Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

29 May 2017

Fiqah Amali Ustaz Mohd Fadzli Al Yamani: Lelaki memakai rantai emas

Fiqah amali
Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani
Lelaki Memakai Rantai Emas
Saya ada seorang kawan lelaki yang kaya dan gemar memakai rantai emas. Beliau tetap memakai rantai emasnya walaupun sudah dilarang oleh kami sebagai kawan-kawannya. Apakah hujah Islam yang melarang perbuatan tersebut?


Jawapan: Usaha saudara dan kawan-kawan amat disukai agama, bahkan itulah tugasan kita sebagai umat akhir zaman iaitu berdakwah di samping berukhwah. Teruskan usaha ini sehingga akhir hayat tanpa putus asa walaupun tidak dapat mengubah orang yang kita hendak berdakwah kepadanya kerana tanggungjawab kita hanya menyampaikan, sementara dan kuasa mutlak yang dapat mengubahnya ialah Allah sahaja.


Halal memakai emas bagi perempuan, tetapi haram bagi kaum Adam. Ijmak ulama mengatakan haram penggunaan emas kepada lelaki.

Hukum yang jelas telah pun disabdakan oleh Nabi s.a.w. dalam riwayat al-Bukhari daripada Ali bin Abi Talib r.a.: "Rasulullah s.a.w. mengambil sutera dan memegang dengan tangan kanannya, kemudian mengambil emas serta memegang dengan tangan kiri. Baginda bersabda (maksud-nya): 'Sesungguhnya dua-dua barang ini haram bagi lelaki daripada umatku.'" (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa'i)
Ibn Majah menambahkan dalam riwayatnya: "Dan di-halalkan untuk wanita daripada umatku."

Diriwayatkan oleh Ibn Hazm dan Abu Musa al-Ash'ari r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita daripada umatku dan diharamkan bagi kaum lelaki daripada umatku." (Riwayat al-Nasa'i dan al-Tirmizi)

Sama juga halnya diharamkan emas kepada lelaki dalam bentuk perhiasan seperti cincin, gelang, pen, jam tangan, gigi palsu dan seterusnya. Ketahui-lah, pelbagai andaian yang telah diungkapkan tentang hikmah pengharaman emas kepada lelaki.

Renungilah mutiara hadis daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Dunia itu penjara bagi orang Mukmin dan syurga bagi orang kafir." (Riwayat Muslim) Tidak ada kesenangan dunia melainkan ia tipu daya semata-mata.


solusi isu #43-(2012)
Ustaz Mohd. Fadzli Al Yamani : Mendapat pendidikan awal di Pondok Penanti Bukit Mertajam, dan melanjutkan pengajian di Madrasah al-Hudaidah, Yaman. Kini sebagai pengasas dan Mudir Madrasah al-Yamani di Kg. Baru. Kuala Lumpur. Di samping ilu sering mengisi undangan ceramah dalam bidang Fiqah di sekilar Lembah Klang. Untuk menghubungi Ustaz Fadzli: 019-3838730.