Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

09 December 2014

Soal Jawab Agama: Siapakah Penyusun Ilmu Tauhid??

Siapakah Penyusun Ilmu Tauhid?
Soal Jawab Agama
Ustaz Raja Ahmad Mukhlis
Penulis & Pendakwah

Ilmu tauhid dan ilmu akidah merupakan antara inti pati risalah Islam yang disampaikan oleh Allah  kepada para rasul, agar mereka menyampaikannya kepada umat mereka. Maka, Allah sendiri merupakan penyampai utama yang menyampaikan pedoman ajaran tauhid kepada umat manusia.

Bahkan, Allah-lah yang mula-mula menyeru ke arah Ilmu Tauhid melalui para rasul-Nya yang mulia. Allah berfirman mafhumnya: "Maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya tidak ada Hah (Tuhan yang sebenar) selain Allah ..." (Muhammad 47: 19)


Q: Dalam sejarah penyebaran ilmu tauhid kepada umat manusia, adakah wujud cabaran, halangan ataupun ujian?

Risalah tauhid disampaikan oleh para rasul Allah kepada manusia, sejak Nabi Adam a.s. sehinggalah Nabi Muhammad yang risalah Baginda     pula adalah untuk seluruh manusia sehingga akhir zaman.

Setelah berlaku perkembangan ilmu pengetahuan dalam kalangan umat Islam, timbul beberapa golongan yang sesat dalam bidang akidah, lalu cuba merosakkan ajaran akidah Islam yang murni. Antaranya seperti golongan Muktazilah, Jabbariyyah, Mujassimah dan banyak lagi.

Bertolak daripada itulah, lahir golongan ulama yang kuat memperjuangkan akidah murni yang dipegang oleh Rasulullah serta para Sahabat r.anhum. Mereka mendirikan hujah dalam membendung fahaman-fahaman sesat itu.

Q: Siapakah ulama yang kuat memperjuangkan akidah murni itu?

Mereka ialah daripada golongan al-Asha'irah dan al-Maturidiyyah yang kedua-duanya dikenali sebagai golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah iaitu suatu golongan yang mewakili majoriti umat Islam yang diakui kebenaran mereka oleh Rasulullah berdasarkan hadis-hadis mengenai as-Sawadh al-A'zham.

Siapa sahaja yang bercanggah dengan kedua-dua golongan ini dalam masalah akidah yang usul, bererti terkeluar daripada kelompok as-Sawadh al-A'zham. Kedua-dua golongan ini mengembangkan perbahasan-perbahasan ilmu tauhid
alam perbahasan yang lebih tersusun dan ilmiah sejajar dengan perkembangan ilmu-ilmu agama yang lain. Bahkan, ilmu tauhid yang dikembangkan oleh mereka bersifat lengkap dengan gabungan hujah wahyu dan akal.

Adapun penyusun terawal ilmu tauhid dengan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah secara lengkap dan terus diikuti sepanjang zaman ialah Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari. Beliau ialah Imam Abu al-Hasan 'Ali bin Ismail bin Ishaq yang nasabnya bersambung kepada seorang Sahabat bernama Abu Musa al-Ash'ari. Beliau ialah pengasas kepada mazhab al-Asha'irah dalam bab akidah. Beliau lahir pada tahun 260 Hijrah dan meninggal dunia di Baghdad pada tahun 324 Hijrah. Antara kitab utama beliau ialah kitab al-Luma'.

Q: Bagaimanakah sanad pengajian atau pengambilan ilmu agama Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari?

AImam al-Asy'ari mempelajari ilmu agama daripada Imam Abu Ishaq al-Maruzi dan Imam Zakaria bin Yahya as-Saji dan mendalami ilmu akidah Ahlus Sunnah daripada Sheikh Ibn Kullab Asy-Syafi'i. Imam Zakaria bin Yahya as-Saji mendalami ilmu agama daripada Imam Al-Muzani dan Imam Rabi'i, sedangkan kedua-duanya pula mempelajari ilmu agama khususnya feqah daripada Imam al-Muzani dan Imam Ar-Rabi'i, yang kedua-duanya berguru kepada Imam asy-Syafi'i. Imam asy-Syafi'i berguru dengan beberapa ulama, antaranya Imam Malik bin Anas dan Imam Sufiyan bin 'Uyainah.

