mengakhiri perbualan kami pada petang itu.

Mastika sebenarnya belum puas mendengar ceramah Pak cik Zali, tapi kami terpaksa beredar sebab sudah janji dengan seorang gadis bernama Julia untuk mendengar ceramahnya tentang erti kemodenan dan kebebsanan dunia tanpa sempadan ….


MASTIKA Februari 2007
® v ®
** catatan w@gim@n**
Jika anda bercadang untuk menyebar atau menyalin atau menempek artikel ini dimana mana blog atau media cetak pastikan anda meletakkan nama asal penulis dan penerbit artikel dan jangan lupa url (http://) dimana artikel ini di salin. Sebarang penerbitan semula bagi tujuan komersil hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada penulis atau media/syarikat dimana artikel ini diterbitkan. Sebarang tindakan mahkamah daripada pihak berkenaan adalah diluar tanggungjawab pemilik blog ini.
2011 ® ©HAK CIPTA SELEBET INTERNATIONAL ™
* Jadilah seorang bloger yg sentiasa menghargai
hasil kerja blogers @ penulis @ penerbit lain dengan tanpa segan silu
memberi kredit line kepada mereka . Paparkan kreativiti
mereka dengan menampilkan dari mana asal usul
bahan asal yg anda salin dan tempek itu.