Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

01 December 2020

Tanda2 kena sihir: Simptom ketika berjaga

 

TANDA TANDA ANDA DISIHIR

Susunan: NOR MAZIAH MAHMOOD

TANDA KETIKA JAGA

*admin: bacaan yang baik untuk dijadikan panduan. Admin telah mengahadapi ‘first hand’ spt apa yang ditulis dlm artikel ini. Boleh bersilat, bercakap bahasa cina & inggeris  dgn lancar, bercakap dgn suara garau, nampak lintasan, badan terasa gatal xhenti, rasa seperti ada benda bergerak dlm tubuh, keadaan emosi yg tak menentu dan banyak lagi. Paling utama jangan berhenti berusaha mencari kesembuhan. Yang paling utama semangat hendak sembuh perlu tinggi kerana perawat terbaik adalah diri sendiri bukan ustaz yg merawat. Perawat cuma perantara tetapi pesakit adalah doktor terbaik.

Gangguan sihir bukan sahaja berlaku semasa tidur, tetapi ia juga boleh terjadi semasa seseorang itu jaga.

Walaupun manusia pada asasnya tidak boleh melihat jin, tetapi tidak mustahil  berlaku sekiranya seseorang mempelajari ilmu sihir.  Malah mereka yang mengamalkan sihir boleh melihat dan berkomunikasi dengan jin.

Kalaupun manusia dapat  melihat jin, ia berlaku begitu pantas kerana dipercayai makhluk ini takut kepada manusia terutama mereka yang warak.  Lagipun ia dapat dilihat sekali imbas sahaja menyebabkan seseorang itu tidak perasan benda sebenar yang dilihatnya.

Jin dipercayai berupaya menjelma sebagai manusia, ular, jengking, burung dan sebagainya.  Jin tidak dapat dilihat dalam bentuk asal kerana jasadnya ringan dan halus seperti angin.  Sebab itu orang orang tua sering berpesan jangan bunuh ular yang masuk ke dalam rumah. Dikhuatiri ia jelmaan jin.

Ganguan sihir boleh berlaku semasa anda bersendirian di rumah seperti terdengar pintu dibuka dan ditutup, suis lampu, air paip, bunyi orang naik tangga dan sebagainya. Ada kalanya lampu mentol meletup sendiri.

Gangguan bukan saja berlaku di rumah, ia boleh berlaku di pejabat, sekolah dan lain lain tempat. Pesakit akan terasa benci untuk ke pejabat atau malas ke sekolah selain menjadi pelupa. Seseorang yang terkena gangguan ada yang tercium bau kemenyan, bangkai atau bau wangi tanpa diketahui dari mana datangnya.

Ada mengalami sakit dibadan seperti dicucuk jarum ditengkuk, kepala atau lengan.  Seluruh badan terasa sakit terutama bila mendengar laungan azan atau bacaan al-Quran.

Seseorang yang terkena gangguan terasa gelisah, sedih atau terlampau gembira tanpa sebab yang jelas. Dia sentiasa mengelamun, menyendiri dan lupa makan minum. Pesakit akan berjaga waktu malam, meracau dan bercakap sendirian. Selain itu dia juga akan memaki hamun, bersikap agresif  dengan menendang atau membaling barang.

Tidak mengawal diri pada masa masa tertentu seperti mengantuk teramat sangat hingga tidak sedarkan diri tetapi kembali normal tidak lama kemudiannya juga tanda tanda adanya gangguan jin.

Kadang kala pesakit terasa rendah diri, seakan dirinya diejek oleh orang lain atau terasa semua orang merenungnya dengan pandangan yang buruk.  Hidupnya terasa terpulau, dibenci oleh adik beradik dan saudara mara.

Bagi mereka yang memiliki kedai makan, kadangkala ada perasaan dengki dan khianat dari pemilik kedai  lain. Mereka akan mengenakan sihir menyebabkan kedai yang maju dan ramai pelanggan ternampak ulat, lalat atau binatang lain mengerumuni makanan. Padahal semua itu shir untuk mengaburi mata pelanggan.

Selain itu, mereka yang terkena gangguan sihir bila dibaca doa kepadanya akan menunjukkan tidak balas atau reaksi seperti tangan mengeletar, menjerit, menangis. Rasa sayu, mengadu sakit, hendak muntah, terasa benda bergerak dalam tubuh dan sebagainya.

Pesakit yang terkena gangguan sihir akan mengeluarkan suara yang lain dari suaranya sebenar apabila bercakap. Malah pesakit tidak ingat apa yang dikatakannya dan apa yang telah berlaku ke atasnya. Kadangkala Bahasa yang digunakan langsung tidak difahami olehnya semasa dia dalam keadaan sedar.

Gangguan sihir boleh terjadi bermacam macam cara. Orang yang tidak pandai bersilat boleh bersilat dengan baik dengan bantuan jin. Orang yang baik boleh menjadi pembunuh akibat diorongan jin dan syaitan, melakukan sesuatu di luar kehendak diri sepeerti menghisap dadah, berzina dan meliwat.

Orang Islam yang terkena sihir adakalanya tidak dapat menyebut dan membaca ayat ayat al-Quran atau azan walaupu dia seorang bilal.  Biasanya pesakit menjadi lupa atau terasa sukar menyebutnya.

Selain itu, pesakit akan merasa gelisah berpanjangan, semua yang dibuat rasa tidak kena, badan rasa letih,  berdebar  debar, sedih silih berganti tanpa sebab.

Wawancara – Mei 2002

m/s 76-77