Imam Malik mempelajari ilmu agama daripada Imam Rabi'ah Ar-Ra'y yang menerimanya daripada Sayidina Anas r.a., dan daripada Imam Nafi'i yang menerimanya daripada Ibn Umar r.anhuma. manakala Imam Sufiyan bin 'Uyainah mempelajari ilmu agama daripada Imam 'Amr bin Dinar, daripada Sayidina Ibn Umar dan Sayidina Ibn Abbas. Sayidina Anas r.a., Sayidina Ibn Umar r.a. dan Sayidina Ibn 'Abbas r.a. mengambil ilmu agama daripada Rasulullah S.A.W

Imam As-Subki khususnya dalam menggambarkan tentang mazhab Al-Asy'ari dalam bidang aqidah dengan berkata:
"Ketahuilah bahawasanya Imam Abu al-Hasan Al-Asy'ari tidaklah mengadakan suatu pendapat yang baru dan tidak juga mengada-adakan mazhab yang baru. Beliau sebenarnya ialah orang yang membenarkan dan menguatkan mazhab-mazhab as-Salaf (dalam akidah) dan membela apa yang dipegang oleh para Sahabat Rasulullah S.A.W.  Adapun menisbahkan (mazhab) kepada beliau adalah dari sudut bahawasanya beliaulah yang memperkemaskan manhaj (akidah) as-Salaf dengan kukuh lalu berpegang dengannya. Maka, beliau juga yang mendirikan hujah-hujah dan dalil-dalil terhadap akidah as-Salaf tersebut lalu orang yang mengikut manhaj dan penghujahan tersebut dan melalui jalan pendalil akidah beliau dinamakan sebagai Asy'ari." [Tabaqat As-Syafi'iyyah 2/254]

Q: Selain Imam Abu al-Hasan al-Ash'ari, siapa lagi penyusun terawal ilmu tauhid dengan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah ini?

Abu Mansur Al-Maturidi Beliau ialah Imam Abu Mansur Muhammad bin Muhammad bin Mahmud Al-Maturidi al-Hanafi yang meninggal dunia pada tahun 333 Hijrah. Antara kitab beliau yang termasyhur adalah kitab al-Tauhid yang menjadi rujukan dalam bidang ilmu tauhid. Beliau ialah pengasas kepada mazhab al-Maturidiyyah dalam bab akidah.

Imam Abu Mansur al-Maturidi mengambil ilmu akidah Islam ini daripada para ulama salaf yang mewarisinya daripada sebaik-baik generasi iaitu generasi para Sahabat r.anhum yang mengambilnya daripada Rasulullah S.A.W.

Daripada mereka berdua inilah berkembangnya ilmu tauhid Ahli Sunnah wal Jamaah, menerusi murid-murid kepada manhaj mereka, yang dikenali sebagai al-Asha'irah, yang dinisbahkan kepada al-lmam al-Ash'ari, dan al-Maturidiyyah, yang dinisbahkan kepada al-lmam al-Maturidi.

Q: Apakah komen atau ulasan para ulama terhadap kedua-dua imam besar dalam ilmu tauhid ini?

Imam Azzabidi  meriwayatkan bahawa: Imam Al-Khayali berkata dalam Hasyiyah 'Ala Syarh AI-'Aqa'id : "Al-Asya'irah ialah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Disebutkan juga Ahlus Sunnah wal Jamaah kepada golongan al-Maturidiyyah pengikut Imam Abu Manshural-Maturidi..." [lihat ittihaf Saadah Al-Muttaqin]
Imam Ibn Rusyd Al-Maliki ketika ditanya tentang al-Asya'irah dan al-Maturidiyah, maka beliau menjawab: "Mereka adalah yang dinamakan sebagai imam-imam yang menjadi ikutan, iaitu dengan mengikuti mereka, merupakan suatu kewajipan kerana mereka membela syariat (bahkan akidah Islam), membatalkan kesesatan fahaman yang songsang. Tiada siapa yang menyesatkan mereka melainkan dia (orang itu) ialah seorang yangjahil ataupun seorang ahli bid'ah." [lihatAi- Fatawa 2/802]

Imam Ahmad Ibn Hajar Al-Haithamil berkata: "Ahli bid'ah ialah orang yang berpegang dengan pegangan yang berbeza dengan akidah Ahlus Sunnah. Adapun Ahlus Sunnah ialah akidah yang dipegang oleh Abu al-Hasan Al-Asy'ari, Abu Manshur al-Maturidi dan mereka yang mengikut (manhaj) kedua-duanya.
[lihat Al-Fatawa Al-Hadithiyyah m/s205]
         
   Mutiara Kata: "Jika engkau melihat ramai yang sibuk dengan dunia, maka sibukkanlah dirimu dengan akhirat." (Ibrahim bin Adham)


Q&A  Isu 27