Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

24 September 2014

Kuliah Oxford: Mengapa Jerung Halal di Makan

Mengapa Jerung Halal di Makan

Secara etimologi, nama kaum Nabi Muhammad iaitu 'Quraisy" berasal daripada nama moyang Baginda iaitu Fihr yang turut dikenali dengan Quraisy bin Malik bin al-Nadr bin Kinanah. la merupakan isim tasghir atau kata yang menunjukkan makna kecil bagi kalimah 'qirsh' (jerung).


Inilah jawapan Ibn Abbas r.anhuma terhadap soalan yang diajukan oleh 'Amr bin al-'Ash r.a. dengan kehadiran Muawiyah r.a. Justeru, Quraisy dinamakan sempena haiwan pemangsa ini. Maka tidaklah mengejutkan bagi kita apabila seorang ilmuan mazhab Hanafi yang juga ahli leksikografi, al-Mutarrizi berjenaka: "Jerung ialah ketua bagi para haiwan buas (di lautan) dan yang paling kuat di kalangan mereka. Sebagaimana Quraisy pula ialah ketua bagi para manusia." [Al-Fasi, Syifa' al-Gharam, 2: 65]

Kekuatan hujah etimologi yang dijelaskan dalam atsar oleh Sahabat yang masyhur ini seterusnya dikukuhkan lagi dengan fakta bahawa al-Mushamrij al-Humayri, seorang penyair silam zaman jahiliyah yang turut menyanjung 'Quraisy' sebagai satu nama yang diambil sempena nama seekor haiwan. Melalui syairnya yang terkenal, Kenapa Quraisy digelar Quraisy, beliau menghubungkan nama itu dengan perkataan asalnya iaitu nama bagi haiwan laut pemangsa ini.

Bagaimana ikan jerung boleh dikategorikan halal?

Hukum halal ikan jerung berdasarkan kepada sebuah pendapat imam mujtahid kita, Imam asy-Syafi'i rahimahullah, berasaskan kefahaman bahawa sebarang haiwan air boleh dimakan berdasarkan pernyataan bersifat umum dalam al-Quran, "Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanan yang didapati daripada laut." (Al-Ma'idah 5: 96)


Imam an-Nawawi rahimahullah pula selepas itu menguatkan pandangan ini secara ringkas tetapi padat dalam pernyataan berikut, "Pendapat yang sahih dan yang muktamad dalam mazhab kita ialah bangkai (iaitu haiwan yang mati tanpa sembelihan yang syar'i) bagi semua yang tinggal di dalam air adalah dibenarkan untuk dimakan, kecuali katak (kerana ada 'illah yang mengecualikannya)." [An-Nawawi, Majmu' Syarh Muhazzab 9: 30]

Bukankah jerung itu sejenis karnivor dan dikategorikan sebagai haiwan pemangsa?

Walaupun jerung bersifat karnivor, para ulama kita menganggap haiwan laut ini ialah sejenis ikan dan yang lebih utama, ia memang seekor haiwan air kerana ia hanya boleh hidup di dalam air.
"Haiwan yang tidak hidup melainkan dalam laut maka ia tergolong dalam haiwan laut."

Oleh sebab ayat yang masyhur dalam surah al-Maidah di atas membenarkan memakan haiwan air secara umum dan kerana tiada dalil yang datang kepada kita melarang memakan ikan ini, maka jerung tidak boleh dihukumkan haram. Bahkan, 'illah (alasan) kepada hukum ini diperkukuhkan lagi oleh atsar daripada Ikrimah rahimahullah bahawa jerung itu halal (untuk dimakan).

Athar ini telah diriwayatkan oleh seorang muhaddits dalam mazhab Syafi'i, Imam Ibn al-Atsir dalam kitabnya, an-Nihayah (4: 244). Beginilah cara fuqaha kita memperolehi hukum syarak dalam isu ini.



Adakah terdapat cara-cara tertentu dalam proses penyediaan ikan jerung sebelum dijadikan makanan?

