Tentang Wagiman

Assalamualaikum kepada semua pengunjung. Untuk makluman semua, Wagiman bukan seorang ustaz (baru nak start). Wagiman cuma insan biasa, tidak punya apa apa kelebihan dari apa jua sudut . Tiap soalan yang menerjah email atau tagboard akan Wagiman jawab berdasarkan kefahaman Wagiman kepada soalan yang diajukan dengan di iringi sedikit ilmu rawatan. Jika pengunjung melakukan apa yang Wagiman sarankan dan berjaya keluar dari masalah yang dihadapi janganlah diberikan kepujian itu kepada Wagiman kerana kepujian dan sanjungan itu hanya milik ALLAH jua kerana tanpaNYA kita semua tidak akan dapat melakukan apa yang sedang kita lakukan sekarang ini. Insya-Allah, semua email akan Wagiman layan seadanya. Lambat atau cepat bergantung kepada masa yang Wagiman miliki. Segala kemuskilan sila email kepada ........

Tentang blog ini

Blog ini grenbara.blogspot.com adalah sambungan kepada blog utama sy di grenbara.bravejournal.com. Oleh kerana Bravenet.com (pelayan utama bravejournal.com) telah mengenakan terma dan syarat baru kpd semua penguna percuma mereka, maka sy terpaksa mencari pelayan lain bagi meneruskan kesinambungan grenbara di alam siber ini. Sy akan terus mengekalkan grenbara.bravejournal tetapi hanya akan melakukan update seterusnya disini.


Pengikut Setia

Anda Pengunjung ke

10 June 2014

Isu Gelatin babi 1: Al-Qardhawi:- Gelatin haiwan (berubah sifat kimianya) halal dimakan

Gelatin haiwan termasuk babi halal dimakan –
Yusof Al-Qardhawi
Friday, June 6, 2014

Ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi memberitahu gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain.

09 June 2014

ISU: Pokok & Haiwan bercakap dengan Rasul:- Habib ALi Zainal

ISU
Alam Pun Turut Berbicara Dengan Kekasihnya
oleh


Pohon Menangis

Jabir bin Abdullah menceritakan bahawa dahulu Nabi ketika berkhutbah pada hari Jumaat, akan bersandar kepada sebuah pokok kurma, lalu seorang wanita atau seorang lelaki Ansar berkata, "Wahai Rasulullah, sudikah tuan jika kami buatkan untukmu sebuah mimbar?"

Baginda menjawab, "Ya, jika kamu mahu."

05 June 2014

Al Mawlid - Cahaya Seluruh Alam

Dr.MAZA: Jais jangan seperti 'Taliban'

Jais bersikap seperti ‘Taliban’, kata bekas mufti Perlis
OLEH MD IZWAN
Published: 5 June 2014 | Updated: 5 June 2014 9:08 AM

Bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Selangor yang menyerbu perkahwinan pasangan Hindu beberapa hari lalu dan meluahkan kebimbangannya negara menuju ke arah 'Talibanisasi'. Gambar fail The Malaysian Insider

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis perkahwinan pasangan Hindu baru-baru ini, dan menyatakan kebimbangannya negara kini menuju ke arah "Talibanisasi".

03 June 2014

'Sahabat' Nabi yang masih hidup

Fakta Sejarah Pohon Sahabat Nabi
Oleh
Muhammad Muqharabin Mokhtarrudin-
yang telah mengadakan Kembara Dokumentasi Eksplorasi Gunung Para Nabi


1. Popular dengan julukan The Blessed Tree ataupun Pohon yang Dirahmati.
 The Only Living Sahabi -Pohon Sahabat Nabi. Gelaran ini diberikan oleh His Royal Highness Prince Ghazi bin Muhammad of Jordan.

29 May 2014

Dr. MAZA: AMALAN BERKABUNG 40 HARI BUKAN AJARAN ISLAM

AMALAN BERKABUNG 40 HARI
BUKAN AJARAN ISLAM
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Disiarkan pada April 11, 2011

Perkara ini perlu diingatkan. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang ‘berlebihan’ dalam memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara-perkara berikut perlu dijelaskan;

1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)

Soal Jawab Agama: Hukum memakan ikan jerung

Kuliah Oxford
Hukum  Memakan Ikan Jerung Yang Makan Manusia


Soalan:

Saya telah bertemu ramai orang Melayu bermazhab Syafi' yang enggan makan ikan jerung dengan hujah ia merupakan pemangsa yang memakan manusia. Apakah hukum memakannya? Adakah ia makruh, haram atau hanya harus?

Jawapan:
Bahagian ikan jerung yang biasanya dimakan di sesetengah tempat pada hari ini ialah siripnya, bukan dagingnya. Namun, pendapat asahh (lebih tepat) dalam mazhab Syafi'i ialah semua bahagian yang boleh dimakan pada ikan jerung termasuk dagingnya. Walaupun ia telah memakan manusia hukumnya halal dimakan oleh manusia.

02 May 2014

15 April 2014

Pencerahan: cerita sebenar Isu Azan terlalu kuat

Cerita Sebenar Di Sebalik Laporan Polis
Isu Azan Terlalu Kuat


Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita terkejut. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim. 

Lapuran Polis Azan terlalu kuat: Respon Prof Dato Dr MAZA

Bacaan Selain Azan Di Pembesar Suara Patut Dihentikan ...
Mantan Mufti Perlis Prof Dato' Dr Maza.


Saya ingin mengulas sedikit tentang bacaan-bacaan –selain azan- yang menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu orang ramai. Bacaan ini telah mengelirukan orang bukan muslim sehingga mereka menyangka ia azan. Sesetengah pihak cuba mempertahankan amalan tersebut atas alasan ia bacaan al-Quran atau zikir yang patut diagungkan. Mereka menyangka sikap keras mereka dalam hal ini adalah ‘perjuangan mempertahankan Islam’. Saya ingin mengulas hal ini seperti berikut;

28 November 2013

Soal Jawab Agama: ....... hanya orang Islam masuk Syurga??

Soalan
 
Benarkah hanya orang Islam yang masuk syurga?
 
Jawapan:
 
Berdasarkan keterangan al-Quran dan hadis-hadis yang sahih adalah jelas bahawa hanya orang-orang yang beriman dan beramal soleh berdasarkan ajaran Islam yang dibawa oleh para rasul Allah yang berhak memasuki syurga di akhirat kelak, dengan izin dan rahmat Allah.
 

Firman Allah yang bermaksud,
 

Soal Jawab Agama: Siapa masuk syurga, siapa masuk neraka?

Siapa masuk syurga, siapa masuk neraka?

Soalan:
 
 
Sama ada seseorang akan ke syurga atau neraka adalah ketentuan Allah, tctapi boleh kita membuat perkiraan mengikut ciri-ciri ahli syurga dan neraka yang dijclaskan dalam al-Quran dan hadis?