Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

25 June 2020

Ustaz Ahmad Fauwaz: Fiqah Amali - Apa itu hadas?


Fiqah Amali
Oleh
Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil



Hadas
Apakah yang dimaksudkan dengan hadas?

Jawapan:
Hadas bererti sesuatu perkara yang tidak Nampak tetapi ada pada anggota badan. Hadas menghalang sahnya solat seseorang. Ia terbahagi kepada tiga bahagian:



Najis

Bagaimana pula dengan  najis, apakah cara membersihkannya?

Jawapan:
Najis ialah  benda kotor yang menghalang  daripada sahnya solat. Najis  terbahagi  kepada tiga:
1.Najis mukhaffafah.
(Air kencing kanak-kanak lelaki  yang hanya minum susu ibunya  dan belum makan makanan  lain.]

2.Najis mutawassitah. (Seperti darah, nanah dan air  orang dewasa).

3.Najis mughallazah. (Najis anjing dan  khinzir).

Kaedah pembersihan:
1.Najis Najis mukhaffafah  dicuci dengan memercikkan air  mutlak sehingga meliputi semua  bahagian najis.

2.Najis mutawassitah dicuci  dengan membasuh dengan air  mutlak  najis tersebut hingga
hilang warna,  bau dan rasa.

3.Najis mughallazah  dibasuh dengan tujuh kali air  mutlak, salah satunya menggunakan tanah yang dicampur  dengan air.

Solusi  ISU#62