Perlu diingatkan bahawa proses untuk menyucikan haiwan air daripada kotorannya sendiri adalah dituntut apabila menghidangkannya sebagai makanan manusia. Terutamanya jika ia merupakan ikan jerung. Peraturan fardu ain bagi tukang masak ini, sama ada bagi lelaki atau wanita, muda atau tua telah pun dihuraikan dengan jelas, misalnya dalam kitab fiqh kita yang asas, Fath al-Mu'in:

"Tidak dibenarkan memakan ikan air masin (yang besar) jika isi perutnya masih belum dibersihkan daripada kotoran-kotoran (mustaqdharat)." (I'anah ath-Thalibin, 1: 90-91)

Seseorang itu boleh merasai betapa lebih besar kepentingan proses pembersihan ini jika dia diminta untuk menghidangkan seekor jerung yang benar-benar telah memakan seorang manusia!

Mustaqdhar (sesuatu yang jijik) adalah lebih umum berbanding najis atau benda yang tidak suci. Semua najis ialah mustaqdhar manakala bukan semua mustaqdhar itu najis. Contoh biasa bagi perkara ini ialah air mani dan air liur serta contoh-contoh lain termasuk tahi hidung, tahi telinga, tahi mata. Walaupun semua tahi tersebut menjijikkan seperti muntah tetapi ia bukan najis secara hukum, namun ia tetap haram dimakan.

Apa lagi hukum-hukum fiqh lain yang berkaitan dengan masalah ini?

Telah diriwayatkan bahawa walaupun ikan paus sebesar Moby Dick iaitu ikan paus sperma ('anbar) yang juga merupakan karnivor, telah dimakan oleh Nabi kita SH. [Ibn Hajar, Tuhfah al-Muhtaj 12: 196, 306]

Oleh itu, satu persoalan yang mungkin timbul ketika itu ialah seekor ikan lain telah ditemui dalam ikan yang sangat besar, maka adakah ikan yang kedua ini halal? Jawapannya ialah ya, selagi mana ikan yang kedua ini belum dicernakan atau belum mula berubah walaupun hanya sebahagiannya. Jika tidak, maka ia dihukumkan seperti muntah.

Apa punca-punca yang menyebabkan masyarakat Melayu kita berpegang bahawa jerung tidak boleh dimakan?

Isu tidak yakin dengan hukum halal makan ikan jerung berkemungkinan akibat orang-orang Melayu bermazhab Syafi'i ini sangat mudah terpedaya untuk percaya bahawa diet normal yang popular bagi seekor jerung ialah manusia, walaupun bagi seekor ikan jerung putih gergasi (Great WhiteShark seperti dalam filem Jaws).

Pemikiran ganjil ini mungkin digalakkan oleh kekerapan mereka menonton terlalu banyak filem Hollywood!

Sedangkan penentuan hukum tidak boleh diputuskan berdasarkan emosi, dan syarak tidak pula menjadi relevan hanya dengan mengikut perasaan. Walaupun jika ini menjadi tragedi normal pada masa akan datang, hukum syarak di sisi mazhab Syafi'i masih kekal bahawa jerung walaupun pemakan manusia adalah tetap halal.

Jadi hukum memakannya ialah harus bukannya haram mahupun makruh, kerana para ulama kita sepakat bahawa ia dikategorikan sebagai ikan. Hukumnya memang halal bahkan sangat jelas halalnya, meskipun hukum yang sangat jelas ini tidak cukup jelas bagi sesetengah orang.


Bagaimana dengan segelintir masyarakat yang masih memandang jerung haram dimakan? Apa yang perlu kita lakukan?

Dalam situasi kawan-kawan anda terserempak dengan seekor jerung pembunuh ini sewaktu mandi-manda di laut maka bacalah doa Nabi kita
"Aku memohon perlindungan dengan kata-kata Allah yang sempurna daripada keburukan apa yang Dia ciptakan."

Kemudian bacalah:

"Ucapan salam buat Nuh di kalangan sekalian makhluk."

Bacaan yang terakhir:

"Wahai Yang Maha Hidup lagi Maha Berterusan urus tadbir-Nya, dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan."

Semoga ia akan membuang segala ketakutan dan andaian yang tidak berasas sekali gus menjadi sumber bantuan dan kekuatan yang sebenar.

Syeikh Dato’ Dr. Afifi Al-Akiti merupakan seorang ulama Melayu yang sdang berkhidmat sebagai Felo Pensyarah Pengajian Islam di Universiti Oxford, United Kingdom.  Beliau mencipta sejarah menjadi pensyarah di Universiti Oxford dan turut di lantik sebagai AHli Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPK)


Q&A Isu #26