Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

04 January 2019

Mualaf: Masuk Islam tapi nak kekalkan nama asal


KEMUSYKILAN MUALAF
Oleh: Muhd. Ridhwan Abdul Jalil@Erwanz

Masuk Islam tapi nak kekalkan nama asal

Soalan:
SAYA selalu mengikuti ruangan Kemusykilan Mualaf yang mana persoalannya dijawab oleh Ustaz dan saya dapat memahaminya dengan jelas. Untuk pengetahuan Ustaz, saya kini bekerja dengan sebuah syarikat Insurans Islam di Kuala Lumpur dan berkelulusan dari Universiti Malaya. Saya mempunyai satu persoalan yang telah lama terbuku di hati. Saya difahamkan Islam membenarkan seseorang itu mengekalkan nama asal-nya (nama sebelum Islam). Saya juga masih mengekalkan nama asal saya sehingga kini.

gambar hiasan


Soalan saya, adakah mengekalkan nama asal itu dibolehkan tanpa syarat? Jika saya ingin mengekalkan nama asal saya di dalam kad pengenalan, adakah dibolehkan? Tan Yong Wei, Kuala Lumpur.

Jawapan:
Oleh Muhammad Asri Hj. Azmi Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA)
Maktab PDRM Kuala Lumpur. maha_1400@yahoo.com.my

Islam tidak melarang umatnya yang baru memeluk agama Islam mengekalkan nama asalnya. Akan tetapi, jika nama asal seseorang itu mempunyai maksud yang tidak baik seperti nama berhala atau nama-nama yang keji maka sebaiknya nama itu ditukar kepada nama yang lebih baik dan indah kerana Islam menyuruh umatnya memberi nama yang baik-baik. Nama yang baik akan menjadi doa pada diri sendiri kerana nama yang dipanggil pada seseorang itu merupakan doa baginya.

Dalam undang-undang, dibolehkan MyKad. Jika saudara tidak menukarkan nama kepada nama yang Islam, hal ini mungkin akan menimbulkan fitnah atau mengelirukan orang ramai. Sebagai contoh, jika saudara mempunyai anak yang bernama Muhammad Fahmi bin Tan Yong Wei, bukankah ia akan mengelirukan orang ramai kerana masyarakat akan mengatakan ayah Muhammad Fahmi, bukan Islam. Di sini akan mula timbulnya fitnah.

Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar saudara  menukar nama kepada nama Islam dan juga menukarkan status agama di dalam MyKad kepada agama Islam untuk mcmudahkan sebarang urusan. Sekiranya saudara ingin juga mengekalkan nama asal maka tidak mengapa tetapi saudara mesti fikirkan untuk jangka masa panjang atau masa akan datang. Moga Allah memberkati dan merahmati Saudara Tan Yong Wei. Teruskan mcmbaca Al Islam kerana banyak ilmu dan manfaat yang akan saudara peroleh di dalamnya. O

AL ISLAM April 2010