Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

29 May 2014

Soal Jawab Agama: Hukum memakan ikan jerung

Kuliah Oxford
Hukum  Memakan Ikan Jerung Yang Makan Manusia


Soalan:

Saya telah bertemu ramai orang Melayu bermazhab Syafi' yang enggan makan ikan jerung dengan hujah ia merupakan pemangsa yang memakan manusia. Apakah hukum memakannya? Adakah ia makruh, haram atau hanya harus?

Jawapan:
Bahagian ikan jerung yang biasanya dimakan di sesetengah tempat pada hari ini ialah siripnya, bukan dagingnya. Namun, pendapat asahh (lebih tepat) dalam mazhab Syafi'i ialah semua bahagian yang boleh dimakan pada ikan jerung termasuk dagingnya. Walaupun ia telah memakan manusia hukumnya halal dimakan oleh manusia.


Bahkan sejak zaman Imam al-Asnawi rahimahullah, tiada khilaf ulama berlaku berhubung perkara ini. Istilah fiqh yang kerap digunakan oleh ulama kita ialah "qirsh" dan kadangkala "lakham", manakala "kawsaj" sebagai contoh digunakan oleh ulama mazhab Hanbali.

Gambar hiasan

Perbincangan mengenai ikan jerung dalam kitab-kitab fiqh kita biasanya ditemui dalam konteks menyatakan pertentangan hukum dengan buaya; sejenis lagi hidupan air yang juga pemangsa pemakan manusia. Buaya disebut dengan dawwab al-bahr atau istilah modennya samak muftaris.

Sedangkan sebagaimana yang akan disebut di bawah, di sisi ulama Hanbali sebagai contoh, mereka tidak menganggap dua binatang itu berbeza antara satu sama lain - dalam isu ini khilaf antara dua mazhab ini merupakan rahmat buat kita semua.

Berbeza dengan mazhab yang kedua (Hanbali), pemangsa yang disebut mula-mula tadi iaitu ikan jerung hukumnya halal dimakan dan kenyataan oleh Imam ar-Ramli dalam kitab Hashiyah terhadap kitab Asna al-Matalib oleh Syaikh al-lslam sepatutnya mencukupi untuk kita:

"[Imam al-Shawbari iaitu pengarang kitab Tajrid Hashiyah Asnal Matalib dan pelajar kepada salah seorang daripada empat orang Tawa'if dalam mazhab kita iaitu Imam Shams al-Din al-Ramli, anak kepada pengarang asal bagi kitab Hashiyah ini, Imam Shihab al-Din al-Ramli rahimahumullah, beliau (al-Shawbari) telah berkata:] Guru kami [ar-Ramli as-Saghir] berkata: Imam Ibn Abi Sharif rahimahullah [beliau guru kepada ayahnya] di dalam kitab Syarh al-Hawi [as-Saghir oleh al-Qazwini] telah berkata: Bukan semua hidupan akuatik yang karnivor itu haram. Ikan jerung itu halal manakala buaya itu haram kerana di samping sebab-sebab lain, buaya dianggap menjijikkan dan memudaratkan terhadap tubuh." [Ar-Ramli al-Kabir, Hashiyah, 3: 407 n.4]

 Apa lagi hujah yang menghalalkan kita  memakan ikan jerung ini?

Jika huraian berautoriti di atas masih tidak mampu membuang sepenuhnya rasa takut yang tidak matang yang ada pada para pembaca di kalangan orang Melayu, maka keterangan berikut mungkin akhirnya akan memberikan mereka kepastian.

Murid kepada Imam al-Asnawi yang telah disebut di atas, iaitu Imam ad-Darimi rahimahullah bukan sahaja seorang pakar yang tersohor dalam fiqh Syafi'i bahkan beliau juga ialah saintis yang terkenal dalam bidang zoologi. Suatu bidang yang berkait secara langsung dengan permasalahan kita di sini. Beliau dengan jelas merujuk kepada ikan jerung pemakan manusia:

"Hukum memakan ikan jerung di sisi mazhab Imam Ahmad rahimahullah ialah haram. Imam Abu Hamid telah berkata: "Buaya mahupun ikan jerung tidak boleh dimakan kerana kedua-duanya memakan manusia dan ia merupakan haiwan karnivor [bertaring]." Manakala di sisi mazhab kita ia halal [dimakan]." [Ad-Damiri, Hayawan, 2: 313]

Info: Imam Abu Hamid ini saya tidak mengenalinya. Sila rujuk kepada yang pakar mazhab Hanbali. Mungkin berlaku kesilapan akibat kecuaian di sini, jika begitu maka beliau ini mungkin Ibn Hamid yang terkenal di kalangan ulama Hanbali - bermakna, individu ini bukanlah ilmuan dari kalangan ulama Syafi'i aliran Iraqi: Imam Abu Hamid al-lsfara'ini (semoga Allah merahmati kedua-dua Hamid ini!)

