Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

23 June 2014

Ustaz Khafidz Soroni: manusia guna bahasa Arab di syurga !!!

Halaqah Hadis
Benarkah , Bahasa Arab
Bahasa Syurga?
Oleh

Satu perdua atau dua pertiga -menurut setengah riwayat- bilangan ahli syurga nanti adalah daripada umat Nabi Muhammad yang semuanya pernah berbahasa Arab.

 Ada diriwayatkan dalam sebuah hadis:

"Cintailah bangsa Arab kerana tiga perkara; iaitu kerana aku ini berbangsa Arab, al-Quran itu berbahasa Arab dan percakapan ahli syurga adalah bahasa Arab."

Di manakah sumber hadis ini?

Hadis ini dikeluarkan oleh at-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Kabir dan al-Awsat, Abu asy-Syeikh, al-Hakim dalam al-Mustadrak, al-Baihaqi dalam Syu'ab al-lman dan Iain-Iain daripada Ibn Abbas r.anhuma. Pada silsilah sanadnya terdapat al-'Ala' bin 'Amru, Yahya bin Yazid/Buraid dan gurunya Ibn Juraij yang riwayat mereka semua menerima kritikan ramai ahli hadis.

Dalam riwayat lain, at-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat dan Abu asy Syeikh turut meriwayatkan hadis yang hampir sama daripada Abu Hurairah r.a. yang lafaznya: "Aku ini berbangsa Arab, al-Quran itu berbahasa Arab dan percakapan ahli syurga adalah bahasa Arab." Pada sanadnya terdapat Abdul Aziz bin Imran dan Syibl bin al-'Ala' yang kedua duanya turut menerima kritikan ahli hadis. Menurut as-Sakhawi: "Meskipun ia juga dhaif, ia lebih baik daripada hadis Ibn Abbas r.anhuma."

Bagaimanakah status hadis tersebut?

Ada tiga hukum ulama terhadap hadis tersebut iaitu; Ulama yang menyatakan ia hadis sahih atau hasan.

Antara mereka; al-Hakim dalam al-Mustadrak, diikuti oleh al-'lraqi dalam Takhrij Ihya' 'Ulumiddin, as-Suyuti dalam al-Jami' as-Saghir dan Mulla 'Ali al-Qari dalam al-Asrar al-Marfu'ah. As-Silafi dan az-Zurqani dalam Mukhtasar al-Maqasid mengatakan ia hasan (iaitu hasan li-ghairih).

Ulama yang menyatakan ia hadis dhaif atau seumpamanya.

Antara mereka; Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-lman, al-Haithami dalam Majma' az-Zawa'id, Ibn Hajar al-'Asqalani, as-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah, as-Suyuti dalam an-Nukat 'ala al-Mawdu'at, Ibn 'Arraq al-Kinani dalam Tanzih as-Syari'ah, al-'Ajluni dalam Kasyf al-Khafa' dan Iain-Iain.

Ulama yang menyatakan ia hadis yang sangat dhaif atau palsu.

Antara mereka; Abu Hatim ar-Razi, al-'Uqaili dalam ad-Dhu'afa', Ibn Hibban, Ibn al-Jawzi, az-Zahabi, as-Syawkani dalam al-Fawa'id al-Majmu'ah dan Iain-Iain.

Setelah meneliti jalan-jalan riwayat hadis berkenaan, saya melihat pendapat kedua adalah lebih sederhana yang menyatakan ia hadis dhaif, bukan sahih dan bukan juga palsu. Terdapat riwayat lain dengan sanad yang dhaif juga yang dapat menyokong maksudnya dalam masalah ini, iaitu riwayat Ibn Abi ad-Dunya dalam kitab Sifat al-Jannah daripada Anas r.a. bahawa Rasulullah bersabda:

"Ahli syurga akan masuk ke syurga dengan ketinggian Adam 60 hasta ukuran hasta malaikat, dengan kecantikan Yusuf, dengan usia Isa 33 tahun dan dengan lisan Muhammad     (iaitu berbahasa Arab). Wajah mereka muda kacak, licin dan bercelak."

Maka, apakah benar bahasa Arab ialah bahasa syurga?

Berdasarkan perbezaan hukum hadis di atas, dapat kita simpulkan bahawa para ulama turut berbeza pendapat mengenai masalah ini. Sebahagian ulama - termasuk Ibn Abbas, az-Zuhri, Sufyan ats-Tsauri dan ulama yang menerima hadis di atas - mengatakan bahawa bahasa ahli syurga ialah bahasa Arab.

Manakala sebahagian ulama lagi - Ibn Hazm, Ibn Taimiyyah dan Iain-Iain yang menolak hadis di atas - tidak memutuskan apa-apa serta menyerahkan urusan tersebut kepada Allah. Menurut mereka, tiada nas yang dapat dijadikan hujah atau dalil bahawa bahasa ahli syurga ialah bahasa Arab.

Oleh kerana kelemahan hadis-hadis di atas, saya memilih pendapat yang mengambil jalan tengah mengatakan sebagai jawapan; kemungkinan bahasa ahli syurga ialah bahasa Arab dan kemungkinan juga bukan bahasa Arab. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui tentang hal tersebut.

Bagaimanapun, memang ada diriwayatkan bahawa bahasa ahli syurga ialah bahasa Arab. Maksud 'ada diriwayatkan' menunjukkan ia bukan riwayat yang kuat untuk digunakan sebagai hujah sepertimana yang telah dijelaskan di atas.


Namun, kita telah sedia maklum bahawa bahasa Arab ialah bahasa yang dipilih oleh Allah untuk kekasih pilihan-Nya Nabi dan Rasul terakhir. Allah  menyatukan seluruh umat Baginda dengan al-Quran yang berbahasa Arab dan menghendaki mereka mengabdikan diri kepada-Nya dengan membacanya. Malah beberapa perlaksanaan ibadah lain seperti solat turut dituntut dalam bahasa Arab.

Perlu diingat, satu perdua atau dua pertiga -menurut setengah riwayat - bilangan ahli syurga nanti adalah daripada umat Nabi Muhammad  yang semuanya pernah berbahasa Arab, terutama dalam bersyahadah, solat, membaca ayat al-Quran, zikir dan sebagainya.

Baginda     juga telah dipilih daripada bangsa Arab dan terdapat banyak hadis tentang kelebihan mereka serta galakan mengasihi mereka yang darjatnya adalah hasan berdasarkan himpunan kesemua riwayat-riwayatnya, sepertimana menurut al-'lraqi dan al-'Ajluni dalam Kasyf al-Khafa'. Maka, tidak mustahil bahawa ini semua adalah satu isyarat kepada kemuliaan bahasa Arab, baik di dunia mahupun di akhirat. Wallahu a'lam.

GLOSARI:
Hadis hasan - Hadis yang bersambung sanadnya dengan perawi-perawi yang adil, tetapi tahap hafalan atau penjagaan salah seorang atau beberapa orang daripada mereka kurang sedikit, di samping tiada sebarang keganjilan mahupun kecacatan padanya.

Hasan li-ghairih - Hadis yang dhaif secara ringan yang disokong oleh satu atau beberapa riwayat lain yang juga bertaraf dhaif sepertinya ataupun bertaraf lebih kuat darinya.



Q&A: Isu 25:   m/s: 67