Bagaimana keadaan seseorang yang sudah tahu hukumnya tetap masih takut untuk memakannya?

Jika kita sudah tahu hukumnya, tetapi masih berasa takut, maka sudah tentu kita orang yang lemah akal. Kadangkala disebut mereka yang arif bahawa fiqh itu pada kemuncaknya lain tidak bukan ialah ilmu memahami 'illah [sebab syariat dalam urusan berkait perbuata manusia. Justeru untuk menjadi seorang pelajar fiqh yang bagus, seseorang itu dituntut untuk memandang kepada sesuatu melangkaui rangkuman emosi kita.

Shark fin

Maka dalam isu memakan ikan jerung, jika seseorang mengatakan hukum sebaliknya, Imam Ibn Hajar rahimahullah menyatakan bahawa orang itu tidak mantap fiqhnya:

"Di kalangan haiwan-haiwan air itu ialah jerung [qirsh]. la juga dikenali dengan "lakham". Jangan mengambil kira sifat karnivor semula jadinya iaitu memburu dengan gigi taringnya apabila mahu menentukan sama ada haiwan itu haram atau halal. Mereka yang mengambil kira elemen karnivor sebagai illah (alasan) terhadap larangan memakan buaya maka mereka memang cuai. Bahkan, alasan yang sebetulnya bagi larangan memakan buaya ialah ia haiwan yang hidup didarat. “Ibn Hajar, Tuhfa, 12:307).

Sebagaimana yang sangat diketahui oleh pelajar Syariah, difinisi moden bagi herbivore dan karnivor semata mata tidak menjadikan sesuatu itu halal atau haram untuk dimakan. Sedangkan gajah yang dianggap sebagai  herbivore oleh ahli zoology dihukumkan sebagai haram olejh para ulama kita tetapi sebaliknya musang yang karnivor pula adalah halal.

Info:
Lakhman: Juga disebut dengan “lukham” (oleh Imam ad-Damiri) manakala dalam sebuah riwayat atsar di bawah disebut sebagai “lakham”
Tawa’if: Gelaran bagi mereka yang sering dijadikan rujukan dalam mazhab kita.
Karnivor: Haiwan yang memburu dengan gigi taringnya.

BIBLIOGRAFI:
1     Ad-Damiri. Hayat al-Hayawan al-Kubra. 2 jilid. Bulaq, 1305 H.

2.         Al-Fasi, Taqi al-Din. Shifa' al-Gharam bi-Akhbar al-Balad al-Haram. 2 jilid Cairo: 'Isa al-Babi al-Halabi, 1956.

3.         Ibn al-Atsir. An-Nihayah fi Gharib al-Hadis wal Atsar. Ditahkik oleh Tahir Ahmad az-Zawi dan Mahmud Muhammad at-Tanahi. 5 jilid. Cairo: 'Isa al-Babi al-Halabi, 1963-1965.

4.Ibn Hajar al-Haytami. Tuhfah al-Muhtaj bi-Syarh al-Minhaj an-Nawawi dalam Hawasyi al-Shirwani wa-lbn 'Qasim 'ala Tuhfah al-Muhtaj. Ditahkik oleh Muhammad 'Abd al-'Aziz al-Khalidi. 13 jilid. Beirut: Daral-Kutub 'llmiyyah, 1996.

An-Nawawi. Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab. Ditahkik oleh Mahmud Matraji. 22 jilid. Beirut: Dar al-Fikr, 1996. ar-Ramli (as-Saghir). Hashiyah Asna al-Matalib. Di [nota kaki] Asna al-Matalib Syarh Rawd al-Talib [oleh Ibn al-Muqri'], oleh [Shaykh al-lslam] Zakariyya al-Ansari. Ditahkik oleh Muhammad Muhammad Tamir. 9 jilid. Beirut: Dar al-Kutub al-'llmiyya, 2001.
Al-Syirbini. Mughni al-Muhtaj ila Ma'rifah Ma'ani Alfaz al-Minhaj. Ditahkik oleh 'AN Muhammad Mu'awwad dan 'Adil Ahmad 'Abd al-Mawjud. 6 jilid. Beirut: Dar al-Kutub 'llmiyyah, 1994.

Syeikh Dato’ Dr.Afifi Al-Akiti merupan seorang ulama Melayu yang sedang berkhidmat sebagai Felo & Pensyarah Pengajian Islam di Universiti Oxford, United Kingdom. Beliau mencipta sejarah menjadi anak Melaya pertama yang menjadi pensyarah di Universiti Oxford dan turut di lantik sebagai Ahli Majlis Agama  Islam & Adat Melayu Perak (MAIPK)

Q&A: Isu 25: m/s 60-61